Anwar Arah Ahli Parlimen PH Sokong Belanjawan 2021?


Arahan saat akhir diberikan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kepada pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyebabkan ahli-ahli Parlimen PKR dan DAP tidak meminta undi belah bahagi sehingga menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan mudah semalam.

<!--more--> Sumber PKR memberitahu MalaysiaNow Ketua Whip PKR Johari Abdul yang juga ahli Parlimen Sungai Petani diberikan tugas menyampaikan arahan itu.

“Arahan disampaikan melalui mulut ke mulut. Malangnya tidak semua orang terima arahan itu,” kata sumber itu.

Difahamkan, Anwar mengeluarkan arahan itu kepada ahli-ahli Parlimen PH selepas bekas perdana menteri, Najib Razak menarik diri daripada percubaan untuk menggagalkan Belanjawan 2021.

Bagaimanapun Anwar kemudian memberitahu wartawan keputusan untuk tidak serta dalam undi itu bukan disebabkan pihaknya tidak mempunyai angka mencukupi.

Beliau juga mendakwa Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun secara jelas “berat sebelah”, dengan mengatakan ahli Parlimen tidak diberi peluang untuk membahas ketika Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz membuat ucapan penggulungan.

Semasa membahaskan Belanjawan 2021 dua minggu lalu, kenyataan Najib senada dengan Anwar, mengatakan undinya hanya diberikan dengan syarat pindaan dilakukan terhadap belanjawan.

Sebelum ini terdapat spekulasi Najib dan sekurang-kurangnya empat lagi ahli Parlimen Umno akan menolak Belanjawan 2021.

“Arahan disampaikan melalui mulut ke mulut. Malangnya tidak semua orang terima arahan itu,” kata sumber itu. Selepas selesai ucapan penggulungan menteri kewangan hari ini, speaker Dewan Rakyat memberikan peluang kepada ahli Parlimen yang mahukan undi belah bahagi untuk berdiri.

Hanya 13 berdiri, kurang dua ahli Parlimen diperlukan mengikut syarat undi belah bahagi dijalankan.

Mengikut undi belah bahagi, semua ahli Parlimen mestilah mengundi sebelum belanjawan boleh diluluskan.

Semakan mendapati ahli Parlimen Amanah kecuali dua pemimpin tertingginya, presiden Mohamad Sabu dan timbalan presiden Salahuddin Ayub berdiri untuk meminta undi belah bahagi.

Ahli Parlimen Amanah yang bangun disertai Dr Mahathir Mohamad dan tiga lagi ahli Parlimen Pejuang.

Orang kuat Mat Sabu, Abu Bakar Mohd Rashid mengatakan presiden Amanah sudah bangun tetapi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menghentikannya.

“Tapi Guan Eng tarik tangan dia. Dia pun duduk. Bila Salahuddin tengok Mat duduk, dia pun tak jadi bangkit,” kata Abu Bakar kepada MalaysiaNow dan ditulis di akaun Facebooknya.

Kemarahan dalam PH

Sementara penyokong PH marah dengan pemimpin tertinggi mereka di media sosial kerana tidak mahukan undi belah bahagi.

“Penjelasan sedang disediakan. Kita perlu jelaskan kepada rakyat,” tulis setiausaha politik kepada Lim Kit Siang, Syahredzan Johan di Twitter.

“Saya tahu apa berlaku tetapi tidak tahu mengapa ia berlaku. Maaf kawan-kawan,” tambahnya.

“Jangan buang masa beri penjelasan kerana saya tidak akan buang masa untuk baca,” kata seorang penyokong PH sebagai balasan kepada ciapan Syahredzan. “Pembangkang tak boleh dapat 15 orang pun untuk berdiri. Apa yang rakyat boleh harapkan?”

Seorang pegawai kepada bekas timbalan menteri, Izmil Amri membuat ciapan secara sinis dipercayai mensasarkan penyokong Anwar yang mendakwa presiden PKR itu mempunyai sokongan kuat untuk menjatuhkan kerajaan.

“Formidable lah sangat,” tulis Izmil.

Pengundian belanjawan hari ini ditunggu-tunggu kerana kegagalan mendapatkan sokongan majoriti akan menyebabkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang dan pilhan raya umum mengejut di musim pandemik.

Laporan dipetik dari MalaysiaNow

Belanjawan 2021 Lulus Di Peringkat Dasar, Kerajaan Muhyiddin Selamat..



Belanjawan 2021 lulus sebulat suara untuk bacaan untuk kali kedua di peringkat jawatankuasa.

<!--more--> Belanjawan 2021 akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa Isnin 30 November bermula dengan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan. 

Cubaan Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena) memohon untuk undi belah bahagi gagal apabila tidak ramai daripada blok pembangkang yang lain bangun untuk menyokong usulnya. 

Hanya 13 ahli Parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz selepas semakan dibuat oleh kakitangan Dewan Rakyat.

Pengundian hari ini adalah langkah pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan Nasional.

Selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan yang akan bermula Isnin 30 November untuk diundi sekali lagi sebelum diluluskan.

Sebelum itu, berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang ketika Zafrul menggulung perbahasan.

Antaranya Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) yang berterusan menganggu sehingga Speaker termasuk memintanya memberikan laluan kepada menteri untuk menjawab.

Hanya 13 ahli Parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan Mahfuz selepas semakan dibuat oleh kakitangan Dewan Rakyat. “Ini kelakuan yang memalukan. Kita sedang berbahas belanjawan. Semua rakyat nampak kelakuan kita,” kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.

Pelbagai spekulasi termasuk kemungkinan Belanjawan 2021 ditolak atau berdepan pengundian membabitkan kesemua ahli Parlimen yang pada ketika ini seramai 220 orang selepas kekosongan kerusi Parlimen Batu Sapi dan Gerik.

Sebelum ini Tengku Razaleigh Hamzah (Umno-Gua Musang) membuat keputusan tidak mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2021 dipercayai berpunca rasa tidak puas hati terhadap Speaker berhubung usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin.

Penggulungan menteri kewangan mengambil masa kira-kira satu jam menjadi tumpuan orang ramai kerana bimbang kemungkinan belanjawan pertama kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan ditolak.

Kerajaan PN diterajui Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengambil alih Putrajaya pada Mac lalu selepas kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah selama 22 bulan tumbang.

Kerajaan PN yang mempunyai majoriti 114 kerusi Parlimen dibentuk dengan kerjasama Barisan Nasional, Bersatu, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Sebanyak RM322.5 bilion diperuntukkan di bawah belanjawan berkenaan untuk perbelanjaan negara tahun hadapan.

Sebelum ini 82 ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat dasar selama lapan hari selepas Belanjawan 2021 dibentang Zafrul pada 6 November lalu.

Selepas kelulusan ini, Belanjawan 2021 akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa dan akan dibentangkan untuk bacaan kali ketiga pada 15 Disember untuk kelulusan penuh bagi membolehkan Belanjawan 2021 itu dibawa untuk dibahas dan diluluskan Dewan Negara.

Berikut adalah senarai ahli Parlimen yang bangun sebagai percubaan untuk membuat undi belah bahagi Belanjawan 2021 bersama Mahfuz:

Sila lihat di SINI

Mencetak Wang Idea Baik, Kata Pakar Ekonomi


Seorang pakar ekonomi menyokong idea seorang timbalan menteri yang mencadangkan bank pusat mencetak dan mengedarkan wang tunai kepada orang ramai dengan berkata, ia adalah “idea berani dan di luar kotak”.

<!--more-->Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, langkah itu diwajarkan semasa berlakunya kelembapan ekonomi kerana tahap kecairan rendah.

Beliau berkata, tahap kecairan yang rendah akan menekan dan melemahkan pelaburan baru dalam ekonomi, yang akan memberi kesan ke atas kemampuan bank mengeluarkan pinjaman baru. 

Faktor ini menyebabkan kerajaan perlu menggerakkan semula ekonomi. 

Beliau juga berkata, pemberian tunai akan menyaksikan wang disuntik ke dalam ekonomi, sekali gus meningkatkan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan. 

“Ini sudah pasti akan membantu perniagaan dan mengekalkan pekerjaan.” 

Kameel berkata, idea Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal selari dengan teori kewangan moden. 

“Menurut teori ini, kerajaan boleh mendapatkan sebanyak mana pun wang untuk perbelanjaan fiskalnya, dengan langkah semak dan imbang yang tersedia, dan menggunakan cukai bagi mengawal inflasi.” 

Beliau mengakui terdapat hujah yang menyebut bahawa langkah mencetak dan mengedarkan wang boleh menyebabkan inflasi dan menjatuhkan nilai mata wang, tetapi berkata, ia boleh dielakkan dengan pengurusan berhemah. 

Geoffrey Williams dari HELP University menyifatkan idea tersebut “sangat munasabah” dengan berkata, ia pernah digunakan dalam bentuk pelonggaran kuantitatif selepas Zaman Kemelesetan di Amerika Syarikat pada 1930-an, di Jepun pada akhir 1990an dan berikutan krisis kewangan dunia pada 2008. 

Beliau berkata, Malaysia boleh mengambil langkah itu bagi memenuhi cadangan bekas perdana menteri Najib Razak supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum mengeluarkan RM10,000 daripada Akaun 1 mereka. 

“Kaedah ini boleh dilakukan jika KWSP menjual sebahagian daripada pegangannya ke atas sekuriti kerajaan Malaysia (MGS) kepada Bank Negara bagi membolehkan bank pusat itu mencetak wang baru.

“Ia boleh diagihkan kepada pencarum KWSP melalui program i-Sinar. 

“Ini bermakna KWSP tidak perlu mencairkan aset berasaskan ekuiti miliknya, sekali gus melindungi harga dan pasaran saham.” 

William percaya langkah membenarkan pengeluaran simpanan semasa pencarum umumnya bukanlah idea yang baik. 

“Pelonggaran kuantitatif dengan membeli MSG daripada institusi kewangan adalah alternatif lebih baik,” katanya lapor FMT
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive