Lagi Ahli Parlimen Positif Covid-19

 


PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif Covid-19.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu ialah pemimpin Umno terbaru yang dijangkiti virus itu, selepas Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz mendedahkan beliau positif Covid-19 semalam.

Menur>ut kenyataan di Facebook, mana-mana individu yang menjadi kontak rapat Tajuddin diminta menjalani ujian saringan Covid-19.

“Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau,” menurut kenyataan itu.

Nazri dan Tajuddin mengadakan sidang media bersama di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 12 Jan lalu untuk mengkritik perisytiharan darurat.

Blogger, Zaharin Mohd Yasin, 68, yang turut menghadiri sidang media itu, memuat naik catatan di Facebook pada 14 Jan lalu mengesahkan beliau positif Covid-19. Ini menyebabkan Nazri turut menjalani ujian saringan Covid-19 lapor  FMT


Berikut disenaraikan ahli politik termasuk menteri dan senator yang sah dijangkiti Covid-19 bermula sejak PRN Sabah September lalu sehingga hari ini:

1. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Razlan Rafii
2. Timbalan Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan
3. Calon BN DUN Pitas, Sufian Abdul Karim
4. Setiausaha AMANAH Pulau Pinang, Saifullah Abdul Nasir
5. ADUN Ayer Limau dari Umno, Amiruddin Yusof
6. ADUN Lunas (bekas PKR), Azman Nasrudin
7. Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air.
8. Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
9. ADUN Kampung Tunku dari DAP, Lim Yi Wei
10. ADUN Kota Damansara dari PKR, Shatiri Mansor
11. ADUN Maharani dari AMANAH, Nor Hayati Bachok
12. Ahli Parlimen Keningau dari STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan
13. ADUN Bingkor dari STAR, Robert Tawik.
14. Ahli Parlimen Jeli dari Bersatu, Datuk Seri Mustapa Mohamed Menteri Di JPM (Ekonomi).
15. Ahli Parlimen Titiwangsa dari Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
16. ADUN Nenggiri dari BN, Ab Aziz Yusof.
17. Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani.
18. ADUN Galas dari BN, Mohd Syahbuddin Hashim.
19. Ahli Parlimen Gua Musang dari BN, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat Umno.
20. ADUN Parit Yaani dari AMANAH, Aminolhuda Hassan yang juga Pengerusi PH Johor.
21. Ahli Parlimen Padang Besar dari Umno, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.
22. Ahli Parlimen Larut dari Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga Menteri Dalam Negeri.
23. Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Khamarulazlan Mohamad Hanafiah.
24. Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali.
25. Senator dari PKR, Yaakob Sapari.
26. Senator Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Naib Presiden Pas.
27. Ahli Parlimen Padang Rengas dari BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
28. Ahli Parlimen Kota Tinggi dari BN, Datuk Halimah Mohamed Sadique yang juga Menteri Perpaduan Negara.
29. ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu dan Pengerusi BN negeri. 30. Ahli Parlimen Pasir Salak dari BN, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post