Malaysia Tempat Ke-16 Terbaik Urus COVID-19


 
Meskipun dikritik oleh seorang pemimpin kanan DAP dengan mengatakan  Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, lemah dalam perang melawan COVID-19.. Kajian telah meletakkan Malaysia di tangga ke-16 terbaik dalam pengurusan COVID-19..

Indeks Prestasi COVID yang disusun oleh Lowy Institute ini menyenaraikan pretasi 98 buah negara dalam menangani wabak COVID-19, New Zealand mengungguli carta dengan menunjukkan prestasi terbaik sementara Malaysia ditempat ke-16. 

Untuk makluman..  The Lowy Institute adalah sebuah badan pemikir bebas yang ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Frank Lowy untuk menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan dasar mengenai isu-isu politik, strategi dan ekonomi antarabangsa dari perspektif Australia. 

Ia berpusat di Sydney, New South Wales, Australia.

Lowy Institute telah meletakkan Malaysia sebagai menduduki tangga ke-16 dengan skor purata 71 peratus, tiga tangga bawah negara jiran Singapura pada tempat ke-13 dengan skor purata 74.9 peratus.

Lain-lain negara yang merekodkan sepuluh tangga tertinggi dalam ranking tersebut termasuk Thailand, Cyprus, Rwanda, Iceland, Australia, Latvia dan Sri Lanka.

Antara negara-negara tercorot dalam pengurusan pandemik termasuk Indonesia (tempat ke-85), Amerika Syarikat (ke-94) dan Brazil (ke-98).

Secara keseluruhan, sebanyak 98 negara dinilai sepanjang 36 minggu oleh pertubuhan pemikir itu sehingga 9 Januari 2021 berdasarkan enam penunjuk.

Antara penunjuk yang diambil kira termasuk kes positif, kes kematian, dan jumlah ujian saringan bagi setiap 1,000 orang.

Indeks itu menunjukkan negara-negara di rantau Asia Pasifik paling berjaya mengekang penularan wabak itu, manakala Eropah dan Amerika Syarikat dibeban dengan peningkatan kes secara mendadak.

Beberapa faktor struktural didapati berkait rapat dengan kejayaan sesebuah negara dalam menangani wabak, namun tiada satu teori yang mampu merangkumkan perbezaan dalam pendekatan negara-negara terhadap krisis itu.

Negara-negara kecil dengan populasi bawah 10 juta orang terbukti lebih fleksibel berbanding majoriti negara besar dalam menangani kecemasan kesihatan itu pada 2020.

Manakala tahap pembangunan ekonomi atau perbezaan sistem politik pula kurang memberi kesan terhadap hasil pengurusan krisis kesihatan.

Kesimpulannya secara umum, negara dengan populasi yang lebih kecil, masyarakat yang bersatu-padu, serta institusi yang berkemampuan mempunyai kelebihan dalam menangani krisis global ini.

Dasar-dasar yang dilaksanakan dan situasi politik semasa juga turut menyumbang kepada pendekatan sesebuah negara terhadap pandemik ini..



Untuk lebih lengkap mengenai Covid Performance Index itu,, sila lihat di SINI


Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post