Tuan Ibrahim Tuan Man Di Sekolahkan Pemandu Lori..

 

Persatuan Pengusaha Lori Johor terkilan dengan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man selepas menteri alam sekitar dan air itu menyamakan keadaan pekerjaan pemandu lori dengan pelanggaran SOP kuarantin oleh menteri perladangan Khairuddin Aman Razali.

<!--more-->Naib presiden persatuan itu, Andrew Chia memberitahu Malaysiakini penjelasan Tuan Ibrahim adalah "tidak masuk akal" dan beliau sepatutnya tidak boleh menggunakan rakyat sebagai contoh untuk melepaskan menteri itu daripada kesalahannya.

"Ini bukan hal yang sama. Ketika menteri telah melakukan sesuatu yang salah, beliau tidak boleh menyeret orang lain ke dalamnya.

"Kami telah mendapat kebenaran untuk mengirimkan barang dan produk sejak awal ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) lagi dan tugasan ini tidak boleh dibandingkan dengan perjalanan menteri ke luar negara.

"Kamu sebagai pemimpin kerajaan mesti bersikap adil. Sekiranya kamu salah, kamu salah dan tidak boleh menggunakan orang lain sebagai kambing hitam," katanya.

Chia juga mengambil maklum pemimpin lain juga perlu menjalani perintah kuarantin, termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Muhyiddin Yassin.

Malah kata Chia lagi, bahkan Yang di-Pertuan Agong juga menjalani kuarantin selepas terdapat kakitangan istana yang positif Covid-19.

"Anda (Tuan Ibrahim) mesti memberi tauladan yang baik sebagai menteri. Adalah tidak masuk akal untuk mewajarkan kesalahan seperti ini," katanya

Menurutnya, walaupun pemandu lori tidak perlu dikuarantin, mereka harus mengikuti peraturan lain untuk mencegah penyebaran Covid-19.

Chia berkata antara lain, ketika lori tiba di pasar atau kilang di Singapura, pemandu tidak dibenarkan meninggalkan kenderaan mereka.

Sebaliknya, kata Chia pekerja yang berpengkalan di Singapura akan memunggah barang dan pemandu kemudian akan memulakan perjalanan pulang ke Malaysia.

Dengan kata lain, jelasnya pemandu mempunyai kontak rapat yang sangat terhad dengan orang lain ketika membuat penghantaran di Singapura.

"Biasanya, sebuah lori hanya mempunyai satu pemandu; semakin sedikit semakin baik.

"Pada bulan April, ketika pihak berkuasa mengizinkan kami mengirim barang ke Singapura, semua pemandu telah diuji Covid-19.

"Selepas itu, ketika pemandu lori tiba di pusat pemeriksaan Singapura, suhu mereka akan diperiksa dan mereka sangat ketat dengan pelaksanaan prosedur operasi standard. Pemandu mesti memakai pelitup muka,” tambahnya.

Laporan sepenuhnya silalah baca di SINI

Guan Eng Didakwa Minta Rasuah 10 Peratus

 

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

<!--more-->Guan Eng, 59, bagaimanapun menjawab "tidak bersalah" dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi, kira-kira jam 9.49 pagi.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP itu, hadir ke mahkamah ditemani bapanya, Lim Kit Siang, kelihatan tenang dan hanya mendiamkan diri sepanjang prosiding.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Guan Eng ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Suapan itu balasan sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, menawarkan jaminan RM2 juta dengan dua penjamin terhadap tertuduh, berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan tidak menganggu saksi pendakwaan dalam kes ini.

"Jika terdapat usaha menganggu saksi, maka pendakwaan memohon jaminan dibatalkan terhadap tertuduh.

"Dalam kes ini mahkamah perlu mengambil kira status tertuduh di dalam masyarakat," katanya.

Wan Shaharuddin, turut berhujah bahawa mengikut pertuduhan, Guan Eng sebagai Ketua Menteri sudah melanggar kepercayaan penduduk Pulau Pinang yang diberikan kepadanya.

"Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Butterworth pada Isnin ini. Sehubungan itu sekiranya ikat jamin tinggi diberikan hari ini, pihak pendakwaan tidak akan meminta lagi jaminan di Butterworth dan akan mengguna pakai jumlah jaminan di mahkamah hari ini," katanya.

Pihak pendakwaan turut memohon perintah daripada mahkamah supaya tertuduh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan subjudis membabitkan kes itu.

Bagaimanapun, Guan Eng dalam rayuannya menerusi peguam Gobind Singh Deo, membantah jaminan RM2 juta yang ditawarkan oleh pendakwaan dengan alasan sudah memberikan kerjasama penuh dalam siasatan, walaupun diminta hadir oleh SPRM pada jam 10 malam.

"Pembelaan memohon jaminan RM500,000 diberikan tanpa sebarang syarat tambahan, memandangan jumlah ikat jamin adalah sangat besar, selain tertuduh tidak berisiko melarikan diri memandangkan beliau adalah Ahli Parlimen Bagan dan perlu menjalankan tanggungjawabnya kepada penduduk kawasan itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin, pasport antarabangsa dan diplomatik diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pendakwaan supaya tertuduh tidak membuat sebarang komen subjudis membabitkan kes itu dan menetapkan 9 September ini untuk sebutan semula kes lapor Berita Harian

Najib Sudah Bersalah, UMNO Perlu 'Move On' - KJ



Masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah, dedah Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

<!--more-->Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, keadaan itu berbeza dengan pendapat sebahagian besar rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri yang mahu melihat parti itu terus bergerak ke hadapan.

Justeru, beliau kecewa kerana dikritik oleh beberapa pemimpin kanan UMNO sendiri apabila lantang menyuarakan pandangan berkenaan.

“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai Presiden UMNO. Ini yang saya maksudkan. Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baharu untuk memimpin UMNO.

“Sekarang ini presiden masih lagi ada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah. Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa? Apakah barisan kepimpinan baharu? Yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI, hari ini.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mensabitkan Najib bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Pekan itu telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, namun Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga peringkat seterusnya di Mahkamah Rayuan.

Susulan keputusan mahkamah itu, Khairy, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, telah memohon agar parti bergerak ke hadapan serta melakukan proses peremajaan parti sebelum dikritik atas alasan tidak memahami perjuangan parti.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau konsisten UMNO harus menyediakan kumpulan pimpinan yang baharu.

"(Kita perlukan) yang boleh mengambil alih, yang boleh diberikan masa sekarang untuk membuat perancangan, untuk lima hingga10 tahun akan datang. Itu maksud saya. Bukan saya biadab terhadap Datuk Seri Najib.

“Tengku Razaleigh cakap benda yang sama. Tetapi mungkin kerana Tengku Razaleigh adalah negarawan yang senior, tiada siapa yang berani untuk tegur, atau perli beliau.

“Bukan hendak samakan saya dengan Tengku Razaleigh. Tetapi oleh kerana saya ialah KJ, nakal... semua saya kena kecam, dan saya kena kritik terutamanya orang orang kuat Datuk Seri Najib, dan mereka telah tembak messenger (kill the messenger),” katanya.

Khairy menegaskan beliau tidak kisah dikecam, namun mesej yang beliau sampaikan itu tidak seharusnya dinafikan kepimpinan sedia ada.
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive