Addy Kanna terlibat Macau Scam Laaa..


Kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed pada 20 Oktober kepada Kosmo, pihak media yang melaporkan "‘Addy Kana’ dan ‘Datuk Alvin’ tidak terlibat dalam kegiatan Macau Scam" telah salah mentafsirkan kenyataannya.

<!--more-->Katanya, beliau menafikan penularan satu video berhubung perbualan dua lelaki bahawa dua suspek utama kes penipuan Macau Scam akan dilepaskan kerana mempunyai hubungan dengan pemimpin politik.  

“Dakwaan perbualan telefon yang tular menyatakan Addy akan dibebaskan juga tidak tepat apabila dia kini sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) bersama dua lagi individu selain usaha mengesan Alvin masih giat dijalankan,”

Dan hari ini..

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing Forex. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan awal mendapati sindiket pusat panggilan judi online antarabangsa yang melibatkan Addy Kanna ini menjalankan kegiatan mempromosi selain memperdaya mangsa pelaburan Forex.

"Tangkapan Addy (Kanna) dan seorang suspek yang masih bebas (Goh Leong Yeong@Alvin) mendapati mereka berperanan sebagai koordinator atau ejen menyediakan kemudahan sewa premis dan telekomunikasi kepada sindiket penipuan yang menyasarkan rakyat China.

"Kita juga dapati wujud elemen penipuan penipuan (scam) membabitkan Addy ini. Susulan itu, siasatan juga akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cawangan Khas dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standrad (JIPS)," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Huzir berkata, dengan penahanan Addy ini, JSJ telah melancarkan 12 serbuan di sekitar Lembah Klang sejak Sabtu lalu membabitkan premis pusat panggilan (calling centre) dan berjaya menahan seramai 138 individu termasuk 95 warga China membabitkan beberapa sindiket.

Dalam pada itu, Huzir turut mendedahkan Addy mempunyai rekod jenayah lampau bersabit Akta Ordinan Darurat 1969 kerana terlibat dalam jenayah samun.

Berkenaan tangkapan tiga lelaki termasuk Addy, Huzir berkata, ketiga-tiga mereka kini ditahan reman 21 hari di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan akan dipohon lanjutan reman selama 38 hari lagi di bawah Seksyen 4(1)(a) POCA 1959.

Mengulas berkenaan usaha PDRM memburu Alvin, beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengesannya.

"Siasatan juga sedang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung tindakan Alvin yang berjaya melarikan diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tempoh hari," katanya.

Dalam perkembangan sama menurutnya, polis juga telah menyerbu pejabat Alvin di Plaza Low Yat di ibu negara dan tidak menolak kemungkinan Alvin yang bekerja di plaza terbabit menjadi faktor dia mendapat 'tawaran' daripada sindiket di China.

"Kita juga telah menahan seorang lelaki tempatan di sekitar Lembah Klang disyaki berkait dengan Alvin," katanya.

Selain itu, beliau berkata, polis juga akan memanggil beberapa selebriti tempatan sekiranya perlu untuk siasatan lanjut berkaitan kes terbabit dan sedang menyiasat dakwaan sekiranya terdapat penglibatan ahli politik dalam sindiket terbabit.

Tegasnya, PDRM akan memastikan sindiket ini terus ditahan dan akan melakukan siasatan telus, terperinci serta menyeluruh.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Afif Dakwa Saifuddin Makan Gaji Buta


Sesi persidangan Dewan Undangan (DUN) Negeri Pulau Pinang 16 Oktober lalu kecoh hampir 10 minit dengan pertikaman lidah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berhubung isu ketidakhadiran Adun Pantai Jerejak. 

<!--more-->Adun Zulkifli Ibrahim (Bersatu-Sungai Acheh) telah bangun bertanya kepada Speaker Datuk Law Choo Kiang ke mana Adun Pantai Jerejak, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sebelum DUN beralih kepada sesi penggulungan. 

Persoalan itu telah menyebabkan Adun Dr Afif Bahardin (Bersatu-Seberang Jaya) bangun dan membacakan Peraturan Dewan yang mewajibkan semua Adun kalau tidak dapat hadir harus memaklumkan kepada setiausaha DUN dengan kadar segera. 

“Saya telah perhatikan, kerusi Pantai Jerejak ini telah kosong sejak hari pertama persidangan. Sebelum ini ada usul nak kosongkan kerusi...sekarang ini, ada kerusi tapi tiada wakil rakyat. Apa yang berlaku ini? Ini tindakan yang tidak menghormati Dewan,” katanya. 

Afif menyifatkan Adun Pantai Jerejak seperti menerima gaji buta dengan tidak hadir ke DUN selepas mendapat mandat rakyat. 

Tindakan itu telah menyebabkan sesi pertikaman lidah antara beberapa Adun Pakatan Harapan yang bangun membantah dan meminta Afif untuk menarik balik perkataan ‘gaji buta’.  

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Jagdeep Singh Deo turut menjerit supaya semua duduk dan jangan bazir masa kerana sesi penggulungannya tidak dapat bermula akibat kekecohan itu. 

Law terpaksa campur tangan dan meminta semua Adun bertenang dan duduk. 

Terangnya, walaupun beliau tidak dimaklum ke mana Adun Pantai Jerejak tetapi secara umumnya beliau mungkin akan hadir kemudian. 

Saifuddin merupakan setiausaha-agung PKR dan juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Bahru lapor MMO

Abah.. Anda Gagal Menyedari....

 


Semasa saya menulis warkah ini - terdapat 400 pesakit positif Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth, hospital rujukan tertiari Sabah di Kota Kinabalu termasuk merawat Ketua Menteri Sabah (Hajiji Mohd Noor). 

<!--more-->Semua pesakit bukan Covid-19 yang tidak mempunyai penyakit yang mengancam nyawa tidak diterima untuk menyalurkan semua sumber bagi menangani Covid-19.

Bahkan ujian makmal rutin biasa telah dikurangkan untuk membolehkan lebih banyak ujian untuk Covid-19.

Pekerja penjagaan kesihatan letih dan kepenatan. Sumber seperti PPE dan peralatan penting lain hampir habis. Kakitangan dipanggil untuk bertugas di jabatan lain kerana ramai daripada mereka dikuarantin.

Kerja keras selama berbulan-bulan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama telah dipandang sambil lewa dan diketepikan! Kita telah mencapai jumlah kes pecah rekod berjumlah 691 pada 6 Oktober 2020.

Pada masa ini terdapat 3439 kes positif di Malaysia, di mana 1901 (55 peratus) - lebih daripada separuh berasal dari Sabah.

Dari 1 September 2020 ke 10 Oktober 2020, Sabah mempunyai 3423 kes - ini mengejutkan kerana ia bersamaan dengan 22 peratus daripada 15,096 kes yang direkodkan Malaysia sejak awal!

Terdapat 21 kematian yang merupakan 13.5 peratus daripada jumlah 152 kematian setakat ini.

Sedarlah wahai Perdana Menteri Muhiyiddin Yassin yang dikasihi - anda ialah seorang "abah" yang mahu "merotan" rakyatnya kerana berkelakuan buruk dan tidak mematuhi SOP.

Anda gagal menyedari bahawa fakta menyedihkan mengenai gelombang baru Covid-19 yang disenaraikan di atas bukan disebabkan oleh Covid-19, tetapi kegagalan pentadbiran anda untuk mengutamakan kesihatan rakyat di atas segalanya.

Dengan mengabaikan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan membiarkan pilihan raya negeri berlangsung, kempen tanpa kawalan oleh jentera yang terlalu bersemangat (pada semua parti yang bertanding) - ini telah menyebabkan penderitaan ramai orang pada hari ini.

Faktanya bahawa ketua menteri sendiri telah dijangkiti menunjukkan sejauh mana menularnya virus itu.

Menteri dan banyak pegawai atasan lain yang tidak mengikuti SOP dan dilepaskan adalah punca sebenar berlakunya peningkatan kes yang mendadak ini.

Kelewatan dalam melaksanakan perintah penutupan pula ibarat 'luka disirami garam' - memperburuk keadaan yang sudah teruk.

Sedar dan lihatlah bahawa ramai orang tidak akan menganggap anda sebagai "Abah" - kerana anda didakwa telah membiarkan "anak-anak anda" menderita dengan menyebabkan gelombang baru wabak ini dan menambah buruk keadaan dengan mengamalkan pilih kasih melalui hukuman selektif terhadap mereka yang tidak mematuhi SOP.

Seret VIP (orang kenamaan) yang menjadi penyebab gelombang Covid-19 ini dan singkirkan mereka daripada jawatan.

Mereka telah membawa lebih banyak penderitaan kepada orang-orang yang memilih mereka untuk berkuasa. Ini penyelewengan kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada mereka.

Kematian yang berlaku akibat gelombang baru Covid-19 ini berkaitan secara langsung dengan mereka semua dan mereka mesti bertanggungjawab! Cukuplah bercakap.

Tinggalkan kiasan anda dan perutusan rasmi, bertindak pantas. Kami letih dengan ucapan panjang lebar yang tidak mempunyai isi yang nyata selain dijadikan sindiran di internet dan jenaka media sosial.

Jumlah masa dan sumber daya yang digunakan oleh "perutusan khas" anda dapat disalurkan kepada Kementerian Kesihatan untuk digunakan dengan lebih baik lagi.

Ambil tindakan sebenar.

Sedar akan kesalahan dan kegagalan serta betulkan dengan segera. Salurkan sumber ke Sabah dengan secepatnya.

Ketua menteri Sabah kini dirawat di wad di Hospital Queen Elizabeth tetapi seperti semua VIP lain, tidak perlu berbaring di jabatan kecemasan menunggu tempat tidur di wad.

Terdapat kekurangan rasa empati dan tindakan sebenar daripada pentadbiran tertinggi negara, yang mengakibatkan ketidakpedulian terhadap keadaan sebenarnya di lapangan.

Segera, bekalkan PPE yang mencukupi untuk bertahan sehingga akhir tahun - banyak pusat di Sabah akan kehabisan PPE tidak lama lagi dan kita akan melihat keadaan PPE DIY yang pernah terjadi jika ini tidak dilakukan.

Sistem pengedaran PPE terpusat yang diselaraskan perlu menggantikan sistem semasa yang perlahan dan tidak telus.

Elaun Covid-19 untuk pekerja penjagaan kesihatan di barisan hadapan perlu diberikan sepanjang tempoh ini dan bukan beberapa bulan selepas itu.

Banyak pengorbanan yang dibuat, ibu bapa kepada bayi yang baru lahir terpaksa bekerja; cuti tahunan telah dibekukan; ramai yang bekerja lebih masa dengan mengurangkan tidur dan rehat.

Arahkan sektor swasta untuk membantu dalam pengurusan kes Covid-19 dan membayar balik dengan dana yang diperlukan.

Jika perlu, gunakan dana kecemasan - apakah penderitaan "anak-anak abah" tidak dapat menggerakkan hati anda?

Menteri Pertahanan (Ismail Sabri Yaakob) telah mengumumkan majlis perkahwinan yang dihadiri tetamu lebih 250 orang dibenarkan dengan menunjukkan kad jemputan perkahwinan (pada sekatan jalan).

Ini benar-benar tidak masuk akal dan bodoh.

Apa gunanya mendapat perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) manakala perhimpunan sebegitu masih dibenarkan?

Tolong gunakan akal sihat semasa melaksanakan SOP - dengarkan nasihat Kementerian Kesihatan daripada mendorong mereka dan memujuk mereka untuk melakukan sebaliknya.

Jangan putus asa

Kepada rakyat - sama ada di Sabah atau di manapun, saya menggesa anda untuk mengamalkan SOP seketat mungkin. Jangan mematuhi SOP yang tidak masuk akal - perkahwinan boleh ditunda ke kemudian hari; perhimpunan besar tidak boleh diadakan sehingga kita dapat mengawal keadaan.

Sudah sampai waktunya untuk bangkit dan memutuskan bagaimana kelangsungan hidup "keluarga" perlu diteruskan kerana "abah" kita seakan tidak mampu.

Berikan sokongan anda kepada mereka yang berada di barisan hadapan - sama ada dalam bentuk wang, makanan, atau alat bantuan lain. Mereka yang diberkati kerana lebih berada perlu membantu golongan yang serba kekurangan.

Kepada mereka yang berada di barisan hadapan - jangan berputus asa. Seluruh rakyat negara ini berada di belakang anda dan menyokong anda, beberapa melalui bantuan material dan yang lain bila-bila yang boleh memanjatkan doa.

Kebodohan individu tertentu mungkin telah mensia-siakan usaha beberapa bulan yang lalu dan membuang semua masa dan tenaga anda; tetapi Malaysia lebih memerlukan anda sekarang.

Semoga Tuhan memberi anda kekuatan, kesabaran dan ketabahan melalui saat-saat ini. Sama-samalah kita berdoa.


DR TACHDIJAN ialah nama samaran. Penulis ialah seorang doktor pakar di Kementerian Kesihatan. 

Disiarkan oleh Malaysiakini

COVID-19: Sekolah Tempat Lebih Selamat - Timb. Menteri


Sekolah masih dianggap sebagai kawasan selamat untuk pelajar, justeru kerajaan tiada cadangan untuk menutupnya kecuali bagi lokasi yang mencatat kes positif Covid-19. 

<!--more-->Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata sekolah melaksanakan prosedur operasi standard yang sangat ketat seperti penjarakan fizikal, pemeriksaan suhu badan dan pengawasan aktiviti berkumpulan. 

Orang awam juga, katanya, tidak dibenarkan keluar masuk sekolah, manakala pelajar yang tinggal di asrama tidak boleh balik. 

“Di sekolah lebih selamat berbanding komuniti luar, jika tiada kes Covid-19, sekolah tidak akan ditutup,” katanya. 

Ahli parlimen Bagan Serai itu ditemui media selepas majlis pengagihan keuntungan Ladang Rakyat Daerah Kerian semalam lapor MalaysiaKini

Jangan Buat PRU Sekarang!!

 


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak diadakan dalam tempoh terdekat berikutan peningkatan kes COVID-19 yang membimbangkan.

<!--more-->Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata penularan wabak itu di luar kawalan SPR walaupun pelbagai prosedur operasi standard (SOP) diperkenalkan bagi mengekang virus terbabit.

"Masalah utama yang saya lihat adalah penjarakan fizikal. Sama ada secara sengaja atau sebaliknya, penjarakan fizikal sukar diamalkan. Ini adalah isu utama berbanding pemakaian pelitup muka.

"Saya berharap PRU yang akan datang tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, memang sukar untuk mengadakan PRU dalam tempoh terdekat ini," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Abdul Ghani berkata, SPR tiada masalah untuk melaksanakan pilihan raya kerana sentiasa bersedia, namun berharap keadaan COVID-19 di Malaysia terkawal terlebih dahulu.

Mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, beliau berkata, SPR akan melakukan bedah siasat bagi menambah baik perjalanan pilihan raya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata SOP lebih ketat perlu jika kerajaan berhasrat mengadakan PRU dalam tempoh terdekat.

Bagaimanapun, beliau berharap, ia tidak akan dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa.

"Kita dapat lihat ketika PRN Sabah, memang berlaku pelanggaran SOP, tetapi bukan dalam semua keadaan. Masih ramai yang ikut dan patuh SOP.

"Justeru, untuk PRU akan datang, SOP lebih ketat diperlukan kerana keselamatan adalah soal utama. Biarlah PRK diadakan dalam keadaan yang lebih bersedia," katanya.

Kemungkinan PRU-15 diadakan lebih awal adalah susulan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 18 September lalu. Penggal PRU-14 akan berakhir pada 8 Mei 2023, lima tahun selepas pilihan raya dilangsungkan pada 9 Mei 2018.

Perdana Menteri memberi bayangan ia mungkin diadakan lebih awal sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi PRN Sabah.

Bagaimanapun, peningkatan kes COVID-19 sejurus PRN di negeri berkenaan dan turut menular ke Semenanjung, kini mendatangkan kebimbangan mengenai kesan mengadakan PRU dalam tempoh terdekat.... laporan penuh sila baca di SINI

Ni dua contoh penularan angkara Ahli politik yang gila nak berkuasa..

AYER KEROH: Pusat pentadbiran kerajaan negeri di Kompleks Seri Negeri di sini, ditutup serta-merta pagi tadi selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan positif COVID-19. 

Sumber memberitahu, ADUN yang pulang dari Sabah, minggu lalu itu, dikatakan mengunjungi kompleks berkenaan semalam, selepas tempoh kuarantin tiga hari ke atasnya tamat, dua hari lalu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Jabatan Kesihatan negeri terpaksa menjemput ADUN berkenaan di kediamannya selepas mendapati hasil ujian berkenaan positif, malam tadi. 

"Semalam ADUN berkenaan mengunjungi Seri Negeri, termasuk minum di kafetaria kompleks berkenaan ~ Berita Harian
Yang ni pulak.. isteri dan anak-anak murid menjadi mangsa.

KEPALA BATAS: Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, di sini diarah tutup lapan hari selepas seorang guru wanita disahkan positif COVID-19. 

Arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) yang berkuat kuasa mulai hari ini. 

Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata penutupan sekolah dibuat bagi membendung penularan pandemik COVID-19 menjadi lebih serius. 

"Setakat ini, sekolah itu akan ditutup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas pihak kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

"Buat masa ini, pihak kami belum mendapat laporan lengkap dari SK Permatang Janggus namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan COVID-19 hari ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Tinjauan yang dilakukan di luar perkarangan sekolah mendapati rata-rata ibu bapa dan penjaga menjadi cemas ketika menunggu anak-anak mereka menjalani ujian saringan COVID-19. 

Ibu bapa berada di sekolah terbabit selepas mereka menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp bahawa anak mereka diarahkan melakukan ujian berkenaan. 

Ini berikutan terdapat seorang guru wanita di sekolah itu yang berusia lingkungan 40-an disahkan positif COVID-19. 

Guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kedah. 

Difahamkan guru wanita itu adalah isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) itu baru-baru ini. 

Kira-kira 600 murid di sekolah berkenaan menjalani ujian terbabit dan mereka diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan keluar ~ Berita Harian


Hmm... orang kata di Indonesia.. Pemerintah takut rakyat yang degil tidak mahu ikut SOP..

Kat Malaysia pulak.. Rakyat takut Pemerintah yang tak ikut SOP... 

Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive