Apa Itu Perintah Kawalan Pergerakan?


Sebelum itu.. untuk makluman semua.. Individu yang melanggar perintah kuarantin di rumah berkaitan dengan wabak koronavirus (Covid-19) boleh dipenjarakan sehingga dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kabinet PN Membazir Duit Rakyat, Ibrahim Ali Kata


KUALA LUMPUR – Secara prinsipnya, Kabinet Perikatan Nasional (PN) dilihat membazir kerana mempunyai seramai 70 barisan Jemaah Menteri termasuk timbalannya, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali.

Hampir RM1 Billion Aset Ku Nan?


“ANDA lihat sekarang, saya mempunyai masalah kerana selepas aset saya didedahkan hampir RM1 bilion, mereka akan mahu sensasikannya,” kata bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam keadaan berang.

Panggil Sidang Parlimen, PM Interim Cabar Kuasa Agong?


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa semua pihak untuk menghormati budi bicara dan wewenang (hak dan kuasa) Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, susulan konflik politik yang sedang melanda negara ketika ini.

2 Mac Dewan Rakyat Akan Tentukan Siapa PM Seterusnya..


PERDANA Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 Mac ini bagi menentukan calon Perdana Menteri kelapan.

Apa Ada Di Sebalik 'Kerajaan Perpaduan' ?


Di akhir ucapannya dalam satu perutusan khasnya semalam, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan jika dibenar beliau akan cuba menubuhkan satu Kerajaan Perpaduan yang tidak memihak kepada mana-mana parti.

PPBM Terperangkap?


PETALING JAYA: PPBM dilihat terperangkap dalam jerat yang diciptanya sendiri, di mana seorang penganalisis politik berkata satu-satunya peluang untuk bertahan adalah kembali bersatu dengan Pakatan Harapan dan seorang lagi berkata ia mungkin pengakhiran politik yang tidak bernilai.

TEKS PENUH PERUTUSAN KHAS YAB TUN DR. MAHATHIR


Setelah beberapa hari berdiam diri, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini muncul dikaca TV memberi satu perutusan penting buat kali pertama setelah dilantik Perdana Menteri Interim pada 24 Februari lalu.

Betulke DAP Jadi Punca UMNO Dan PAS Tak Mahu Sokong Tun M?


Petang semalam, Umno dan PAS mengadakan sidang akhbar bersama untuk mengumumkan bahawa mereka menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan perpaduan atas dua sebab.

Agong Putuskan, Kemudian PM Bukannya UMNO Dan PAS..


Semalam,Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, menjelaskan bahawa blok pembangkang yang terdiri daripada BN, PAS serta Parti Bersatu Rakyat Sabah (PRBS) mahu parlimen dibubarkan. 

Pimpinan PH Mungkin Bincang Rombakan Kabinet?


PETALING JAYA: Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan mungkin membincangkan rombakan Kabinet dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang dijadualkan berlangsung malam ini, kata 2 pemimpin gabungan itu yang enggan dinamakan.

“Topik rombakan Kabinet akan dikemukakan untuk perbincangan,” kata seorang daripada 2 pemimpin itu.

Menurut mereka, mesyuarat itu ialah pendahuluan kepada sesi Majlis Presiden PH yang akan dihadiri Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Preisden PPBM, Muhyiddin Yassin dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Kehadiran penasihat PKR, Wan Azizah yang bukannya ahli Majlis Presiden PH ialah petunjuk topik rombakan Kabinet mungkin dibangkitkan.

Sumber itu berkata, Mahathir yang mempelawa Wan Azizah ke mesyuarat berkenaan.

“Sudah tentu, Mahathir boleh merombak Kabinet secara sah tanpa memberitahu sesiapa, tetapi beliau mungkin secara dasarnya meminta persetujuan mereka,” kata seorang daripada sumber itu.

Katanya, mesyuarat itu mungkin membincangkan pelan peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar, jika ada hadirin yang membangkitkan isu berkenaan yang tiada dalam agenda mesyuarat terbabit.

Seorang lagi sumber berkata, Mahathir mungkin menangguhkan perbincangan peralihan kuasa ke tarikh lain.

Kedua-dua sumber itu berkata, Mahathir yang mencadangkan mesyuarat itu diadakan dan ia mungkin kerana beliau merasakan ada keperluan memperkukuhkan Kabinetnya dan memaklumkan pemimpin lain mengenai rancangannya.

Topik rombakan Kabinet timbul sejak beberapa bulan lalu dan spekulasi mengenainya sering diperkatakan sejak 2 Jan lalu apabila Maszlee Malik meletak jawatan sebagai menteri pendidikan lapor FMT
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive