Setelah Dipecat SU Kerja, Tun Pula Pecat SU Kerja Yang Memecatnya..



Pada hari Khamis semalam , Tun Mahathir digugurkan sebagai ahli Bersatu bersama lima lagi ahli parlimen parti itu. 

<!--more-->Pengguguran lima wakil rakyat Bersatu itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi menerusi surat kepada mereka.

Dan hari ini pula dengan mendakwa dirinya masih kekal sebagai Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir telah memecat Setiausaha Kerja yang memecatnya semalam dan melantik Setiausaha Kerja yang baru pula..

Berikut adalah laporan dari Astro Awani..

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pelantikan Datuk Shazmi Miah sebagai Setiausaha Kerja parti itu yang baharu.

Dr Mahathir juga mengumumkan Kapten Muhammad Suhaimi Yahya dilucutkan dari jawatan Setiausaha Kerja Bersatu yang disandangnya sebelum ini.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Bersatu hari ini, Dr Mahathir berkata keputusan menggugurkan Muhammad Suhaimi dibuat kerana beliau telah menjangkaui kuasa yang ada padanya.

"Memandang bahawa Setiausaha Kerja ini sudah exceed dia punya powers, saya buat keputusan untuk lucut jawatan Setiausaha Kerja ini, so sekarang ini Kapten Suhaimi bukan lagi setiausaha kerja, dia tidak hak untuk tulis surat apa semua sebagai Setiausaha Kerja atau guna kertas parti Bersatu.

"Dan saya melantik orang lain untuk jawatan Setiausaha Kerja iaitu Datuk Shazmi Miah daripada Kelantan," katanya.

Dan Tun Mahathir juga dilaporkan oleh MalaysiaKini akan memecat Muhyiddin.. 

Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa parti itu akan memecat presidennya Muhyiddin Yassin melalui "proses yang betul".

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat Bersatu petang ini, Mahathir berkata keputusan memecat Muhyiddin hanya akan dibuat oleh Majlis Tertinggi melalui sidang mesyuarat.

"Ya, kami harus memecatnya. Tetapi kami harus mengadakan sidang Majlis Tertinggi," katanya.

Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan sama ada beliau menganggap Muhyiddin telah mengkhianati parti atau tidak dengan mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan (PH) tanpa persetujuan Majlis Tertinggi.

Pening aih aku dengan Bersatu ni.. 

Tun M Dipecat Dari BERSATU..



Lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada parti itu serta-merta semalam. 

<!--more-->Berdasarkan surat pemecatan yang dikeluarkan parti itu, selain Dr Mahatir yang juga bekas pengerusi Bersatu, turut dipecat ialah Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. 

Tiga pemimpin lain yang dipecat keahlian ialah Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah yang dilihat sehaluan dengan Dr Mahathir. 

Kelima-lima mereka dipecat atas alasan duduk di kerusi pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu. 

Mereka tidak duduk di bangku blok kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri yang juga Presiden dan Pemangku Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Pemecatan itu dibuat mengikut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu. Surat itu ditandatangani Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya.

Surat tengok kat SINI

Najib Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi?.. Berita Palsu Tu..



Enam hari yang lalu.. sebuah Blog melaporkan kononnya beberapa hari kebelakangan ini ada pihak yang meminta atau menggesa kerajaan baru melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai seseorang yang bertanggungjawab dalam membantu memulihkan ekonomi Malaysia.

<!--more-->Gesaan ini atau pemintaan ini bukanlah menunjukkan kerajaan pada hari ini tidak mampu atau tidak cukup kuat mentadbir dan memulihkan ekonomi negara, tetapi ia adalah bertujuan bagi mendapatkan khidmat kepakaran Najib dalam bidang eknomi.

Najib dikatakan mempunyai pengalaman yang baik dalam menguruskan ekonomi negara sehingga membantu meningkatan taraf ekonomi Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Ekonomi Malaysia dikatakan menjadi kurang baik sejak peralihan kuasa berlaku iaitu daripada kerajaan BN kepada Pakatan Harapan. Selepas itu ditambah pula dengan penularan CoV-19, ekonomi semakin buruk buat Malaysia.

Bagaimanapun.. PMO menegaskan bahawa pihaknya langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bagi jawatan yang digembar-gemburkan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan laporan beberapa blog sehingga tular di media sosial berhubung pelantikan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai penasihat ekonomi kerajaan. 

Perkara itu diberitahu dalam kenyataan pemakluman berita palsu yang dikeluarkan oleh Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) semalam. 

PMO menegaskan bahawa pihaknya langsung tidak pernah mengeluarkan kenyataan mengenai pelantikan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan bagi jawatan yang digembar-gemburkan. 

"Pejabat Perdana Menteri atau PMO menafikan kesahihan artikel bertajuk 'Najib sebagai penasihat ekonomi, bukan menteri kewangan atau Perdana Menteri' seperti yang tular di media sosial.

"PMO menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti dinyatakan dalam artikel itu," kata kenyataan itu.



Sebuah blog pada 22 Mei lalu menyiarkan artikel yang kelihatan seperti melobi Najib untuk jawatan itu.

Menurut artikel itu, ada pihak tertentu yang memohon dan mendesak kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya melantik Najib ke jawatan penasihat bagi merancakkan semula ekonomi negara yang dilanda wabak COVID-19.

Merujuk pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH) yang pernah melantik tokoh veteran sebagai penasihat, artikel itu mencadangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencontohi konsep itu dengan menjadikan Najib sebagai penasihat ekonomi negara.

Memetik netizen yang tidak disebutkan nama, artikel itu juga menyatakan tidak ada keperluan menukar perdana menteri dan menteri kewangan kerana jawatan ini berada "di tangan yang betul" dan tidak sesuai untuk Najib.

Najib, yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 2009 hingga 2018 dan menteri kewangan dari 2008 hingga 2018, sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan berkaitan dengan dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

BN tumbang pada pilihan raya umum 2018 tetapi kembali menjadi sebahagian pihak yang membentuk kerajaan pada Mac lalu susulan BERSATU memutuskan keluar PH serta disertai beberapa Ahli Parlimen PKR lapor Berita Harian

Stabilkah PN Dengan Hanya 113 Kerusi?



Jumlah 113 kerusi ahli Parlimen Perikatan Nasional yang duduk di kerusi kerajaan pada Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini membuktikan kedudukan kerajaan pakatan itu sebenarnya sangat rapuh dan tidak stabil. 

<!--more-->Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ia disebabkan jumlah kerusi dimiliki ahli Parlimen Perikatan Nasional itu juga sebenarnya hanya satu kerusi melebihi jumlah kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Menurutnya, parti memerintah memerlukan sekurang-kurangnya 112 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan dengan kerusi ahli Parlimen pembangkang kini diduduki seramai 107 orang, manakala dua ahli Parlimen duduk di kerusi bebas.

"Kalau kita lihat, alasan menangguhkan Sidang Parlimen selepas sesi Titah Diraja untuk mengurangkan risiko penularan pandemik koronavirus (Covid-19) yang diberikan sebelum ini, sebenarnya dilihat agak meragukan dengan rakyat sendiri menyedari ada sesuatu tidak kena dengan keputusan itu.

"Berdasarkan kedudukan terkini jumlah kerusi dimiliki ahli Parlimen Perikatan Nasional, maka terbuktilah keengganan kerajaan mengadakan Sidang Parlimen lebih sehari disebabkan kebimbangan usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memberi kesan negatif terhadap kerajaan baharu dibentuk.

"Senario terkini itu membuktikan kerajaan Perikatan Nasional sebenarnya rapuh, tidak stabil dan mampu runtuh pada bila-bila masa," katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian.

Awang Azman berkata, senario terkini membabitkan jumlah kerusi ahli Parlimen menyokong Perikatan Nasional turut menunjukkan Muhyiddin memerlukan lebih masa untuk meraih lebih banyak sokongan ahli Parlimen bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan.

Menurutnya, Muhyiddin dipercayai masih kurang berkeyakinan kerajaan Perikatan Nasional masih mampu bertahan daripada ancaman usul undi tidak percaya kepimpinan beliau pada ketika ini, meskipun inisiatif agihan jawatan Kabinet, syarikat berkaitan kerajaan dan pegawai tertinggi kerajaan sudah dilaksanakan kepada parti-parti yang menyokong beliau.

"Senario terkini menyaksikan Muhyiddin masih perlu lebih banyak masa untuk memantapkan strategi supaya sebarang usaha melakukan undi tidak percaya oleh parti pembangkang dapat dipatahkan.

"Sekarang ini apa-apa sahaja boleh berlaku dan pada perkiraan saya, tekanan politik yang mungkin dihadapi kerajaan Perikatan Nasional bakal diperhebat oleh parti pembangkang sejurus isu Covid-19 semakin reda," katanya.

Pada 1 Mac lalu, Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan nombor satu kerajaan susulan peletakan jawatan Mahathir pada 24 Februari lalu, sehingga mencetuskan krisis politik tanah air menyaksikan kerajaan PH hilang kuasa dan perubahan gabungan parti-parti politik.

Pada 8 Mei lalu, Dewan Rakyat menerima usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dibawa pada Sidang Parlimen ke-14 lapor SInar

BERSATU Berisiko Disembelih...



PEPATAH Cina ada mengatakan: “Sebuah gunung tidak boleh ada dua ekor harimau.” 

<!--more-->Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memasuki gelanggang pertarungan politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada tahun 2018 dengan menggalas amanah sebagai parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di 52 kerusi di Semenanjung dengan menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Secara umumnya, Bersatu diberi tanggungjawab untuk bertanding di kerusi UMNO, selari dengan asas kewujudan dan penubuhan asalnya (raison d’etre) sebagai sebuah parti pribumi Melayu, juga sebagai alternatif, saingan dan mengambil tempat UMNO yang telah rosak dalam landskap baharu politik negara.

Kecuali Tapah yang telah menjadi kerusi tradisi MIC, Tanjung Piai (MCA) dan Simpang Renggam (Gerakan), semua 49 kerusi lain adalah di kerusi majoriti Melayu dan kerusi tradisi UMNO atau Pas.

Daripada 52 kerusi yang ditandingi, Bersatu berjaya memenangi 13 kerusi, bersamaan dengan 25 peratus kadar kejayaan parti.

Dari segi undi, jumlah undi keseluruhan yang diraih kesemua 52 calon Bersatu adalah 718,648, bersamaan dengan 28 peratus daripada jumlah keluar mengundi di semua kawasan berkenaan iaitu sebanyak 2,573,505.

Sebagai sebuah parti baharu, jenama baharu dan (menumpang jenama, bendera dan platform rakan-rakan), malah pertama kali pula memasuki medan pilihan raya tanpa ada track record asas pengundi, adalah penting untuk kita tinjau profil pengundi tipikal Bersatu.

Untuk tujuan itu, kita guna pakai sampel daripada 13 kerusi yang dimenangi Bersatu.

Keseluruhannya, ia melibatkan pengundi seramai 760,925 dengan demografi kaum 74 peratus Melayu, 21.3 peratus Cina dan 5.2 peratus India dan lain-lain.

Jumlah keluar mengundi ialah 625,199 (bersamaan 82 peratus).

Bermaksud, daripada 100 orang Melayu, 37 orang telah mengundi Bersatu. Daripada 100 orang Cina, 83 orang mengundi Bersatu dan daripada 100 orang India, 58 orang mengundi Bersatu.

Jumlah undi yang diraih oleh 13 calon Bersatu pula sebanyak 301,681 (bersamaan dengan 48.2 peratus daripada jumlah keluar mengundi).

Bermaksud, setiap 100 pengundi Bersatu, 57 daripadanya ialah Melayu, 37 daripadanya merupakan Cina dan enam daripadanya ialah India dan lain-lain.

Jika kita tinjau secara lebih mendalam, kita boleh mengenali profil pengundi berdasarkan parti yang pernah mereka undi dahulu. Itulah sumber datangnya pengundi Bersatu.

Undi yang sekian banyak yang diperoleh oleh Bersatu datangnya daripada tiga sumber penting iaitu pengundi asal Pakatan Rakyat (PR) (tidak termasuk pengundi tegar Pas), selebihnya ialah pengundi UMNO-BN yang mengubah keputusan mereka untuk melihat masa depan negara yang lebih baik.Pengundi

Pada PRU13, semua (kecuali beberapa yang mengundi Berjasa atau Bebas) pengundi yang menolak BN (dan UMNO) secara logiknya mengundi Pakatan Rakyat.

Harus kita ingat, pada PRU13, Pas bersama dalam koalisi PR, jadi pada PRU14, pengundi tegar Pas akan tetap mengundi Pas pada PRU14. Logiknya, dengan pertarungan tiga penjuru, sejumlah undi PR dilarikan kepada Pas.

Kesimpulannya, daripada 100 pengundi Bersatu, 54 daripadanya ialah asas pengundi PR yang sedia ada dan tujuh daripadanya adalah pengundi pertama kali, selebihnya 39 orang adalah pengundi UMNO-BN (majoritinya adalah pengundi Melayu UMNO, dengan pengecualian seperti di Simpang Renggam, Tanjung Piai dan Alor Gajah).

Nisbah itu menunjukkan bahawa 35 peratus pengundi Bersatu pada PRU14 yang lalu asalnya ialah pengundi BN pada PRU13.

Selebihnya, 54 pengundi ialah pengundi asas penyokong PR, cuma 30 daripadanya ialah Melayu dengan kemungkinan besar mereka ini ada pilihan parti sendiri sebelum wujudnya Bersatu dan akan kekal dengan parti tersebut dalam apa jua keadaan.

Cabaran sebenar Bersatu adalah bagaimana mengekalkan 39 orang bekas pengundi BN tersebut. Dari situlah Bersatu harus membina asas dan membiak.

Bagaimanapun, ia sangat bergantung kepada mood pengundi. Bersatu pula parti baharu, kewujudan Bersatu pada asasnya adalah untuk menjadi pengganti kepada UMNO dengan menawarkan budaya politik Melayu yang lebih telus dan bersih.

Kita boleh mencongak mood pengundi itu melalui pemerhatian daripada PRK di Semenyih dan Tanjung Piai.

Semenyih dan Tanjung Piai adalah dua contoh tipikal kerusi tradisi BN (UMNO di Semenyih, MCA di Tanjung Piai) yang dirampas oleh Bersatu pada PRU14.

Kerusi tersebut dimenangi atas faktor 35 peratus daripada pengundi asal BN PRU13 beralih angin dan mengundi Bersatu.

Namun, terbukti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, BN merampas kembali kedua-dua kerusi tersebut sekali gus Bersatu kalah teruk.

Sebab yang paling utama adalah kerana pengundi asal UMNO-BN telah kembali mengundi parti asal mereka. Bersatu cuma mengharapkan ihsan pengundi PR sedia ada.

Ringkasnya, Bersatu yang awalnya ditubuhkan sebagai parti alternatif kepada UMNO telah gagal bertahan dan tidak mampu menyaingi UMNO-BN di kubu tradisi mereka.

Bersatu wujud (dan menang) kerana UMNO mengalami krisis defisit kepercayaan orang Melayu. Sekiranya UMNO bangkit balik dan pengundi UMNO-BN mula berpatah balik kepada parti tradisi mereka, Bersatu akan bermasalah besar.

Masalah itu jelas terlihat melalui kegagalan Bersatu untuk menambahkan keahlian dan cawangan mereka selepas memenangi PRU14.

Di Semenyih, Bersatu hanya mempunyai satu cawangan, manakala di Tanjung Piai, Bersatu mempunyai lima cawangan berbanding dengan UMNO.

Bagaimanakah mungkin Bersatu sebagai sebuah parti Melayu dapat bertahan tanpa keahlian di peringkat akar umbi?

Seperkara yang perlu diakui, mana-mana parti Melayu yang ingin kekal hendaklah mempunyai keahlian di peringkat akar umbi yang ramai. Asas politik Melayu adalah politik berteraskan akar umbi dan keahlian. Itulah rahsia kekuatan UMNO dan Pas.

Semakin segera UMNO-BN bangkit, segera membina semula kekuatan, mengembalikan semula keyakinan pengundi tradisi mereka, semakin ia memberi masalah besar kepada Bersatu, malah ia bakal menenggelamkan Bersatu.

Rasa bersalah

Malah perlu kita akui lagi, mereka yang mengundi Bersatu jelas dan nyata hasrat mereka adalah untuk melihat budaya politik Melayu yang baharu, yang lebih telus dan berintegriti.

Sekarang, kita khuatir mereka semua menyesal kerana akhirnya Bersatu dengan tanpa rasa bersalah sekali bersekongkol dengan pihak yang dahulu mereka undi untuk jatuhkan.

Situasi terkini, dengan menjadi bilangan paling dominan dalam kerajaan Pusat di bawah koalisi belum rasmi yang dipanggil Perikatan Nasional serta setelah menerima hadiah dua buah negeri yang berMenteri Besarkan ahli parti (Johor dan Melaka) serta sebuah negeri didominasi mereka (Perak) serta habuan GLC-GLC utama negara, UMNO kini muncul bagaikan phoenix yang bangkit daripada abu.

Bukan sekadar talian hayat, malah ia peremajaan semula UMNO pada tahap paling maksimum.

Dalam keadaan mutakhir ini, menjelang PRU15, Bersatu bagaikan memberikan tengkuk mereka untuk disembelih mentah-mentah oleh UMNO.

Mengharapkan UMNO untuk beralah dengan mengekalkan status quo kerusi-kerusi Bersatu yang ada pula adalah bererti memberi laluan untuk UMNO kembali dominan dan akhirnya menobatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri kesembilan berdasarkan komposisi kerusi yang mereka ada sekarang.


Dalam kedua-dua senario itu, ia tetap tidak mampu mencabar status quo UMNO dan bererti kerugian yang terbesar dan bersejarah di pihak Bersatu pada PRU15 nanti.

Kepada ahli-ahli dan pimpinan Bersatu, lihatlah jauh ke hadapan jika sayangkan parti tercinta ini, bukannya kenyang dengan laba yang diperoleh sementara pada hari ini sahaja! Jangan menang sorak, kampung tergadai.

Dr Maszlee Malik

Sekarang Saya Pengerusi PH - Anwar


Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata, beliau kini ialah pengerusi Pakatan Harapan (PH), jawatan yang dipegang Dr Mahathir Mohamad sebelum PPBM meninggalkan gabungan itu. 

<!--more-->“Saya nak beritahu bahawa dalam keputusan Pakatan Harapan, saya sekarang pengerusi PH dan ketua pembangkang. 

“Walaupun ada usaha-usaha atau orang lain yang mahu mencabar kedudukan itu, tetapi (itu) konsensus yang dicapai dalam PH,” katanya dalam video dimuat naik ke Facebook. 

Anwar turut mempertahankan keputusan PH bekerjasama dengan Mahathir dalam blok pembangkang, walaupun dikritik dan dipersoalkan netizen. 

Sebagai ketua pembangkang, katanya, beliau mewakili semua ahli Parlimen pembangkang, termasuk Mahathir dan puaknya daripada PPBM serta Warisan. 

Beliau berkata, apa yang penting ialah perjuangan PH dan semangat agenda pembaharuan tidak luntur. 

Anwar berjanji PH akan terus memperjuang dan memfokuskan kepentingan serta masalah dihadapi rakyat.  
“Pertimbangannya ialah kembali kepada idealisme perjuangan dan ujiannya ialah bila kita ada kuasa.” lapor FMT

Apa Beza PN dan BN?


Wartawan veteran A Kadir Jasin berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) tak ubah seperti pemerintahan BN yang telah ditumbangkan dua tahun lalu. 

<!--more-->Dalam catatan di blognya hari ini, Kadir, yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi Bersatu dan merupakan penyokong kuat Dr Mahathir Mohamad, membidas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung persidangan satu hari parlimen pada 18 Mei. 

"Kerajaan PN tak ubah pemerintahan BN yang kleptokrat dengan PAS gembira memainkan peranan sebagai pembantu kepada kononnya pemerintahan Melayu-Muslim, sementara parti perdana menteri sendiri, Bersatu, berpecah dari dalam. 

"Sementara itu, pentadbiran di semua peringkat dipolitikkan dengan kerajaan negari yang dipilih secara demokratik digantikan oleh perampas PN, serta pengerusi dan ahli lembaga yang profesional di GLC dipecat untuk memberi ruang kepada pelantikan politik PN," kata Kadir. 

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu juga menyifatkan persidangan parlimen 18 Mei ini sekadar memenuhi syarat untuk parlimen bersidang dalam tempoh yang ditetapkan.

"Isnin ini, pada 18 Mei 2020, akan dicatatkan dalam sejarah demokrasi Malaysia sebagai hari yang mengaibkan," katanya. 

"Tanpa alasan lain selain untuk menjaga diri sendiri, Dewan Rakyat akan bersidang selama satu hari dan satu-satunya perkara dalam agenda adalah titah Agong. 

"Selepas Titah Diraja, yang mungkin berlangsung selama setengah jam hingga 45 minit, persidangan akan ditangguhkan. Kenyataan akhbar 13 Mei oleh Speaker, Mohamad Ariff Md Yusof, dengan jelas menyatakan bahawa -" Tiada sidang selepas Titah Diraja," tambah Kadir. 

Artikel 55 dalam Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa persidangan (Dewan Rakyat) mesti dilakukan dalam waktu enam bulan dari tarikh sidang parlimen terakhir. 

Parlimen kali terakhir bersidang pada bulan Disember tahun lalu. 

"Tidak ada alasan lain untuk penghinaan dan serangan terhadap demokrasi ini selain daripada ketakutan Muhyiddin bahawa dia akan berdepan undi tidak percaya. 

"Ada sebab untuk dia takut. Yang paling utama adalah undi tidak percaya usul yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir. 

"Beliau juga boleh berdepan dengan undi tidak percaya melalui pungutan suara untuk rang undang-undang kerajaan. 

"Ada laporan sebelumnya bahawa kerajaan akan membentangkan beberapa rang undang-undang untuk mengatur pemerintahan," kata Kadir. 

Bagaimanapun, Kadir percaya Muhyiddin mungkin menang sekiranya usul undi tidak percaya dibenarkan, tetapi menurutnya perbahasan usul itu akan memperlihatkan perincian "tipu muslihat dan pembohongan". 

"Beliau mungkin masih akan menang kerana pertama, beliau sudah meyakinkan Agong bahawa beliau mendapat sokongan majoriti dari ahli parlimen, yang menyebabkan Agong membenarkannya angkat sumpah pada 2 Mac, dan kedua, beliau telah memastikan sokongan ramai ahli parlimen melalui pelantikan kabinet dan jawatan kerajaan yang lain. 

"Sementara rakyat Malaysia dilucutkan hak mereka untuk bersuara dalam pelantikan kerajaan, yang Perdana Menteri sendiri akui tidak dipilih oleh rakyat, kesahihan demokrasi Muhyiddin sendiri masih dipersoalkan," kata Kadir lapor MalaysiaKIni

Azmin Belajar Dari Donald Trump?


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mungkin belajar daripada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Azmin Pemalas Ketua Menteri Pulau Pinang Kata?


Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, mendakwa Putrajaya mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) tanpa memberikan masa yang cukup kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan.

<!--more->Kata Chow Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bersama 13 ketua menteri negeri pada 28 April lalu dan diberi penerangan berkenaan PKPB serta status ekonomi negara.

Ekoran itu, menurut Chow, pemimpin kerajaan negeri meminta sedikit masa untuk menyusun strategi membuka semula ekonomi dan meneliti garis panduan bagi industri tertentu.

Garis panduan tersebut, katanya, patut diberikan kepada kerajaan negeri pada 30 April namun Chow mendakwa perkara itu tidak berlaku.

“Saya ingin menegaskan bahawa tidak ada kerajaan negeri (termasuk Pulau Pinang) yang membantah pelaksanaan PKPB pada mesyuarat tersebut.

“Tetapi kami hanya minta supaya diberikan masa untuk menyusun strategi pelaksanaannya,” kata Chow dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Muhyddin Yassin mengumumkan untuk membuka semula sektor ekonomi semasa menyampaikan ucapan sempena Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

Garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) mengenanya kemudian dikeluarkan dua hari kemudian.

Bagaimanapun, banyak kerajaan negeri tidak bersetuju atau menangguhkan pelaksanaan berkenaan atas alasan beberapa peraturan perlu diteliti terlebih dulu.

Pulau Pinang misalnya memilih untuk hanya membuka semula sektor ekonomi pada 8 Mei bagi memberi masa kepada kerajaan negeri dan sektor perniagaan benar-benar bersedia.

Sabah, Sarawak, Kelantan, Pahang dan Kedah juga tidak mula membuka sektor ekonomi masing-masing semalam. Beberapa negeri hanya akan membuat keputusan untuk berbuat demikian pada minggu ini.

Chow berkata Muhyddin “terlalu bersemangat” untuk membuka sektor ekonomi, manakala beliau menggelarkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali sebagai "pemalas” kerana gagal berunding dengan negeri.

“Justeru, tidak pernah berlaku sebelum ini banyak negeri, sama ada dari Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan berbeza daripada apa yang diharapkan oleh Azmin.

“Saya ingin bertanya kepada menteri kanan berkenaan, apa yang beliau harapkan apabila - sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab - begitu malas untuk melibatkan semua kerajaan negeri bagi mencapai kata sepakat mengenai pelaksanaan PKPB ini,” kata Chow lapor MalaysiaKini

COVID-19: SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak RM30 Juta


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta, lapor The Malaysian Insight.

PPBM Menang Sorak Kampung Tergadai...


Kembali bersama Pakatan Harapan (PH) merupakan satu-satunya pilihan yang ada buat PPBM bagi memastikan parti itu terus mendapat tempat semasa pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Presiden PPBM Mukhriz Mahathir.

Azmin Gagal Sebagai Menteri Kanan Ekonomi Kata Pemimpin UMNO?


Lewat petang semalam Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Pahang, Kelantan dan Kedah dilaporkan tidak akan membuka semula sektor ekonomi hari ini (Isnin) dan akan meneruskan PKP.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive