Bung Moktar ‘Mengamuk’ BERSATU Mungkir Janji?

 


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, mengumumkan pertukaran portfolio bagi ketua Barisan Nasional, Bung Moktar Radin, daripada kerajaan tempatan ke kerja raya. 

<!--more-->Hajiji menukar portfolio pemimpin Umno itu dengan portfolio timbalannya dalam PPBM, Masidi Manjun.  

Sementara itu, Hajiji juga mengumumkan Masidi akan menjadi timbalannya di portfolio kewangan, atas sebab pengalamannya dalam bidang kewangan dan ekonomi lapor FMT

Itu pun setelah Bung Mokhtar dilaporkan mengamuk kerana BERSATU mungkir perjanjian awal yang telah dipersetujui bersama di antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN)..

Suara TV melaporkan..

Kota Kinabalu – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikatakan mengamuk di hadapan Ketua Menteri Sabah yang baharu, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kejadian di bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) sebentar tadi.

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV, ia ekoran dari keengganan Hajiji untuk mematuhi perjanjian awal yang telah dipersetujui bersama di antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Menurut perjanjian awal, PN bersetuju untuk melantik Bung sebagai Timbalan Ketua Menteri dengan memegang portfolia Kerja Raya, manakala 3 orang ADUN UMNO akan dilantik sebagai menteri dengan seorang memegang portfolio kanan sebagai syarat untuk UMNO menyokong calon Bersatu sebagai jawatan ketua menteri.

“Namun setelah mengangkat sumpah, Hajiji enggan mematuhi perjanjian tersebut dengan melantik Bung memegang portfolio Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Disebabkan itu Bung mengamuk dan berteriak di hadapan Hajiji agar menghormati perjanjian awal yang telah dipersetujui sebelum ini,” kata sumber tersebut.

Bung juga dikatakan telah memanggil satu sidang akhbar khas bagi memaklumkan untuk menarik kembali sokongan terhadap Bersatu sekiranya Hajiji bertegas dengan keputusannya.

 

Laporan penuh sila baca di SINI 

Zahid Tidak Benar BN Serah Jawatan KM Sabah Kepada Parti Lain.. Tapi...

 


Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas gabungan kerajaan itu tidak bersedia untuk menyerahkan jawatan ketua menteri Sabah kepada parti lain.

<!--more-->Menurut laporan akhbar The Star, Zahid berkata, beliau telah menulis surat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin mencadangkan Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin sebagai ketua menteri negeri itu yang baru.

Beliau berkata, telah 2 kali BN memberi ruang kepada PPBM, iaitu membenarkannya menjadi perdana menteri dan menteri besar Perak walaupun ia (BN) mempunyai wakil lebih ramai.

Katanya, di Perak, Umno mempunyai 25 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) berbanding PPBM 4 kerusi, namun Umno bersetuju melantik Ahmad Faizal Azumu sebagai ketua menteri.

Selain itu katanya, Umno dan GPS juga bersetuju Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri walaupun PPBM tidak mempunyai anggota Parlimen paling ramai.

“Bagi kita, sekiranya (Adun) BN tidak dilantik sebagai ketua menteri Sabah, maka kos ke atas Barisan pada masa depan menjadi terlalu besar untuk ditanggung.

“Kajian kami menunjukkan kesan ke atas Barisan tidak baik. Saya tidak bersetuju Bung mengalah kepada orang lain di luar Barisan untuk jawatan ketua menteri. Tidak,” kata Zahid menurut laporan itu lapor FMT

Tapi...

Kebuntuan antara BN dan Perikatan Nasional (PN) Sabah selesai apabila Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Mohd Noor dipilih untuk menjadi ketua menteri baru Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah - merangkumi BN, PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) - mencapai konsensus itu hari ini, dua hari selepas menang dalam pilihan raya negeri.

Perkara itu diumumkan Hajiji sendiri dalam satu sidang media bersama Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin di sebuah hotel di Kota Kinabalu, yang menjadi bilik gerakan PN ketika PRN.

"Kami telah setuju sebulat suara untuk menamakan saya sebagai ketua menteri Sabah," kata Hajiji lapor MalaysiaKini


Hmmm... tak laku rupanya cakap Zahid tu... 

Saya Masih PM - Muhyiddin


TAMBUNAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, sehingga kini, beliau masih lagi menjawat kedudukan sebagai Perdana -Menteri melainkan telah dititah menghadap oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah memenuhi kehendak Perlembagaan Persekutuan untuk menukar kerajaan. 

<!--more-->Bahkan, tegas Muhyiddin, sekiranya beliau sendiri sudah mengemukakan surat peletakan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, maka situasinya akan berbeza sama sekali. 

Menurut Perdana Menteri, beliau tidak mendapat sebarang pemakluman dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung perkara tersebut. 

"Kalau itulah keadaannya, maka ia salah satu dari apa yang diperuntukan dalam Perlembagaan. 

"Maka saya tidak lagi berada di situ sebagai Perdana Menteri dan saya serah surat untuk letak jawatan dan kalau Yang di-Pertuan Agong terima maka kosong jawatan itu. 

"Atau ada perkara kedua, kalau saya fikirkan situasi di negara kita sebegini rupa bukan kerana saya mahu kekal sebagai Perdana Menteri tetapi ikut peruntukan dalam Perlembagaan maka saya akan ajukan cadangan pada Yang di-Pertuan Agong untuk Parlimen ini dibubarkan dan diperkenan untuk bubarkan maka Parlimen Malaysia bubar," katanya ketika berucap pada Majlis Rapat Umum dan Semarak Perikatan Nasional (PN) di Dewan Pisompuruan, Tambunan pada Jumaat. 

Dalam masa sama Pengerusi PN itu menjelaskan, kedudukannya sebagai Perdana Menteri adalah seiring dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. 

Muhyiddin juga memberitahu, beliau ada merujuk mengenai isu jawatannya itu kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang mengesahkan beliau masih Perdana Menteri. 

"Saya tidak mengatakan bahawa saya menolak apa yang ada dalam Perlembagaan, saya adalah pemimpin bertanggungjawab dan saya patuh pada Perlembagaan. 

"Saya berdiri di Tambunan ini kerana saya masih Perdana Menteri dan saya tidak gila kuasa," tegas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu lagi. 

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa sudah memperolehi sejumlah Ahli Parlimen yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu. 

"Dia (Anwar) buat kenyataan, tetapi bila media tanya dia siapa yang menyokong dia, dia tidak jawab dan dia kata tunggu. 

"Dia kata bilangannya besar hampir dua per tiga, kalau begitu sudah macam luar biasa dan saya tidak mahu menolak begitu sahaja kenyataan itu kerana ia mengenai kedudukan saya,” ujar beliau lagi lapor AstroAwani

UMNO Dah Jadi King Maker...

 


Langkah Seharaton pada 23 Februari bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Dr Mahathir dan menggagalkan rancangan Anwar menjadi Perdana Menteri.

<!--more-->Langkah Le Meridien pada 23 September pula untuk menjatuhkan Muhyiddin dan mungkin membolehkan Anwar dilantik Perdana Menteri. 

Betullah bagai dikata.. dalam politik "No permanent friend and enemy".. Kedua-dua langkah itu melibatkan UMNO yang memihak kemana sahaja asal matlamat mereka tercapai..

Kesimpulannya samada Kerajaan sedia ada kekal atau tumbang, UMNO jelas menjadi King Maker buat masa ini untuk mementukan siapa Perdana Menteri.. 

Jika sebelum ini Mahathir berjaya ditumbangkan, Muhyiddin juga mungkin ditumbangkan, maka tak hairanlah jika akan datan Anwar juga akan ditumbangkan oleh UMNO bagi membolehkan pilihan raya mengejut untuk mandat baharu diadakan...

Baca ni.. 


PETALING JAYA: Umno bakal menjadi pemenang terbesar jika ketua pembangkang Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan baru, kata sumber dalaman Pakatan Harapan (PH) dan penganalisis.

Mereka berkata, sebilangan ahli Parlimen Umno menyokong Anwar dengan harapan langkah itu akan membuka jalan kepada pilihan raya baru yang akan dimanfaatkan olehparti itu.

Menurut seorang pemimpin PH, setakat ini antara 12 ke 15 ahli Parlimen Umno merakamkan sokongan kepada Anwar, sementara individu dari Sabah dan Sarawak menunggu beliau diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong.

“Ahli Parlimen Umno menyokong Anwar dengan harapan ia akan membuka jalan kepad pilihan raya baru secepat mungkin dan mereka menyasarkan untuk menguasai kerajaan dengan mandat lebih besar.

“Ini adalah ahli Parlimen yang tidak mahu PPBM mengetuai gabungan kerajaan,” katanya yang enggan dikenali kepada FMT.

Beliau berkata, “persefahaman semasa” yang ada ialah melantik Anwar sebagai perdana menteri, sementara seorang ahli Parlimen Umno sebagai timbalan beliau.

“Ini juga bergantung pada bilangan ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang akan menyertai gabungan baru itu.”

Seorang lagi pemimpin PH berkata, pada masa ini Anwar mendapat sokongan 36 ahli Parlimen PKR, 42 dari DAP, 11 Amanah dan 9 dari Warisan, tidak termasuk ahli Parlimen Umno serta Sabah dan Sarawak yang dijangka menyertai beliau.

“PPBM perlu mencari jalan untuk kekal relevan sewaktu tolak-menolak ini berlaku sekiranya ia tidak mahu kecundang,” katanya.

Penganalisis politik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, tempoh beberapa minggu ini penting sewaktu negara menunggu pengumuman baru Anwar selepas beliau menghadap Agong.

Awang Azman bagaimanapun berharap walau apapun gabungan baru yang terbentuk ia tidak akan menatijahkan pilihan raya kilat kerana negara masih terdedah kepada bahaya wabak Covid-19.

“Pilihan raya umum berikutnya hanya perlu diadakan pada 2023. Mari kita tunggu sehingga tarikh itu dan memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan bilangan kes baru, selain memulihkan ekonomi,” katanya.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, Anwar belum mendedahkan bilangan ahli Parlimen yang menyokong beliau.

“Mereka yang menyokongnya sekarang pun boleh beralih sokongan pada saat akhir,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, dengan andaian majoriti ahli Parlimen menyokong Anwar, maka beliau dan Umno akan menjadi pemenang terbesar sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang.

Laporan penuh silalah baca di SINI

'Kukuh Dan Meyakinkan' Tapi Menimbulkan Persoalan..



'Kukuh dan Meyakinkan' dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa beliau mendapat sokongan untuk mengambil alih tampuk pemerintahan, menimbulkan pelbagai persoalan sebenarnya..

<!--more-->Sesuai dengan penekanan Anwar dalam sidang akhbarnya petang semalam bahawa kerajaan yang akan dibentuk olehnya akan mempunyai perwakilan Bumiputera-Muslim yang kuat dan pada masa yang sama, ia mendapat sokongan padu daripada ahli Parlimen bukan Bumiputera.

The Vibes melaporkan sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen UMNO telah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri seterusnya sekaligus menubuhkan Kerajaan yang baru menggantikan Kerajaan Perikatan Nasional.

Disokong pula kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa "ramai" Ahli Parlimen dari partinya berada di belakang Anwar dan parti itu tidak akan menghalang mana-mana anggota parlimennya daripada menyokong pemimpin pembangkang dalam membentuk kerajaan baru.

Dengan 42 ahli parlimen DAP yang kuat di belakang Anwar, bersama dengan 11 orang Amanah, sembilan orang Warisan, satu-satunya wakil United Progressive Kinabalu Organisation dan 38 orang PKR, Anwar dijangka mengambil alih pentadbiran persekutuan.

Ini tidak termasuk lima Ahli Parlimen sekarang dengan Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad; Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang kini bebas; dan, dua anggota parlimen Parti Sarawak Bersatu, yang pendiriannya ketika ini tidak jelas. .

Antara persoalannya ialah sanggupkah Ahli Parlimen dari UMNO itu bekerjasama dengan DAP sedangkan mereka dahulu menyokong Muhyiddin untuk mengelakkan DAP dari berada dalam kerajaan? 

Bagi pakar geostrategi Azmi Hassan, walau apapun percaturan Anwar, kata putus akhir mengenai sebarang perubahan pada tampuk pemerintahan bukan terletak di tangan beliau tetapi di tangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata Agong boleh memutuskan peralihan kuasa dilakukan tanpa pembubaran Parlimen atau pilihan raya umum jika Parlimen dibubarkan.

“Memang benar jawatan perdana menteri adalah bergantung kepada sokongan yang diperoleh melalui Dewan Rakyat. Jika benar dakwaan yang beliau telah mendapat sokongan majoriti, ini bermakna Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah kehilangan sokongan Ahli Dewan Rakyat," katanya.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata masyarakat secara umumnya tidak boleh menerima bulat-bulat dakwaan Anwar mendapat sokongan membentuk kerajaan baharu.

Ini kerana dakwaan itu perlu dibuktikan terlebih dahulu dengan melihat kepada akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani barisan Ahli Parlimen.

“Pada saya apabila Anwar mengatakan telah mendapat sokongan majoriti, itu hanyalah kata-kata. Perlu dibuktikan dengan beberapa cara termasuk melihat kepada SD atau pengumuman secara jelas daripada Ahli Parlimen. Jadi, kita tidak perlu menerima bulat-bulat kenyataan beliau lagi,” katanya.

Dipetik dari MalaysiaKini

Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) memberitahu FMT bahawa beliau percaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan memohon untuk membubarkan Parlimen jika Anwar berjaya membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Tiada jaminan kemenangan bagi pembangkang hari ini sekiranya pilihan raya baru diadakan, katanya. 

“Kredibiliti Anwar akan rosak teruk jika gagal menjadi PM kerana beliau beberapa kali mendakwa mempunyai sokongan, tetapi gagal membuktikannya.” katanya.


Hmmm... strategi Kubu Kosong ni sesuai dan praktikal hanya sekali selalunya..

KLCI jatuh 10.5 Mata Selepas Pengumuman Anwar?.. Betul Ke Ni Wee Ka Siong?


Rentetan dari pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini yang mendakwa beliau mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk dipersembahkan kepada Agong bagi mengambil alih Kerajaan sedia ada..

<!--more-->MCA hari ini membidas Anwar Ibrahim atas pengumumannya itu, mengatakan dakwaan presiden PKR itu mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu memberi kesan pada ekonomi.

Presiden Wee Ka Siong melihat pengumuman Anwar itu seolah-olah mensabotaj negara, ketika kerajaan sedang sibuk meyakinkan pelabur untuk memulihkan ekonomi.

“Sejurus beliau membuat pengumuman tersebut, KLCI (Indeks Komposit Kuala Lumpur) jatuh 10.5 mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah Anwar sebagai seorang pemimpin politik “senior” sepatutnya lebih bertanggungjawab.

Hmm.. betul ke tu Wee Ka Siong?

Tengok ni..



BERNAMA Radio melaporkan Bursa Malaysia rendah secara keseluruhannya semasa mengakhiri sesi dagangan pagi hari ini berikutan aktiviti penjualan berterusan selain turut sejajar dengan prestasi bursa serantau.. tak ada pun disebut kerana pengumuman Anwar Ibrahim tu..

Mohon Wee Ka Siong jangan lupa laporan dari Berita Harian pada 1 Mac 2020 ni..

KUALA LUMPUR: Aliran keluar bersih Malaysia menguasai pasaran saham pada minggu lalu, mengatasi jualan bersih lebih RM1.15 bilion berbanding RM447.9 juta pada minggu sebelumnya. 

Ia berikutan kemelut politik mengejutkan yang menyaksikan perebutan dalam kalangan parti politik untuk membentuk kerajaan seterusnya. 

Seorang penganalisis berkata, keadaan tidak stabil selama seminggu itu telah menyebab aliran keluar bersih meningkat pada Isnin apabila indeks utama, FBM Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.68 peratus atau 41.14 mata kepada 1490.06 mata, serta pada Jumaat apabila indeks jatuh 1.52 peratus atau 22.95 mata kepada 1,482.64. 

“Memandangkan indeks menjunam hampir ke paras terendah dalam tempoh sembilan tahun, senario terlebih jual berlaku. 

Bagaimanapun, risiko negatif daripada krisis politik yang berlarutan ditambah dengan kebimbangan terhadap COVID-19 akan menyebabkan pelabur kekal tidak memasuki pasaran buat masa ini,” katanya.


Masa nak ambil alih Kerajaan tu tak pulak dia fikir BUrsa Saham jatuh... sekarang? 

Anwar Pembohong Tegar Dan Psikopat Politik Kata Azmin?

 


KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Pemimpin Perikatan Nasional (PN) menafikan kerajaan mereka tumbang selepas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

<!--more-->Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairry Jamaluddin berkata ketika pengumuman tengah hari tadi PN baru sahaja selesai mesyuarat jemaah menteri dan pentadbiran berjalan seperti biasa.

“Baru selesai mesyuarat jemaah menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” catat Khairy di Twitter.

Sementara itu Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan bekas ketuanya di PKR sebagai “pembohong tegar dan psikopat politik”.

Tidak menamakan mana-mana pihak, Azmin memuat naik status di Twitter beberapa jam selepas Anwar mengumumkan perkara itu di Hotel Le Meridien, di sini.

Manakala Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata Anwar cuba memecah solidariti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan melunturkan kerajaan pusat.

“Dengan itu dia harap dapat (beri) kelebihan kepada Warisan. Ini sikapnya dari dulu tanpa peduli kesan buruk pada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” catat Annuar di Twitter.

Katanya Anwar juga terdesak untuk merampas kuasa selepas gagal mencabar kesahihan pengampunan diraja di mahkamah semalam.

“Setelah gagal menghalang usaha mencabar kesahihan pengampunan diraja di mahkamah, beliau ternyata terdesak cuba merampas kuasa sebagai jalan terakhir untuk mengelak sesuatu yang paling tidak diingininya,” tambahnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pula mencadangkan agar pilihan raya diadakan semula selepas beberapa kali bertukar kerajaan.

“Anwar dakwa sudah cukup majoriti ahli parlimen untuk mengubah kerajaan kononnya kerajaan yang bakal terbentuk lebih stabil. Betulkah?

“Apa jaminan jika benar ada yang lompat, tidak lompat balik? Jika asyik bertukar begini lebih baik serah mandat kembali kepada rakyat,” catatnya di Twitter lapor MMO

PKR Hanya Perjuangkan Anwar Yang Rakus Mahu Jadi PM – Azmin

 


Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyerang bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. 

<!--more-->Katanya, PKR merupakan parti yang tidak memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya berlandaskan perjuangan Anwar yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri. 

Sebagai salah seorang bekas pemimpin PKR, setelah 20 tahun di dalamnya kini beliau yakin PKR tidak memiliki calon yang layak menjadi wakil rakyat.

“Hari ini, saya datang nak bagi tahu tuan-tuan dan puan-puan tolak PKR. PKR pun tidak ada calon, saya tidak kenal calon ini, saya yang bina PKR dengan Anwar.

“Dia (Anwar) duduk dalam penjara pun sebab masalah dia, saya yang bina parti saya yang pergi jalan raya, berkempen dia duduk penjara dia keluar nak jadi presiden.

“Hari-hari cerita “bila aku nak jadi Perdana Menteri,” cukuplah 20 tahun nak cakap pasal satu orang, kita nak bincang pasal rakyat masalah ekonomi bina negara majukan negara.

“Sekarang tidak ada siapa nak jadi calon PKR sebab ini parti yang tidak mengangkat suara rakyat tidak membela rakyat tapi hanya menjaga kepentingan seorang yang rakus,” katanya ketika melawat Bilik Gerakan PBS, PDM Tamparuli, Jalan Perumahan Kionsom Baru, Tuaran.

Justeru beliau menyeru pengundi Tamparuli menolak calon PKR di DUN berkenaan iaitu, Alijus Sipil dan menyokong calon PBS, Datuk Jahid Jahim.- MalaysiaGazette

SRC International: Penyelewengan Paling Teruk - Hakim

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyifatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak adalah kesalahan salah guna kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang paling teruk. 

<!--more--> Mohd Nazlan yang mensabitkan Najib terhadap semua tujuh tuduhan dan memerintahkan bekas perdana menteri itu dipenjara 12 tahun, dan didenda RM210 juta, berkata ia bukan sahaja disebabkan oleh alasan bagaimana jenayah itu dilakukan, malah kes berprofil tinggi berkenaan turut membabitkan sejumlah wang yang sangat besar.

Melalui alasan penghakiman penuh setebal 801 muka surat, Mohd Nazlan berkata, kes terbabit mempunyai elemen yang memberikan kesan ke atas kepentingan awam kerana dana RM42 juta itu adalah milik Kementerian Kewangan (Diperbadankan) (MKD) yang berkemungkinan berasal daripada dana pencen Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM4 bilion.

"...dan yang paling penting ia membabitkan seseorang individu yang pada ketika itu berada dalam pada tertinggi dalam kerajaan," katanya.

Pada 28 Julai lalu, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjarakan 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah wang RM42 juta milik SRC.

Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.

Sementara itu Mohd Nazlan berkata, Najib selaku tertuduh tidak menunjukkan penyesalan, malah mempertahankan pembelaan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai wang RM42 juta milik SRC itu dalam rayuannya bagi diringankan hukuman.

"Tetapi saya tidak boleh menafikan beliau adalah Perdana Menteri negara ini dan tidak boleh mempersoalkan sumbangannya untuk kebaikan dan kesejahteraan masyarakat dalam pelbagai cara kerana beliau adalah Perdana Menteri selama sembilan tahun.

"Sejarah politik akan terus diperdebatkan sama ada dari segi keseimbangan, beliau melakukan lebih banyak kebaikan daripada keburukan.

"Walau apa pun, ia adalah tidak selari dengan idea sesebuah pentadbiran negara yang bersih daripada rasuah yang tidak boleh bertolak ansur dengan sebarang penyalahgunaan kuasa," katanya.

Mahkamah Rayuan menetapkan pada 15 Oktober ini bagi pengurusan kes rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya.

Menurut Mohd Nazlan, sabitan ke atas kesalahan menyalahgunakan kedudukan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah pelanggaran yang paling serius di antara ketiga-tiga tuduhan yang dikenakan.

Beliau berkata, ia adalah kerana berdasarkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika kesalahan itu dilakukan.

Kedudukan tertuduh ke puncak kepimpinan tertinggi negara dan cengkamannya terhadap kekuasaan politik disebabkan oleh rakyat yang memberikannya amanah dan kepercayaan menegakkan sistem demokrasi berperlembagaan.

"Sabitan terhadap semua tujuh tuduhan berkaitan menyalahgunakan kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram sesungguhnya adalah satu pengkhianatan kepada kepercayaan yang diberikan," katanya.

Mohd Nazlan berkata, tiada sebarang merit bagi mahkamah untuk meragui mengapa tertuduh melakukan apa yang dilakukannya walaupun kedudukan beliau di puncak kekayaan dan kekuasaan tidak dapat dipertikaikan lagi.

Najib seorang individu yang mempunyai tahap intelek yang tinggi dan sudah pasti memiliki pandangan tegas dalam membezakan antara yang betul dan salah.

"Saya hanya perlu menekankan tiga perkara, ...pertama, tertuduh disabitkan dengan tujuh tuduhan jenayah ketika menjadi Perdana Menteri, dengan mengkhianati kepercayaan orang ramai.

"Kedua, sebagai akibatnya beliau harus dihukum berdasarkan kepada peruntukan undang-undang.

"Ketiga, kini ia menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakan sumpah kehakiman iaitu memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan dalam menjatuhkan hukuman dengan memastikan peruntukan Artikel 8 bahawa semua orang sama di sisi undang-undang, ditegakkan," katanya.

Hakim itu berkata, sama ada kompas moral negara perlu ditentu ukur secara berbeza wajar dibahaskan dalam forum lain kerana apa yang ingin ditegaskan mahkamah adalah kesucian peraturan undang-undang dan ketuanan perlembagaan.

Tegasnya, tiada seorang pun malah tokoh politik yang paling berkuasa serta pemimpin negara menikmati keistimewaan bahawa mereka tidak boleh dikalahkan oleh undang-undang lapor Berita Harian

Rosmah Bayar RM100,000 Sebulan Untuk Cyber Trooper?



Rizal Mansor mendakwa Rosmah Mansor seorang yang amat mementingkan imej dan menyalurkan RM100,000 sebulan untuk pasukan tentera siber bagi menangkis tanggapan negatif. 

<!--more-->Perkara itu dinyatakan Rizal, bekas pembantu Rosmah, dalam keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam perbicaraan rasuah kes projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak. 

“Pada 2012, saya telah menubuhkan satu pasukan cyberstoopers atas arahan Datin Seri Rosmah.

“Pasukan yang diuruskan oleh saya ini ditugaskan untuk memantau kandungan-kandungan media sosial yang kritikal atau memberikan persepsi negatif terhadap Datin Seri Rosmah,” dakwanya. 

Rosmah Mansor Sebelum itu, pasukan Rosmah memohon mahkamah supaya melarang laporan media dibuat terhadap keterangan Rizal tetapi ditolak oleh hakim Mohammed Zaini Mazlan. 

Sementara itu, berkaitan imejnya, Rizal berkata Rosmah sangat mementingkan imej, reputasi dan tanggapan terhadapnya sebagai seorang isteri perdana menteri. 

“Datin Seri Rosmah sentiasa mahukan publisiti dan liputan media ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh beliau,” dakwa Rizal. 

Rosmah, 68, berdepan pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin. 

Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal, sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Suria Fotovolta (PV) Hibrid serta penyelenggaraan dan operasi genset/diesel, untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1. 25 bilion dari Kementerian Pendidikan, secara rundingan terus lapor MalaysiaKini
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive