Kenapa SPV Ambil Alih Aset Tabung Haji?


SAYA akan cuba mengulas berkenaan keperluan memindah aset tidak untung milik Tabung Haji (TH) kepada syarikat tujuan khas (SPV) bagi tindakan jangka pendek dengan bahasa mudah dan difahami orang awam.

Menurut standard laporan kewangan (FRS), sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan. Bagaimanapun, menurut Pricewaterhouse Coopers (PwC), TH sebelum ini menetapkan had ambang (threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.

PwC berkata jika had ambang ditetapkan pada 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon. Jika pada 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja.

PwC berkata tindakan menyembunyikan kerugian ini dengan tujuan menunjukkan jumlah keuntungan yang cukup untuk membayar dividen pada 2012. Akta Tabung Haji 1995 tidak membenarkan pengagihan dividen ketika rugi. PwC berkata jika standard biasa dipakai (had ambang 20 peratus untuk tempoh 12 bulan), jumlah kerugian penuh ekuiti adalah sebanyak RM4.258 bilion.

Bagi menghadapi masalah peninggalan pentadbiran lama tersebut, TH dilihat berusaha mengemas kini aset tidak menguntungkan yang bernilai lebih RM 19.9 billion (berbanding asset yang bagus bernilai RM 57.1 bil). Ertinya aset ini semuanya rugi di atas kertas dan jika tidak memberikan hasil kepada TH bagi tahun kewangan terkini dan kewujudannya di dalam buku TH hanya merosakkan kesihatan laporan kewangan, TH yang akhirnya akan menyekat pemberian dividen kepada pendeposit.

Maka bagi merawat hal terbabit dengan segera, pihak TH memilih untuk memindahkan atau menukarkan aset tidak untung ini (sebagaimana klasifikasi yang ditetapkan oleh TH sendiri dan kaedah perakaunan) kepada SPV di bawah Kementerian Kewangan.

Ini satu bail out

Ia perlu dilaksanakan kerana tiada entiti perniagaan yang ingin membeli aset kurang bagus itu pada waktu ini, maka Kementerian Kewangan adalah entiti yang tepat mewakili kerajaan Malaysia bagi tujuan menerima pemindahan dengan berbalaskan pegangan instrumen pelaburan Sukuk dan saham keutamaan boleh tebus – Islamik (RCPS-I) untuk dimiliki oleh TH.

Pegangan Sukuk bertempoh matang tujuh tahun terbabit akan memberikan jangkaan pulangan sebanyak lima peratus setahun kepada TH berbanding aset tidak bagus sedia ada yang tidak memberikan apa-apa. Bagaimanapun RCPS-I yang bernilai RM 9.9 bilion tiada tarikh matang dan tiada dividen tetapi sentiasa terbuka untuk ditebus kembali oleh TH. Jika digabungkan kedua-duanya bererti untuk aset bernilai RM 19.9 bilion, TH bakal mendapat pulangan 2.5 peratus setahun.

Saya juga tidak lihat bagaimana mungkin Kementerian Kewangan akan ‘merampas’ aset tiada hasil itu di masa akan datang, Menteri Kewangan (Diperbadankan) atau MOF Inc membawa agenda kerajaan, berbeza dengan syarikat yang sifatnya hanya mengejar keuntungan. Kecuali jika SPV di bawah MOF inc itu menjualnya kepada pihak ketiga. itu pun perlu diputuskan oleh kerajaan dan bukannya keputusan satu dua orang sahaja, khususnya jika aset terbabit adalah aset strategik.

Semua wang pendeposit turut dijamin oleh kerajaan. Sebenarnya kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan ‘hampir’ boleh dikatakan sedang ‘bail out’ TH melalui dua instrumen ini. Orang yang tidak biasa isu kewangan mungkin menganggapnya sebagai pelik.

Aset tidak bagus atau tidak menguntungkan TH dikenal pasti menerusi dua kriteria. Bagi hartanah, ia membabitkan aset dengan hasil kurang dua peratus dan bagi ekuiti, kemerosotan nilai melebihi 20 peratus. Justeru jumlah nilai asset tersebut mencecah RM19.9 billion.

Sefaham saya, tindakan pemindahan kepada SPV dan menerbit instrumen pelaburan Sukuk dan RCPS-i tersebut boleh memberi kebaikan kepada TH.

Pertama, ia menjadikan TH mungkin berpeluang mendapat keuntungan daripada pegangan sukuk sebanyak lima peratus setahun berbanding terjerat dengan aset tidak untung serta merosakkan tanggungan liabiliti dengan membesarkan jumlah impairment loss dalam laporan kewangan Tabung Haji.

Kedua, ia memastikan TH mampu memberikan dividen kepada pendeposit kerana tanpa pemindahan melalui terbitan dua instrumen patuh shariah itu, TH akan dikira dalam keadaan defisit dengan liabilitinya melebihi aset justeru – menurut aktanya – tidak boleh membayar dividen.

Jangan politik berlebihan

Adalah hal biasa SPV di bawah MOF Inc bertindak untuk tujuan-tujuan spesifik memegang aset kerajaan atau institusi kerajaan. Dulu pun kerajaan merawat non-performing loans melalui Danaharta Nasional Bhd yang berfungsi seperti SPV pada waktu itu.

Kini model yang digunakan dan dibentuk di bawah MOF ialah dengan mengambil aset dengan ’bayaran’ sukuk dan RCPS-I sebagai balasan kepada TH. Ini tidak bermakna aset itu dimiliki oleh menteri kewangan, timbalannya atau mana-mana individu politik, tetapi dipegang oleh kerajaan Malaysia sendiri. Mungkin menjadi sebahagan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pada masa akan datang juga.

Sebaiknya isu ini tidak dipolitikkan berlebih-lebihan (sedikit saja adalah natural kerana tiada apa yang dapat lari dari politik) kerana pihak TH sedang berusaha sungguh-sungguh membaik pulih lembaga itu yang sebelum ini dipegang oleh orang politik (dari kalangan ahli Lembaga Pengarah) sehingga kelihatan wujud campur tangan yang akhirnya mengurangkan kredibilitinya.

Semua ahli lembaga pengarah TH hari ini bukan dari kalangan politik dan cadangan pemindahan ke SPV di bawah MOF juga sefaham saya datang dari perbincangan lembaga Pengarah, PwC dan pengurusan tertinggi sebelum dibentang di Kabinet.

Sama-samalah kita berdoa agar tabung amanah untuk tujuan mulia – menunaikan ibadah Haji – ini semakin baik. Sudah tentu pihak pengurusan baru sedang melaksanakan tugasan sebaik mungkin bagi mengembalikan zaman keuntungan TH, misalnya ketika tahun 2013 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 2.45 bilion setelah ditolak segala liabiliti dan penyesuaian.

Jika apa yang dijangka ini tidak berlaku dan TH menjadi semakin teruk dan dicerobohi pula secara politik, maka bolehlah dianjurkan bantahan ala Himpunan Kesyukuran Penolakan Icerd sekali lagi atau boleh juga diubah kerajaan yang ada melalui PRU ke-15 kelak.

KENYATAAN OLEH DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN.

DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN MERUPAKAN PAKAR EKONOMI ISLAM.

Disiarkan oleh MalaysiaGazette

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

18 comments

comments
Anonymous
February 20, 2020 at 9:43 PM delete

pakar ekonomi atau pakar nak perbodoh kan org islam

Reply
avatar
Anonymous
February 20, 2020 at 9:57 PM delete

Bodoh kn org bodoh boleh ler

Reply
avatar
Anonymous
February 20, 2020 at 10:27 PM delete

Fikir & pilih sebaiknya..
1) Hutang bertambah & Asset bertambah (BN)
2) Hutang bertambah & Asset berkurang (PH)

* Yg mana satu lg mudarat. Fikir sebaiknya.

Reply
avatar
February 21, 2020 at 7:42 AM delete

Article asal dated 13 Dis 2018 bukan specific pasal TH Hotels, diulangsiar Malaysiagazette dgn date baru 18 Feb 2020.

Reply
avatar
Anonymous
February 21, 2020 at 7:46 AM delete

Yg mudarat bila org bodoh bercakap.

Reply
avatar
Anonymous
February 21, 2020 at 7:48 AM delete

Jawapannya Dr Zaharudin mmg pakar ekonomi Islam. Dengarnya, pernah ngajar kat UIA dgn Asyraf. Jadi kalau kau tak faham, maknanya kau yg bodoh.

Reply
avatar
Anonymous
February 21, 2020 at 7:50 AM delete

Dr Zaharudin tak bodohkan kau. Yg sebenarnya kau mmg bodoh.

Reply
avatar
Fmily LIM= (bile mau uturn TH plntation?)
February 21, 2020 at 7:56 AM delete

Bpak profesor ke
Bpak dctor ke
Bpak mnteri ke

Semue "penipu" besar bile brckap

TUBUH "RCI" kalu berani
______________________________

Tabung aji pnye aset HOTEL tu baii

Nak "beli balik" kene runding dgn LGE

NI bisnes paling "biol" dtahun 2020 ni

Reply
avatar
Anonymous
February 21, 2020 at 8:17 AM delete

Dr zahrudin kalu pkar ekonomi islam Da tntu LGE lntik CEO TH

bile x dlntik mkneny msih bodoh lgi

Lmbga pngrah mmg bkn lntikan politik

Tpi MOF LGE tu lantikan POLITIK

Reply
avatar
February 21, 2020 at 8:49 AM delete

Dalam ni ada manusia yg lbh hebat drpd pakar ekonomi. Dgn mudahnya memperbodohkan pakar. Apa kata kita bagi kat org yg bijak ni uruskan aset TH. Aku nk lihat apa jadi dgn aset tu kelak.

Reply
avatar
Anonymous
February 21, 2020 at 9:10 AM delete

NAJIB n AZIZ jge TH "relax" je

HIBAH mncanak stiap tahun utk pnyimpan smue..

Reply
avatar
Anonymous
February 21, 2020 at 10:06 AM delete

Hadis Sahih Bukhari "Pemimpin yang menipu rakyat haram baginya syurga Allah"

Dalam sejarah politik Malaysia, belum ada kerajaan yang dapat gelaran yang begitu banyak macam Kerajaan Pakatan Harapan.

Kerajaan Kaki Kencing, Kerajaan PHancing, Kerajaan U-Turn, Kerajaan Manifesto Bukan Kitab Suci, Kerajaan Sepenggal dan bermacam-macam gelaran yang diberi oleh rakyat Malaysia yang jelas marah, kecewa dan meluat dengan kerenah Kerajaan Pakatan Harapan.

Kerajaan Pakatan Harapan mungkir janji!!!

Itu perkara biasa.

Tak ada apa-apa yang hendak dihairankan.

Tapi kali ini Kerajaan Pakatan Harapan melangkah setapak ke hadapan.

Daripada menipu rakyat, kini Kerajaan Pakatan Harapan dah 'upgrade' skil kepada menipu kerajaan negeri pula!!!

Apa yang Kerajaan Pakatan Harapan lakukan kepada Kerajaan Negeri Sarawak, tidak ubah seperti apa yang dilakukan oleh 'scammer' online.

Lazimnya modus operandi 'scammer' ialah memberikan janji, kemudian suruh buat bayaran, lepas tu menghilangkan diri.

Kerajaan Negeri Sarawak Kena 'Scam' Dengan Kerajaan Pakatan Harapan

Zaman pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional, DS Najib yang menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, sudah meluluskan peruntukkan RM1 bilion dalam bajet 2018 untuk baiki sekolah daif di Sarawak

Selepas PRU14, Pakatan Harapan batalkan peruntukkan itu. Sarawak bayar hutang dulu baru beri bantuan baikpulih sekolah daif - MoF MrLim Guan Eng

Reply
avatar
Anonymous
February 21, 2020 at 11:06 AM delete

Kena lantik dulu baru jadi pakar? Kalau tak lantik maknanya bodoh? Kau sekolah kat mana dulu bai? Siapa guru besar kau? Aku nak interview dia knp kau bebal sgt.

Reply
avatar
Anonymous
February 21, 2020 at 11:27 AM delete

Elok intv diri sendiri dulu

Reply
avatar
February 22, 2020 at 12:06 AM delete

Hahaha...lepas tu cakap..kami puas hati...hahaha

Reply
avatar
Anonymous
February 22, 2020 at 11:00 PM delete

Tertipu kali pertama dikira satu kesilapan.. Tertipu kali kedua dikira satu kebodohan. Memperbodoh org menunjukkan diri sendiri lebih bebal dan bodoh.

Reply
avatar
February 25, 2020 at 11:41 PM delete

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

Reply
avatar
March 10, 2020 at 8:17 PM delete

Lihat lah apa kabinet belakang buat
Lihatlah apa jadi dengan urusan wang negara
Lihatlah jika ada cara jimat atau bazir

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive