Guna ‘Pelan B’ Desak Tun M Serah Kuasa?


Seorang pemimpin PKR tidak menolak kemungkinan gerakan reformasi dan himpunan jalanan akan berulang sekali lagi sekiranya pelan peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berlaku Mei ini.

Bendahari PKR, William Leong menegaskan, sudah sampai masanya penyokong Anwar itu menggunakan ‘Pelan B’ untuk memastikan Dr Mahathir menunaikan janji menyerahkan kuasa pada Mei ini dan bukannya pada November ini.

“Ini masa untuk pelan B dikeluarkan, suara rakyat itu penting, kita nakkan pandangan awam, ia adalah tekanan untuk kerajaan kembali kepada landasan.

“Kita sudah turun ke jalan raya sebelum ini, bukan saya mahu suruh mereka turun, tapi kita mahukan semangat,” katanya berucap dalam program Kupasan Politik Semasa anjuran Gerakan Reformasi Perform.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Dr Mahathir memberi jaminan beliau akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar selepas dua tahun memerintah negara.

Bagaimanapun isu peralihan kuasa itu semakin hangat apabila terdapat laporan sebanyak 138 ahli Parlimen telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.

Dalam pada itu, William menyifatkan Dr Mahathir sebagai diktator kerana sikapnya tidak pernah berubah apabila menyentuh soal peralihan kuasa yang mahu dilanjutkan sehingga November ini.

“Kita telah beri peluang kepada Mahathir, kita tahu siapa Mahathir, dulu dia datang himpunan Bersih pakai baju kuning, laungkan reformasi, dia sokong agenda reformasi, kita memang tidak tahu benar atau tidak apa yang dia cakap.

“Tapi akhirnya bukan sahaja ahli PKR, tapi rakyat semua beri peluang kepada Mahathir untuk dia tunjukkan dia berubah, tapi malangnya sekarang sudah jelas dia langsung tidak boleh berubah,”katanya.

Mengulas gerakan mengumpulkan SD, William berkata, jika ada mana-mana wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang bersetuju dengan tindakan itu, beliau menyifatkannya sebagai satu pengkhianatan.

“Kalau ini berlaku kerajaan akan hancur dan menjadi sepenggal,”katanya lagi. – MalaysiaGazette

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
Anonymous
February 17, 2020 at 6:20 PM delete

Bodo. nak main ugut2 dengan atok??

Lagi diugut lagi melawan atuk ni..

Silap2 hang kena daulat tulah..
Atuk ni ada mcm karomah..cakapnya masin..
Nuar pun dah tak berani nak lawan.. terkena tulah..

Reply
avatar
Anonymous
February 17, 2020 at 6:59 PM delete

Nampak macam terdesak sangat org bukan islam menyokong dan minta Ds anwar ibrahim jd PM. Apa matlamat sebenar mereka. Faktor kuasa mengubah pilihan mereka.

Reply
avatar
Anonymous
February 17, 2020 at 8:44 PM delete

ko orang tahu kan 20 otai refombasi berguling aras jlnraya... 20 tahun broo dah labuh tolo berguling guling atas jln raya... kena la guna plan B cepat sket ko orang ingat reformbasi nak labuh tolo depa dua kali panjang laboh tolo smpi buku lali kaa...!!??

mana maunyerrrrr...!! sbb tu depa nak plan B cepatttt...!!



kikikiki..

Reply
avatar
February 25, 2020 at 11:42 PM delete

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive