COVID-19: Apa Itu 'Kontak Rapat'?

 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kontak rapat melibatkan individu yang dikenal pasti oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdasarkan siasatan lapangan dan penilaian risiko. 

“Kontak rapat merupakan individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan kes positif Covid-19. 

"Ini meliputi individu yang bersemuka secara langsung dengan pesakit Covid-19 pada jarak kurang satu meter atau individu yang mempunyai kontak fizikal dengan kes Covid-19 dalam tempoh 14 hari dari tarikh jangkitan,” kata kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook. 

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pengesanan kontak rapat ke atas mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 adalah sangat penting pada ketika ini. 

Langkah itu bagi mengekang jangkitan COVID-19 daripada berleluasa. 

"Adalah amat penting untuk menjalankan pengesanan kontak rapat kepada mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 untuk membendung jangkitan dengan segera," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter.

Beliau turut menjelaskan definisi sebenar kontak rapat. 

"Kontrak rapat adalah mereka yang terdedah kepada kes positif kurang daripada jarak satu meter dan melebihi 15 minit," ujarnya.

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment (0)

Previous Post Next Post