COVID-19: 30,000 Positif Memenuhi 91% Katil Hospital

 


Kat atas tu statistik untuk 13 Januari 2021.. 2,985 kes baharu dilaporkan dengan empat kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 563.

Tapi.. tahukah anda sehingga kini 30,390 pesakit Covid-19 yang aktif di Malaysia telah menggunakan 91,4% katil di seluruh Hospital dan Pusat Kuarantin dan Pusat Rawatan Berisiko Rendah di seluruh negara?

Menurut Dr Suresh Kumar, ketua perunding perubatan dan penyakit berjangkit dari Hospital Sungai Buloh, jumlah katil hospital di seluruh negara sekarang adalah 6,379, sementara jumlah katil di 105 Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 26.891, menjadikan ianya berjumlah 33.270 katil di Hospital dan PKRC.

Malaysia mempunyai 120 Pusat Pemeriksaan Covid-19 dan 50 Hospital rawatan Covid-19 di seluruh negara.

Dalam pada itu, dari 6,379 katil, 466 katil adalah untuk unit rawatan intensif (ICU), di mana 40,7 % telah digunakan, berikutan sehingga semalam 190 pesakit kini dirawat di ICU.

Hanya 5% daripada 1.583 ventilator sedang digunakan, kerana hanya 80 pesakit coronavirus yang menggunakan ventilator seperti yang dilaporkan semalam..


Lonjakan kes Covid-19 juga sebenarnya telah memaksa pihak Hospital Sungai Buloh buka ICU baru setiap minggu..

PETALING JAYA: Hospital Sungai Buloh, pusat rawatan utama kes Covid-19 di Lembah Klang, mendedahkan unit rawatan rapi (ICU) dibuka setiap minggu susulan lonjakan jangkitan harian dalam negara.

Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit Hospital Sungai Buloh Dr Suresh Kumar berkata, hospital itu melihat peningkatan dari 2.76% ke 15.49% bagi pesakit kategori 4 dan 5 yang memerlukan bantuan pernafasan.

Pesakit kategori 4 menunjukkan gejala dengan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen, manakala kategori 5 adalah yang tertinggi membabitkan pesakit kritikal dengan pelbagai komplikasi organ.

“Kadar ICU kami semakin bertambah berbanding apa dilihat pada waktu normal,” katanya di webinar untuk mencari penyelesaian pandemik anjuran Edunity Foundation dan kumpulan bekas penjawat awam G25.

“Setiap minggu, kami perlu membuka wad baru dengan 28 katil untuk menampung pesakit yang diberi bantuan oksigen. Bermula dengan satu wad, kini kami mempunyai lapan wad.”

Suresh memberi jaminan, hospital itu tidak menolak mana-mana kes Covid-19, tetapi mengaku berlaku kelewatan merawat serta mengalihkan pesakit dalam tempoh dua minggu lalu disebabkan kekurangan tenaga kerja.

Walaupun Putrajaya mengarahkan majikan memastikan pusat kuarantin untuk pekerja asing, selain mula merawat pesakit kategori 1 dan 2 (yang simptomnya rendah atau tiada langsung), Suresh berkata langkah itu tidak cukup untuk meredakan beban dihadapi sistem kesihatan.

Katanya, Kementerian Kesihatan juga menghubungi hospital swasta dan pengamal perubatan umum untuk membincangkan bagaimana mereka dapat membantu dalam perang terhadap Covid-19.

Bagaimanpun, Dr Musa Mohd Nordin, pakar perunding pediatrik di KPJ Damansara Specialist memberi amaran terhadap tindakan memindahkan pesakit Covid-19 ke hospital swasta kerana kebanyakan doktornya berusia 60 tahun ke atas seterusnya dalam kumpulan berisiko tinggi.

Sebaliknya, beliau mencadangkan hospital swasta mengambil lebih banyak kes bukan Covid-19 bagi mengelak mendedahkan pakar perubatan yang lebih berusia kepada virus itu.

Selain itu, katanya, kerajaan sepatutnya beralih kepada ujian pantas antigen lebih awal, yang membolehkan hasil ujian diperoleh dalam tempoh sejam, bererti mereka yang disahkan positif boleh diasingkan lebih cepat bagi mengelak kluster baru.


Laporan dipetik dari FMT 

2 تعليقات

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Lebih 2 bulan dibiarkan naik mendadak tanpa tindakan yang munasabah. Kesilapan dan kealpaan yg seolah2 mcm disengajakan agar darurat dan kuasa dpt dikekalkan. Rakyat dijadikan mangsa.
    Negara jiran dah mula menerima vaksin tetapi negara kita pula sejak tahun lepas masih lagi menunggu.

    ردحذف
  2. Layan sangat bisnes legasi sial...
    Peduli apa rakyat...fuluss pentibg!!

    ردحذف

إرسال تعليق

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

أحدث أقدم