Sang Kelembai Ramal PN Akan Tumbang 6 Bulan Lagi..


Hari ini cukup setahun, peranan UMNO memberikan sokongan kepada Mahyuddin Yasin bagi menubuhkan Kerajaan satelah Tun Dr Mahathir Mohamad meletakan jawatan secara mengejut atas alasan Kerajaan PH hilang majoriti bila mana beberapa Ahli Parlimen PPBM dan PKR keluar dari parti mereka.

2. Insiden itu telah membongkar akan kelemahan Perlembagaan PPBM atau Parti Persatu. Seorang Pengerusi didalam Parti itu tidak mempunya bidang kuasa apa-apa, kecuali Presiden. Maka mereka tidak perlu lagi hendak merujuk kepada Pengerusi Parti.

3. Campuran berbagai Parti bagi menubuhkan Kerajaan 'simple majoriti' tidak melalui Parlimen. Sebaliknya atas budibicara YD Agung mencukupi menggunakan surat akuan bersumpah bagi mempersetuju siapa yang hendak mereka beri sokongan dan penamaan seorang Perdana Menteri.

4.Maka keputusan atas bidang kuasa YD Agung bersetuju menamakan Mahyuddin Yasin sebagai Perdana Menteri ke 8, kesambungan kerajaan Baginda bagi menguruskan pentadbiran negara.

5. Dari segi UMNO, memberikan sokongan atas tidak faktor asas yang perlu di segerakan:

1. Menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad di lantik semula menjadi Perdana Menteri, kerana ada pertanda bahaw Parti Bersatu berpecah dua dan kemungkinan PH akan bergabung semula.  
2. Bersetuju bahawa Anwar Ibrahim tidak akan di calonkan sebagai Perdana Menteri.  
3. Menolak DAP dalam Kerajaan. Kerana selama 22 bulan DAP dalam Kerajaan PH khas Menteri Kewangan bertindak saperti merugikan orang Melayu.

6. Maka terlantik Mahyuddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8.

7. Bagi memperkukuhkan kedudukan Mahyudddin Yasin. Malaysia menjadi sebuah negara yang hanya penduduk dalam 35 juta, berbanding Indonesia yang punya 270 juta manusia punya Menteri dan Tim Menteri seramai 70 orang. Tiga kali lipat dari Kabinet Jakowi.

8. Itu kenangan dan sejarah setahun yang lalu.

9. Allah itu penyusun hidup kita. Sebaik sahaja Mahyuddin Yasin menjadi Perdana Menteri. Maka datanglah virus Covid19 yang mengancam bukan sahaja di Malaysia tetapi dunia.

10. Maka Mahyuddin Yasin terperangkap dengan situasai itu. Selama setahun ini juga beliau sebagai seorang pembasmi penyakit Covid19 dan bukan sebagai seorang Perdana Menteri. Hanya yang boleh dilakukan sekadar 3P-1. Perutusan. 2. Perasmian maya dan 3. Persidangan maya.

11. Dalam masa setahun juga krisis gabungan Kerajaan Campuran tidak dapat di kawal. UMNO dan PAS yang bergabung dalam Mesyuwarah Nasional mempunyai cara fikir bertembung. PAS di Perikatan Nasional dan UMNO bersendirian sikapnya.

12. Maka dalam setahun ini juga Kerajaan Mahyuddin menghadapi kekurangan majoriti. Berasal dari 113 kerusi, seorang MP UMNO meninggal dunia, tinggal 112 dan terus kekurangan bila tiga orang MP UMNO menarik sokongan kepada Mahyuddin Yasin. Maka Mahyuddin Yasin sekarang hanya Perdana Menteri dengan 109, majoriti 1 undi dari pihak pembangkang yang ada 108 kerusi.

I3 Ini cukup memberi makna sebaik sahaja Darurat di tamatkan. Maka akan berlaku jatuh Kerajaan Mahyuddin Yasin akan bubar, bilamana dalam masa terdekat selepas Darurat di tamatkan. UMNO/BN akan keluar dari Kerajaan Campuran.

Kesimpulan Kerajaan PN atau Kerajaan Mahyuddin Yasin hanya masih berbaki enam bulan lagi.

Bersabarlah rakyat Malaysia. Jangan jadikan mendung berlalu. menjadi hujan dan ribut. Masanya akan tiba untuk kita melihat Mahyuddin Yasin akan tersingkir dari jawatannya dengan izin Allah.

Sang Kelembai 
Febuari 23, 2021 
Kuala Lumpur.

Asalnya disiarkan di SINI

3 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kuasa terletak di tangan rakyat dan rakyat sedang memerhati sekarang bagaimana ahali-ahli politik seperti tidak kisah akan kesusahan dan kesengsaraan rakyat sekarang. PH tak mahu parlimen dibubarkan kerana pada firasat mereka UMNO akan menyokong DSAI sebagai PM, UMNO pula sibuk untuk menjatuhkan PM dan terdapat 2 golongan yang menyokong gabungan dengan PH dan yang hendakkan PRU. Parlimen akan dibubarkan dan PRU kali ini akan lihat PAS adalah key maker bagi undi Melayu. UMNO dilihat terlalu bongkak dan tak mengambil iktibar daripada kekalahan lalu. PAS akan bersama BERSATU dan sudah tentu undi Melayu akan berpecah sekiranya terdapat lebih daripada pertandingan 2 penjuru, akhirnya Melayu itu sendiri yang akan rugi, tersungkur di tanah air sendiri disebabkan ketamakan dan bongkak tanpa ada unsur persaudaraan dan pembahagian kuasa. Seperti kata Sharir Samad, pilih calon yang boleh menang. Pemikiran orang Melayu dan Cina tak sama, bagi mereka parti lebih utama, orang Melayu pula calon itu mereka kenal dan telah berkhidmat kepada mereka. Zaman UMNO dulu 'Letak lembu pun, UMNO boleh menang' sudah tak releven sekarang ni. Ditambah pula dengan pembongkaran akhir-akhir ini, jutawan ramai di kalangan orang kuat UMNO. UMNO juga perlu sedar, orang-orang kuat mereka yang terlibat dengan kes-kes mahkamah dan ini adalah 'bola tanggung' digunakan pihak lawan. Kes mereka dibawa oleh puak PH dan agak pelik, pulak tu hendak bergabung dengan PH. Rakyat ikuti perjalanan penghakiman dan kami tahu menilai. Salah langkah, UMNO PRU depan bakal berkubur. Di sini UMNO perlu muhasabah diri, amalan 'bodek' ahli majlis yang menjadi liabilti kepada kelangsungan parti haruslah diganti dengan individu yang mempunyai karisma dan mendapat kepercayaan rakyat, setakat ahli parti sahaja, belum tentu UMNO boleh gah dan mendapat kepercayaan majoriti rakyat Malaysia dan Melayu khususnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Sang Kelembai baru nak 'ingat' Allah bila dah takde kuasa!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post