Tun M Janji Serah Jawatan - Anwar Ibrahim


Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan akan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri seperti yang dijanjikan beliau sebelum ini.

Janji berkenaan dibuat Dr Mahathir kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut sebagai bakal pengganti beliau dalam pertemuan empat mata pada Khamis.

Perbincangan mengenai peralihan kuasa menjadi tumpuan pertemuan Anwar dengan Dr Mahathir di Putrajaya seperti dikongsi Ahli Parlimen Port Dickson itu di akaun Twitter peribadinya.

Kata Anwar, dalam pertemuan itu, beliau membangkitkan isu peralihan kuasa susulan terdapat laporan yang menyebut ada usaha daripada PAS, UMNO dan PKR yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan (akuan berkanun - SD) menyokong kepimpinan Dr Mahathir sehingga akhir penggal.

"Perdana Menteri tidak terlibat dalam usaha tersebut malah mengulangi kenyataan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan seperti yang telah dijanjikan.

"Saya cenderung agar beliau terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)," kata Anwar sambil menjelaskan perkara itu akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari ini.

Anwar berkata, beliau turut memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa memandangkan wujud muslihat licik sedemikian maka pimpinan PH dan beberapa rakan lain akan tetap mempertahankan perjanjian Muafakat PH yang dimeterai pada 7 Januari 2018.

"Yakni tegas menyokong kepimpinannya selaku Perdana Menteri ke-7 dan saya sebagai Perdana Menteri ke-8.

"Saya juga ingatkan bahawa selama hampir dua tahun usia PH, muafakat yang termeterai tersebut tidak pernah digugat oleh mana-mana parti bersekutu – KEADILAN, DAP, AMANAH dan PPBM," kata Anwar lagi lapor AstroAwani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
Anonymous
February 14, 2020 at 6:49 PM delete

...itu pun kalau driver bas sekarang tk jadi buat syarikat bas sendiri yg baru sebelum apec.

Reply
avatar
Anonymous
February 14, 2020 at 7:27 PM delete

Anwar sebenarnya cuak takut kempunan. Dgn pgayR berpecah dua, pas pula memberi sokongan penuh dgn mangkuk tua, umno bn pula diam2 ubi, parti2 di sabah swk tunggu demand yg bakal diberi semuanya mampu buat anwar sakit hati.
Tambah lagi dgn ulasan terkini atok memaklumkan hanya dewan rakyat yg mampu memecatnya. Kenyataan yg mampu buat anwar meroyan dan sasau.
Itulah ko nuar...lain kali masa kempen di masjid kalau azan berkumandang jangan terus berambus plg. Cuba2lah ambik hati raykat dgn join mrk bersolat sekali.
Belum lagi ketakutan anwar utk bersumpah laknat dgn kes memuki chinadoll dan mendubur si saiful. Markah anwar bnyk jatuh di situ. Kena lagi dgn kebangangan pakatan semburit menunaikan janji kpd raykat. Makin buruk tanggapan raykat thdp anwar.
Apa2 pon kita tggu drama seterusnya krn raykat dah kenal sgt mainan catur politik atok....hihihi

Reply
avatar
Anonymous
February 14, 2020 at 7:35 PM delete

Kalau bulan mei mgkin ada peluang cerah utk anwar naik jadi peeM. Tapi kalau selepas apec ada bnyk masa utk atok mengatur strategi. Dgn azmin semxxxx begitu mesra alam dgn negeri2 kelantan, trganu, sabah dan swk rasanya nampak mcm ada usaha positif kpd usaha puak legasi atok utk kekal mengetuai putra jaya.
Rasa2nya dpt dibaca pergerakan puak atok meneruskan legasi mrk.

Reply
avatar
Anonymous
February 15, 2020 at 7:43 AM delete

smpi skg gambar bang non kat mekah naik haji tak kuar .... tuan haji brother anwar bin ibrahim bole belanja gambar brother naik haji tak...!?


klu gambar lain fuyooooo mantul mantap pantasssss upload kat laman reformasi blog...


kikikikiki.. blanjer la satu pic tuan haji brother anwar bin ibrahimm


kikikiki

Reply
avatar
Anonymous
February 15, 2020 at 11:43 AM delete

Kesian buat si busuk hati...ibadah banyak untuk menunjuk...tak semua orang buat ibadah tak ikhlas macam ko...sampaikan ibadah yang tingkat tertinggi pun nak tunjuk kat orang...jangan tertipu dengan amaln sendiri...masa akhirat, check tabung amalan - kosong...

Reply
avatar
February 25, 2020 at 11:42 PM delete

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive