JPM Nafi Muhyiddin Nak Temui Zahid?


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ialah Presiden UMNO, beliau berdepan 47 tuduhan, membabitkan 12 kes pecah amanah, 27 kes pengubahan wang haram dan lapan kes rasuah.

Ahmad Zahid didakwa pecah amanah terhadap RM31 juta dana Yayasan Akalbudi, menerima rasuah sejumlah RM21.25 juta, dan melakukan pengubahan wang haram membabitkan RM65 juta, dan dengan wang itu turut membeli dua unit banglo bernilai RM5.9 juta.

Setakat ini, pihak pendakwaan telah memanggil 38 saksi untuk memberi keterangan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, dalam perbicaraan yang masuk hari ke-18.

Pasukan pendakwaan diketuai Raja Rozela Raja Toran, bersama Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Lee Keng Fatt, Gan Peng Kun, Harris Ong Mohd Jeffrey Ong, Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin dan Mohd Afif Ali.

Pasukan pembelaan pula diketuai Hisyam Teh Poh Teik bersama Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh, Rosal Azimin Ahmad, Haziq Dhiyauddin Razali dan Aiman Abdul Rahman.

Hari ini Pasukan Pembelaan Ahmad Zahid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memohon perbicaraan ditangguhkan hari ini bagi memberi ruang kepada Zahid berbincang dengan perdana menteri, Muhyiddin Yassin untuk urusan pembentukan kabinet baru.

Menurut peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik, anak guamnya itu “diperlukan” untuk perbincangan bersama perdana menteri.

“Tertuduh akan (terlibat) dalam perbincangan dengan perdana menteri berhubung pembentukan kabinet hari ini. Jadi, kami meminta mahkamah membenarkan penangguhan untuk prosiding hari ini.

“Kehadirannya diperlukan [...],” katanya.

Itu apa yang Malaysiakini laporkan pagi tadi.. sebelah petangnya pula.. PMO menafikan Muhyiddin nak menemui mana-mana pemimpin parti..

Beberapa jam selepas perbicaraan ditangguhkan kerana tertuduh - Dr Ahmad Zahid Hamidi - didakwa diperlukan untuk perbincangan mengenai kabinet, Jabatan Perdana Menteri tampil membuat kenyataan yang mengejutkan. 
Dalam kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, JPM memberitahu pada hari ini Muhyiddin Yassin tidak dijadualkan mengadakan pertemuan dengan mana-mana pemimpin politik. 
"Pada hari ini perdana menteri dijadualkan bertemu dengan ketua setiausaha negara dan ketua-ketua jabatan/agensi bagi menyelaraskan perjalanan pentadbiran kerajaan. 
"Pejabat Perdana Menteri ingin menjelaskan bahawa tiada mesyuarat atau sebarang perjumpaan dengan pemimpin politik dijadualkan hari ini," kata kenyataan tersebut.
Ia turut dikongsi di Facebook Muhyiddin. 

Laporan penuh sila baca di SINI

Ha.. Ha.. Ha.. Zahid nak jumpa siapa sebenarnya ni?

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
March 2, 2020 at 3:31 PM delete

masa ari pertama PH perintah aku dah tolis kan

"kerajaan yg diasaskan dng persepsi fitnah jijik tak kekal lama" alhamdulillah makbul spt sumpah laknat bossku...

dan aku tolis lagi

Ari pertama PH melingkup Marina akan aktif semula dengan Gereja COMANGO SIS dan LGBT maklumlah kan masa PH perintah apak dia konon nak jadi Champion Islam minggu depannkita tgk acara gereja COMANGO fsn plakad dijulang semula...
silap ari bolan tokwan pun angkat olakaf LGBT balik...!! ko org tengok la minggu depan

LHDN mohin ambul tindakan pada anak anak tun istihar cukai dan harta mereka

kalau wang derma kena tax , wang baulout bayar lah balik... bukan sikit billion hengget

FormulaTuurunHargaBalik = BMF + Haah tepokk..

Reply
avatar
Madey nyesal xsudah letak jwatan
March 2, 2020 at 4:23 PM delete

Adoiii zahid nk BEREHAT sehari pond xl Ker?

Hal MADEY ULAR lidi ni smue org kene "keje OT"

hikhikhik

Reply
avatar
Anonymous
March 2, 2020 at 9:16 PM delete

Aku kopi pes dari Laman Reformasi Yeo Yee Bin ( menteri suami ada kilang buang sisa toksik di Pasir Gudang - Mohon mangsa sisa kimia saman kilang suami Yeo Yee Bin)

Bagaimana seseorang Zahid yang berdepan dengan 47 pertuduhan melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi, kini sedang berbincang dengan Perdana Menteri berhubung senarai barisan Kabinet?

Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin yang mempersoalkan bagaimana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit dengan banyak pertuduhan rasuah diberikan ruang terlibat dalam perbincangan untuk senarai Kabinet baharu bla bla nla...

Jawapan Aku Mudah ajer..

Zahid dan Najib sekurang kurang nya sydah dihadap ke mahkamah dan sedang di bicarakan..

Mohon semak semula ked Banglo lajak laris dan Kes Mangsa Sisa Toksik untuk Saman Ganti Rugi kilang Syaami Yeo Yee Bin... dam juga kes kes yg lain LTTE, NAFAS, RCI Mujahit skandal TH LTTE Tabung Haji, dan Skandal di MoF kes Rogol di Perak dll...berani cakap berani hadap...

Minta buka RCI kes Forex yang tertangguh dulu...

Reply
avatar
March 3, 2020 at 7:53 AM delete

Silakan buka..jgn lupa tutup kasino dgn kilang carlsberg..kerajaan pas/islam dan yang haram tak akan bercampur..buktikan

Reply
avatar
Anonymous
March 3, 2020 at 10:13 AM delete

yg nk tutup kilang arak budak kalit samat... masa si kalit samat jadi Menteri dan MP sasalam apa pasal bisu...!!

Reply
avatar
March 3, 2020 at 4:07 PM delete

Apa tberok benau taikpo ko ni..

Reply
avatar
March 3, 2020 at 4:10 PM delete

Ya aku sokong. Tutup kilang arak sama kasino genting. Moga juga thn ni bonus TH naik 15% sb nak cover 2 thn lepas. Harap PAS boleh buat. Jgn cakap saja.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive