Setelah Didapati Bersalah.. Najib Bersumpah Laknat Lagi...



Najib Razak mengulangi sumpah laknatnya tidak tahu mengenai RM42 juta dana SRC International dalam akaun banknya, selepas disabitkan bersalah atas 7 pertuduhan rasuah semalam.

<!--more-->Bekas perdana menteri itu menafikan beliau pernah meminta atau ditawarkan wang itu.

“Sebagai orang Islam, wallahi wabillahi watallahi saya tidak meminta, saya tidak merancang atau ditawarkan RM42 juta itu.

“Saya bersaksi kepada Allah, saya juga tiada pengetahuan mengenai jumlah wang itu.

“Begitu juga tiada bukti atau saksi berhubung perkara itu,” katanya dalam kenyataan pendek yang diakhiri lafaz sumpah laknat itu selepas pihak pembelaan dan pendakwaan melengkapkan hujah untuk mitigasi.

Terdahulu, beliau turut membangkitkan pencapaiannya sepanjang 9 tahun menjadi perdana menteri, termasuk prestasi baik Tabung Haji dan Petronas di bawah kerajaan pimpinannya.

Katanya, beliau juga bertanggungjawab memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dilabelkan pengkritik sebagai undang-undang drakonian, tetapi tidak pernah diberi penghargaan secukupnya.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mencadangkan sistem lebih telus untuk sumbangan politik.

“Sayangnya, cadangan itu memerlukan sokongan 2 parti, tetapi pembangkang pada masa itu tidak setuju dan cadangan itu akhirnya tidak dapat dilihat.”

Terdahulu, ketika mitigasi, peguam Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata, anak guamnya memberi kerjasama kepada pihak berkuasa yang menyiasat kes itu pada 2015.

“Pada 2018, beliau terus memberi kerjasama kepada polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) apabila Barisan Nasional tumbang (pada pilihan raya umum) dan siasatan dijalankan semula oleh kerajaan baru, walaupun bekas peguam negara membersihkan namanya daripada sebarang salah laku.”

Katanya, Najib malah tidak pernah menerima sebarang saman trafik.

Beliau berkata, Najib tidak biasa dengan hal ehwal korporat dan benar-benar percaya lembaga pengarah SRC International akan menjalankan tugas mereka dengan baik.

Katanya, Najib tidak pernah terbabit dalam mengendalikan bekas anak syarikat 1MDB itu.

“Jika beliau bersalah, beliau hanya silap mempercayai orang yang sepatutnya mengendalikan syarikat itu. Orang boleh kata beliau terlalu mempercayai mereka.”

Shafee mengulangi beliau berdepan halangan dalam mitigasinya, dengan menekankan beliau tiada masa mengkaji semula penghakiman semalam lapor FMT.

SRC International: Najib Didapati Bersalah Atas Semua Pertuduhan



Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bekas perdana menteri Najib Razak bersalah atas semua 7 tuduhan berhubung RM42 juta milik bekas unit 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

<!--more-->Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga berkata pasukan pembelaan Najib Razak gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan, dan pendakwa raya dapat membuktikan kesnya.

“Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan semua 7 tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC dihadapi tertuduh.

“Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan,” katanya.

Najib merupakan bekas perdana menteri pertama yang dibicarakan dan disabit kesalahan atas tuduhan jenayah bagi tindakan yang dilakukan semasa menjawat jawatan itu.

Beliau dituduh dengan 7 kes pada 2018, iaitu 3 tuduhan pecah amanah, 1 tuduhan salah guna kuasa, dan 3 tuduhan pengubahan wang, selepas kerajaan Barisan Nasional tewas dalam pilihan raya umum 2018.

Masing-masing bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta SPRM), dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Selepas keputusan mahkamah dibacakan, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah berkata pasukan pembelaan memerlukan masa untuk melakukan mitigasi.

“Kami minta mitigasi diadakan pada Isnin (3 Ogos),” katanya.

Tuduhan pecah amanah

Bagi tuduhan pecah amanah, Nazlan berkata pasukan pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwa raya berkenaan wang milik SRC berjumlah RM4 bilion yang diamanahkan kepada beliau dalam kapasitinya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu.

Najib didakwa melakukan pecah amanah terhadap wang sejumlah RM27 juta dan RM5 juta antara 24 Dis 2014 dan 29 Dis 2014, dan RM10 juta antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan.

KK memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Tuduhan salah guna kuasa

Bagi tuduhan salah guna kuasa, Nazlan berkata pasukan pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwa raya berkenaan jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC.

Najib didakwa menggunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila beliau mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan untuk memberikan jaminan bagi pinjaman itu.

Najib dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012.

Akta SPRM memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Tuduhan pengubahan wang

Bagi tuduhan pengubahan wang, Nazlan berkata pasukan pembelaaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwa raya melibatkan dana yang sama dalam tuduhan pecah amanah.

Najib didakwa menerima RM27 juta, RM5 juta, dan RM10 juta, yang dikatakan hasil aktiviti haram, ke dalam akaun miliknya di AmIslamic Bank Berhad.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan AmBank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, antara 26 Dis 2014 dan 10 Feb 2015.

AMLATFPUAA memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan lapor FMT

SPRM Tahan Pembantu Mat Sabu Berkait Projek Lebih RM56 juta



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas setiausaha politik dalam siasatan membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta. 

<!--more-->Majistret Shah Wira Abdul Halim, mengeluarkan perintah reman selama 6 hari terhadap lelaki berusia 49 tahun itu, bermula hari ini sehingga 13 Julai, selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya. 

Menurut sumber, bekas setiausaha politik tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8 malam semalam selepas hadir memberi keterangan. 

Katanya lagi, siasatan awal mendapati suspek menerima wang jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem tersebut secara rundingan terus dengan sebuah kementerian sekitar Ogos 2019. 

“SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan”. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM, menurut kenyataan badan anti-rasuah itu.. lapor FMT

Dalam masa yang sama FMT juga melaporkan..

A source told FMT that anti-graft officers also confiscated cash in various currencies worth RM71,729 along with documents related to the project.

The seized cash include RM20,650, S$7,293, A$695, US$606, £3,520, ‎‎€200 and 400 bahts.

The case is being investigated under Section 17 (a) of the MACC Act.

It is believed that investigations will centre on allegations that the suspect had received millions of ringgit from a company, in exchange to helping to approve a defence contract through direct negotiations in August 2019.

Hmmm...  Berita Harian pula melaporkan..

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu untuk membantu siasatan rasuah membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari terhadap lelaki itu bermula hari ini hingga 13 Julai ini, selepas mendengar permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sumber berkata, lelaki itu dikatakan melakukan kesalahan berkenaan di Kementerian Pertahanan ketika bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada menteri.

Bekas Setiausaha Politik yang berusia 49 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 8 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

Siasatan awal mendapati suspek dikatakan menerima rasuah bernilai jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem itu yang dikeluarkan secara rundingan terus dengan sebuah kementerian pada sekitar Ogos 2019.

Mengikut sumber itu, penahanan itu membabitkan kes baharu dan tiada kena mengena dengan isu muflis dan pembayaran hutang yang disiasat suruhanjaya itu pada 2018.

Kes lain rupanya.. ingatkan kes RM800,000.00 tu..

Anwar Pemimpin Sewel Dan Berpenyakit - Khairuddin



Dalam satu kenyataan, Penyokong setia bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Khairuddin Abu Hassan mengkritik Anwar Ibrahim yang menerajui PKR dan PH sebagai pemimpin yang tidak berkemampuan, dan menjadi punca perpecahan dalam PH sehingga tumbang di peringkat pusat. 

<!--more-->Anwar juga disifatkan oleh beliau sebagai pemimpin ‘fasiq’ serta ‘hipokrit’ serta ‘syok sendiri’ dan tidak akan dapat memimpin PH ke tahap yang memberangsangkan. 

Beliau juga berkata sama sekali tidak akan bernaung dan berjuang untuk menobatkan ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’ seperti anwar ibrahim untuk jadi PM9!!

Berikut adalah kenyataan beliau yang disiarkan dalam laman FaceBook miliknya..


SAYA SECARA RASMI ISTIHAR KELUAR PH DAN LETAK JAWATAN SEBAGAI PENYELARAS PARLIMEN JASIN SECARA SERTA MERTA!! 

Atas dasar prinsip yang tidak akan bernaung di bawah ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’ maka secara rasminya saya istihar untuk tinggalkan PH!!

Saya sama sekali tidak akan bernaung dan berjuang untuk menobatkan ‘pemimpin sewel dan berpenyakit’ seperti anwar ibrahim untuk jadi PM9!!

Keseluruhan bangsa melayu dan umat islam di negara kita harus tolak anwar ibrahim daripada menjadi khalifah utama kita!!

Jangan sama sekali kita biarkan diri ditipu serta tertipu lagi oleh anwar ibrahim!! Dia manusia ‘fasiq’ dan ‘hipokrit!!’

Sesungguhnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada presiden dan kepimpinan tertinggi parti Amanah yang telah meletakkan kepercayaan kepada saya untuk bertanding di kerusi parlimen jasin pada pru14 yang lepas.

Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan berjumpa dengan presiden parti Amanah untuk menzahirkan keputusan bagi menyerahkan balik kerusi parlimen jasin seterusnya meletakkan jawatan selaku penyelaras parlimen jasin berkuat-kuasa serta merta!!

Jutaan terima kasih dan penghargaan yang tiada terhingga kepada presiden serta keseluruhan kepimpinan tertinggi parti yang telah meluluskan keahlian saya menganggotai parti ini pada suatu masa dahulu.

Ketika berjuang di bawah platform parti Amanah telah meninggalkan pelbagai pengalaman manis kerana parti ini amat berdisiplin, ikhlas sesama sahabat dan keseluruhan pemimpin-pemimpinnya baik-baik belaka!!

Secara jujur dan ikhlas saya amat menyayangi semua kepimpinan tertinggi parti Amanah khususnya presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota tertinggi parti ini.

Kalangan ini adalah para pejuang yang amat gigih!!

Hanya Allah swt saja yang dapat membalas budi baik seluruh pemimpin-pemimpin parti Amanah yang banyak membantu, mengacukan kareer politik serta membimbing saya di saat bertanding dan menjawat jawatan penyelaras parlimen jasin.

Namun, saya terpaksa berpegang pada prinsip politik dan agama yang sama sekali tidak akan bernaung di bawah kepimpinan PH yang kini dipengerusikan oleh anwar ibrahim!!

Kini, saya ingin lihat berapa jauh PH boleh pergi di bawah kepimpinan anwar ibrahim!! Pada hakikatnya, beliau tidak lagi relevan dalam lanskap politik tanahair!! Tambahan pula dia ‘manusia sewel serta berpenyakit!!’

Kadang-kala kita mampu untuk menipu sesama manusia tetapi dalam masa yang sama kita tidak akan berjaya untuk membohongi Allah swt.

Apapun situasinya, sebagai hamba Allah swt kita tak perlu risau kerana Dia Maha Mengetahui.

Secara jujur dan ikhlas, akhirnya rakyat secara total akan mengetahui secara lebih jelas siapa itu anwar ibrahim yang sebenarnya!!

Dalam masa yang sama, saya ingin menyeru pada semua pemimpin-pemimpin PH yang luhur dan berprinsip untuk tinggalkan PH secara beramai-ramai serta jangan sama sekali kita sokong pemimpin ‘fasiq’ serta ‘hipokrit’ macam anwar ibrahim!!

Dia hanya ‘syok sendiri’ dan tidak akan dapat memimpin PH ke tahap yang memberangsangkan!! Parti pkr itu sendiri kini bermasalah dan berpecah di bawah kepimpinan anwar ibrahim!!

Parti sendiri pun anwar ibrahim tidak mampu untuk memimpin apatah lagi nak pimpin gagasan PH yang lebih besar!!

PH akan hancur di bawah kepimpinan anwar ibrahim!! Jangan mimpi PH akan mampu untuk memenangi pilihanraya umum lagi bagi membentuk kerajaan pusat sepertimana pada pru14 yang lepas!!

Ianya hanya akan menjadi bahan sejarah semata-mata dan PH akan terkubur buat selama-lamanya dalam sedikit masa lagi!!

PH bukan lagi platform yang sesuai untuk kita berjuang bagi selamatkan negara kerana pengerusi masakini pun seorang pemimpin yang tidak selamat untuk kita semua!!

Hanya ‘orang gila’ saja yang sanggup bernaung serta berjuang di bawah kepimpinannya!!

Allah swt tidak akan memberkati sesiapa saja yang menyokong pemimpin ‘songsang’ yang ‘sewel’ dan ‘berpenyakit!!’

Seandainya, kita hendak selamatkan negara; tolaklah anwar ibrahim secara total dan jangan sama sekali mengizinkan anwar ibrahim untuk jadi perdana menteri malaysia!!

Bangsa, agama dan tanahair akan hancur jika anwar ibrahim menjadi pemimpin utama kita!! Yakinilah...!!

Ikhlas dari; 

KHAIRUDDIN ABU HASSAN 
7 Julai 2020

Alahaiii... beruntung Tun Mahathir ada penyokong macam ni..

Yang letak jawatan lalu memberi peluang kepada TS Muhyiddin untuk mengambil alih jawatan PM tu ialah Tun sendiri.. Anwar pulak yang dipersalahkan... hmmm... 

Terowong Dasar Laut: Selepas Tiga EXCO, KM Pula Disiasat SPRM



GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal berhubung projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6.3 bilion. 

<!--more-->Chow tiba di bangunan terletak di Jalan Northam itu pada 8.55 pagi tadi. 

Perkembangan ini selepas badan anti rasuah itu menyoal 3 exco kerajaan negeri iaitu Phee Boon Poh, Chong Eng, dan Jagdeep Singh Deo semalam.

Laporan penuh sila baca di SINI

Berikut adalah laporan mengenai tiga EXCO Pulau Pinang dipanggil SPRM berhubung siasatan terowong dasar laut yang dipetik dari MyMetro

TIGA anggota EXCO Pulau Pinang negeri hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini, dipercayai berkait siasatan projek terowong dasar laut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo, yang tiba sekitar jam 9.30 pagi, meninggalkan premis itu pada jam 12.01 tengah hari tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media yang menunggu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam, Chong Eng pula memasuki premis pada jam 11.23 pagi, manakala Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh dilihat tiba pada jam 2.20 petang.

Ketika ditemui media, Eng yang keluar dari premis itu pada jam 3.20 petang, berkata dia ditanya mengenai latar belakangnya serta bagi mengesahkan mengenai projek tiga jalan dan terowong dasar laut.

"Semuanya berjalan lancar," katanya, menjelaskan pertemuannya mengambil sedikit masa kerana diuruskan individu muda yang diberikan tugasan berkenaan pada saat akhir, kerana individu yang sepatutnya menguruskannya, diberikan tugasan lain.

Ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula, Eng memaklumkan tidak tahu dan hanya dimaklumkan urusannya untuk hari ini sudah selesai.

Terdahulu, beberapa pegawai SPRM dilihat tiba di Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada jam 9.55 pagi tadi bagi meneruskan siasatan suruhanjaya itu berhubung projek terowong dasar laut.

Bagaimanapun, wartawan yang menunggu di tingkat 53 sejak jam 8.30 pagi diarah meninggalkan kawasan itu dan turun ke tingkat bawah oleh pengawal keselamatan.

Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, memaklumkan mereka tidak pernah menutup siasatan projek bernilai RM6.3 bilion itu, sebaliknya lima kertas siasatan dibuka, selain siasatan juga berada di peringkat akhir.

Terowong Dasar Laut: Langsung Tak Bijak Guan Eng Ni.. Kata Najib



Pada 1hb Julai 2020 DAP Pulau Pinang telah menyiarkan satu kenyataan media yang menyenaraikan 5 fakta berkenaan projek terowong bawah dasar laut Pulau Pinang yang didakwa telah dijadikan sebagai senjata politik terhadap pemimpin DAP dan PH Pulau Pinang.

<!--more-->Kenyataan Media oleh DAP Pulau Pinang itu telah dijawab oleh Mantan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak satu persatu sambil menyifatkan Guan Eng langsung tak bijak.

Najib juga berkata "Kan saya dah beri amaran awal-awal bahawa Guan Eng akan guna propaganda "menang" saman RPK untuk menipu penyokong-penyokong mereka? Berikut adalah Kenyataan Media dari DAP dan juga Jawapan dari DS Najib.

FAKTA 1:

Projek terowong bawah dasar laut ini telah dilaksanakan sepenuh-penuhnya melalui TENDER TERBUKA selaras dengan dasar Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) Kerajaan PH Pulau Pinang. Tender terbuka disyor oleh Transparency International sebagai langkah berkesan mencegah rasuah.

JAWAPAN NAJIB

Kertas siasatan SPRM terbongkar merakamkan pengakuan pemilik syarikat terowong berkata projek itu telahpun dijanji akan diberi kepada mereka SEBELUM tender dibuka. Lagipun, itu bukan proses tender. Ianya proses RFP (Request for Proposal) yang bukan tender.

FAKTA 2

Projek ini telah disiasat oleh SPRM sejak 2017 dan sehingga kini tiada sebarang salahlaku didapati berlaku. Malah selepas siasatan lanjut, pada November 2018, SPRM telah mengeluarkan surat kepada syarikat yang didakwa terlibat dalam salahlaku projek terowong, iaitu Consortium Zenith Construction (CZC), menyatakan bahawa siasatan telah selesai dan tiada sebarang pertuduhan dibuat.

JAWAPAN NAJIB

Guan Eng menipu! SPRM tak pernah berkata pada November 2018 bahawa siasatan terowong telah berakhir dan tidak akan ada apa-apa pertuduhan atas projek ini. Malah pada Mac 2019, SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa 6 kertas siasatan kes terowong MASIH terbuka:

https://www.sprm.gov.my/index.php/arkib-kenyataan-media/3283-sprm-buka-6-kertas-siasatan-berkaitan-projek-terowong-dasar-laut-pulau-pinang

Pada April 2019, seorang ahli perniagaan didakwa dalam mahkamah kerana menerima bayaran RM19 juta dari syarikat terowong dalam cubaan untuk menghentikan siasatan SPRM.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/548339/terowong-pulau-pinang-ahli-perniagaan-didakwa-tipu-rm19-juta

Pada Sep 2019, ketua SPRM Latheefa Koya juga berkata kes terowong masih aktif dan masih dalam siasatan.

"6 Sep 2019: Pressed for undersea tunnel probe report, MACC says such info confidential while cases active" https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/09/06/pressed-for-undersea-tunnel-probe-report-macc-says-such-info-confidential-w/1787880

Tang mana bahawa siasatan sudah siap pada November 2018 seperti dikata Guan Eng hari ini?

FAKTA 3

Pada Mac 2019, blogger pro-BN Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah membuat fitnah berdasarkan dokumen palsu tentang projek tersebut. SPRM ketika itu telah membuat laporan polis terhadap RPK.

Rujukan: https://www.malaysiakini.com/news/466258

JAWAPAN NAJIB

Guan Eng juga memfitnah SPRM dalam kenyataannya.

SPRM tak buat laporan polis kerana fitnah.

SPRM buat laporan polis kerana kertas siasatan mereka yang mengandungi pengakuan boss syarikat terowong telah memberi pelbagai rasuah kepada pemimpin-pemimpin DAP telah terbocor.

"SPRM buat laporan polis ke atas Raja Petra kerana kebocoran bukti, kata sumber"

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/01/laporan-polis-ke-atas-raja-petra-kerana-kebocoran-bukti-kata-sumber-sprm/

Eh.. langsung tak bijak Guan Eng ni.

Kenapa SPRM perlu ambil kisah jika projek terowong kesayangan Guan Eng difitnah?

FAKTA 4

Pada 28 Februari 2020, LGE telah menang saman fitnah di Mahkamah Tinggi terhadap RPK dalam isu yang sama, di mana RPK tidak berani hadir di mahkamah. Rujukan: https://www.sinarharian.com.my/article/71873/BERITA/Mahkamah/Isu-terowong-Guan-Eng-menang-saman-Raja-Petra

JAWAPAN NAJIB

Guan Eng saman RPK di Malaysia sedangkan RPK di UK. Sebab itu, Guan Eng "menang" kes dimahkamah kerana RPK langsung tak hirau kes. Sebab RPK tak cabar kes di Malaysia ini, mahkamah telah perintah Guan Eng menang kes saman fitnah dia dengan cara penghakiman terus (summary judgment) tanpa perbicaraan.

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157172653910952

FAKTA 5

Projek terowong dasar laut merupakan projek pembangunan untuk memajukan negeri Pulau Pinang, khususnya di daerah Seberang Perai Utara. Dengan projek ini, Seberang Perai Utara akan dihubungkan dengan kawasan Pulau seperti daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

JAWAPAN NAJIB

Jika ianya projek pembangunan penting, kenapa pulak tiada kerja pembinaan pernah bermula sejak projek itu diberi kerajaan DAP 7 tahun dahulu pada tahun 2013?

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157172514220952

Terowong Dasar Laut: SPRM Ke Pejabat Exco P. Pinang



Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di pejabat 2 exco Pulau Pinang di Komtar hari ini untuk menyoal mereka tentang projek RM6.3 bilion terowong dasar laut Pulau Pinang dan 3 jalan. 

<!--more-->Empat pegawai dilihat memasuki pejabat Zairil Khir Johari manakala 3 lagi ke pejabat P Ramasamy. Mereka bagaimanapun tidak berada di pejabat pada ketika itu.

Mereka tidak menjawab pertanyaan pemberita namun difahamkan mereka meneliti dokumen di pejabat Ramasamy.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow pada Rabu berkata SPRM memaklumkan mereka mahu menyoal exco semasa dan sebelum ini.

Terdahulu dilaporkan seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang ditahan selepas memberikan keterangan di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang pada Selasa.

Pegawai SPRM juga menyerbu kediamannya.

Sebelum ini SPRM menyerbu 3 syarikat, yang menurut sumber ketika siasatan rasuah ke atas projek terowong dasar laut Pulau Pinang disambung semula susulan penemuan petunjuk baru.

FMT juga melaporkan..

Deputy Chief Minister II P Ramasamy said the officers took his working schedule and questioned his two assistants. Earlier, he said, they spoke to three security guards at the lobby entry.

“No files were taken. It was different from the first time when I was questioned (in 2018). They did not ask any questions. The officers then took pictures with me and left,” he said.

Zairil Khir Johari, whose office is next to Ramasamy’s, also said he was not questioned.

“They spoke to my assistants and left. I was not around as I was chairing a state Drainage and Irrigation Department meeting,” he told FMT.

The MACC officers did not speak to reporters when they left the offices about three hours later at 1.15pm.

Laporan penuh sila baca di SINI 

SPRM Buka Semula Kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang..



Meskipun telah wujud Jambatan Ke-2, Projek terowong dasar laut dan 3 lebuh raya bernilai RM6.3 bilion ini dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk mengurangkan lalu lintas di jambatan pertama.

<!--more-->Tetapi dalam masa yang sama projek ini juga jika dilaksanakan akan menyebabkan aliran masuk kenderaan ke Pulau Pinag akan bertambah dan kesesakan yang sedia ada akan bertambah buruk.

Pembinaan terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, dijadualkan bermula 2023.

Tiga lebuh raya utama itu dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7km), Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan Jalan Pangkor ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).

Projek ini dikatakan ditawarkan melalui tender terbuka pada 2013 kepada Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd (CZBUCG).

Pada mulanya, CZBUCG terdiri daripada Beijing Urban Construction Group (BUCG) yang mempunyai 10% saham dan modal berbayar RM541 juta. 

Dua lagi pemegang saham ialah Sri Tinggi Sdn Bhd (10%) dan Juteras Sdn Bhd (10%).

BUCG (M) Sdn Bhd memohon untuk menarik diri daripada menjadi rakan kongsi CZBUCG pada September 2016 susulan kemalangan maut kren di Kuala Lumpur pada Ogos tahun sama.

Konsortium itu kini dikenali sebagai Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC) dengan Zenith Construction Sdn Bhd dan Vertice Berhad menjadi pemegang sahamnya.

Sebelum PRU14, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah membuka sebanyak enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Kertas siasatan pertama telah dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi kertas siasatan dibuka pada Januari 2018.

Sebanyak lima kertas siasatan telah selesai dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Tiga kertas siasatan telah dikembalikan kepada suruhanjaya ini untuk siasatan lanjut, manakala dua lagi masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya.

Antara yang disiasat SPRM ialah 'feasibility study' projek yang bernilai RM305 Juta yang didakwa setengah pihak sebagai terlampau tinggi.. 

PUTRAJAYA: Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) investigators probing the alleged discrepancies in Penang's undersea tunnel project believe the costing for the design and feasibility study of the project estimated at RM305 million is overpriced by five times.

Sources familiar with the progress of the investigations said the cost for the study should not have exceeded a fifth of the sum which was penned in a contract between the Penang government and the tunnel builder Consortium Zenith Constructions Sdn Bhd.

The state government paid the company the sum in the form of two plots of land in Penang which MACC investigators believe is valued way higher than the RM305 million cost for the study ~ TheSun

Selebihnya, masih dalam siasatan SPRM.

SPRM sudah menyoal siasat beberapa ahli politik dan pegawai negeri itu pada Februari 2018, 3 bulan sebelum pertukaran kerajaan susulan pilihan raya umum pada Mei tahun itu.

Lebih 100 saksi dipanggil ketika itu, dalam siasatan ke atas kajian kebolehlaksanaan bernilai RM305 juta dan reka bentuk terperinci yang dilakukan kerajaan Pulau Pinang melalui satu perjanjian pertukaran tanah.

Setelah PRU14, kertas-kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara di bawah Tommy Thomas.

Pada September 2019, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memaklumkan kes berkenaan Terowong ini masih aktif, sebarang maklumat mengenai siasatan adalah sulit.

Latheefa Koya adalah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada ketika itu.

Kenyataan itu berbeza dengan penyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada 17 April lalu.

Kata Chow SPRM telah menghantar dua pucuk surat untuk membersihkan nama syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd dan pemilik syarikat tersebut daripada sebarang salahlaku.

Kenyataan Ketua Menteri ini dibuat dua bulan sebelum Latheefa dilantik menerajui SPRM oleh Tun Mahathir.

Mac 2020, Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri lantas membuka ruang kepada PN untuk menobatkan TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri seterusnya mengambil alih pentadbiran Kerajaan.

Dan Latheefa meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM.

Jun 2020, siasatan mengenai isu terowong ini kembali aktif..

Dan semalam..

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini, menahan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang Jeffrey Chew Gim Eam berkaitan kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sumber SPRM berkata, bekas Timbalan Bendahari DAP Pulau Pinang itu ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah, dekat Georgetown, 2 petang, tadi.

"SPRM menyiasat kes terowong itu selepas mendapat bukti baharu. Ramai saksi sudah dipanggil termasuk Chew dan Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang selain individu dari pejabat kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk direkod percakapan," katanya ~ MyMetro

Hmmm... inilah bagusnya bila Kerajaan bertukar-tukar...  
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive