MH370: Siapa 'Pemimpin Kanan Malaysia' Yang Dimaksudkan Abbot Ini?


SYDNEY: Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott, mendakwa, ‘pemimpin kanan’ Malaysia percaya bahawa pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) sengaja ditenggelamkan juruterbang pesawat dalam misi membunuh diri.

Pesawat terbabit ghaib pada 8 Mac 2014 dengan membawa 239 penumpang dan kru, sebahagian besarnya dari China, dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.

Ia gagal ditemui sepanjang misi mencari digerakkan di Lautan Hindi, membabitkan kawasan seluas 120,000 kilometer persegi, termasuk pencarian di dasar laut, sebelum akhirnya digantung pada Januari 2017.

Sebuah firma penerokaan persendirian dari Amerika Syarikat (AS) melancarkan misi mencari pada 2018, namun membatalkan proses tidak lama selepas itu apabila segala usaha menjelajah dasar laut menemui kegagalan.

Kehilangan MH370 sekian lama dijadikan topik teori konspirasi, bermula dari hujah meyakinkan hingga yang tidak masuk akal, termasuk dakwaan kononnya juruterbang bertugas, Kapten Zaharie Ahmad Shah, sengaja menjatuhkan pesawat terbabit.

Dalam satu petikan dokumentari terbitan Sky News yang disiarkan Rabu, Abbott mendakwa beliau diberitahu demikian selepas seminggu kejadian menggemparkan itu berlaku.

“Saya difahamkan oleh pemimpin atasan Malaysia bahawa sejak dari mula lagi, andaian mereka ialah kejadian ini sebenarnya satu perbuatan bunuh diri oleh juruterbang bertugas.

“Saya tidak akan dedahkan siapa pegawai itu, namun sekali lagi saya tegaskan, pegawai atasan Malaysia percaya ia adalah satu kejadian bunuh diri oleh juruterbang,” katanya.

Keluarga dan rakan-rakan Zaharie menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak munasabah.

Pada 2016, kerajaan Malaysia mendedahkan bahawa Zaharie ada mencipta laluan penerbangan merentasi Lautan Hindi, pada simulasi penerbangan yang terdapat di rumahnya, namun menegaskan bahawa ia tidak boleh dijadikan bukti.

Laporan akhir tragedi yang dikeluarkan pada 2018 menyebut bahawa kegagalan kawalan trafik udara adalah punca nahas dan laluan penerbangan itu ditukar secara manual.

Mereka bagaimanapun gagal menghasilkan sebarang rumusan yang benar-benar meyakinkan, sekali gus mendatangkan kemarahan kepada kaum keluarga dan waris mangsa.

Turut berada dalam pesawat itu ialah enam penumpang rakyat Australia, dengan empat daripadanya berasal dari Queensland lapor Berita Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
February 20, 2020 at 7:41 AM delete

esok nak tukar PM ati ni sprm kata jolo akan balik... abott ostolia pun jdi nasik tambah.. nak alih isu la tuuu

PERALIHAN KUASA - BELUM MESYUARAT TUN M TELAH BUAT KEPUTUSAN ?? kikikiki..

relex la atokkk ... don't too gelabah mcm mahacai atokk .. sap kok dluuu..!!

kikikiki...lexxx dluuu..!!

Tun M berkata, "Saya bersedia untuk meletak jawatan BILA-BILA MASA". Tun M juga berkata, " Apa pun keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH, saya akan letak jawatan SELEPAS APEC". Sesiapa yang pening kepala, sila makan panadol sekarang.

Pada Jumaat ini, Majlis Presiden PH akan bermesyuarat dan mungkin akan membincangkan tarikh peralihan kuasa PM di antara Tun M dengan Anwar Ibrahim. Apa tujuan dan nawaitu Tun M menyatakan pendiriannya seperti di atas itu sebelum mesyuarat dan perbincangan bermula?

Tidakkah ini satu perbuatan yang tidak menghormati Majlis Presiden?

lexxx luuuu...!!! ronggeng la atokkk selagi siksa sakarat belum datang.. ronggeng yeeehhaaaaa..!!

lexxxx luuu..!! kikiki

kikiki.. ooohh anakcucu kepanasan kot atok bila bila masa menghadapi siksa sakarat...


alahaiiii haahhh tepokkkk ...

tepok ramai2 mari menari..

hiburkan hati sygg smbil menari..

yeeeehhhaaaa...!!!


haaahhh tepokkkk.. !!!

Reply
avatar
February 20, 2020 at 11:05 AM delete

Hang ulas kes Big mama dengan Najib lagi bagus...Hihihikikikihahahakahkahkah

Reply
avatar
Anonymous
February 20, 2020 at 11:19 AM delete

Atok akan letak jawatan sekarang jika pimpinan PH paksa. Jika tiada, atok tunggu lepas Apec, dan calonkan Anwar jadi PM, tapi keputusan akhir ialah Anwar mesti mendapat mandat dari semua ahli parlimen PH. Umno & PAS takde kuasa (bengong sungguh)

Reply
avatar
Anonymous
February 20, 2020 at 11:26 AM delete

nak ulas camner kes 1mdb dah 2 taun x selosai... sllu pihak pembela mohon tangguh beratus ratus kali.. kes najib terbalik pendakwaraya mohon tangguh...


kikikiki... kan bangang namernyer tuhhhh... tuduh dan fitnah seluruh doonia dolu past tu tangguh kes nak dakwa...


akai ada mana... akai mana..


tak ker bangang namernye tuuhh....

kikikiki

Reply
avatar
Anonymous
February 20, 2020 at 11:35 AM delete

mohon tanyo skettt.. sejak bila SPRM bole approve atau tidak sijil sakit..

kikikiki...!!

Reply
avatar
February 21, 2020 at 8:59 AM delete

Tolonglah nasihatkan najib. Buat angkat sumpah laknat buktikan yg dia x ambik duit 1mdb. Yg dia kena fitnah.

Reply
avatar
February 25, 2020 at 11:41 PM delete

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive