Apapun Keputusan PH, Dr M Letak Jawatan Lepas Apec


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan bersidang Jumaat ini selepas kali terakhir bermesyuarat pada pada November tahun lalu.

Mesyuarat itu sebelum ini dikatakan akan membincangkan isu peralihan jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenainya, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada mesyuarat Jumaat ini akan membincangkan mengenai peralihan kuasa.

Malah, ketika mengulas, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi janjinya untuk berundur selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) 2020 yang akan diadakan Nov tahun ini.

“Tak tahulah (peralihan kuasa akan dibincangkan atau tidak).

"Tapi seperti yang saya kata sebelum ini, saya bersedia bila-bila masa hendak suruh saya letak jawatan, saya letak jawatan. Itu janji saya, saya akan letak jawatan.

"Apa juga keputusan yang dibuat, saya akan letak jawatan selepas Apec nanti,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Bulan Anti Dadah Kebangsaan 2020 di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama isteri perdana menteri Dr Siti Asmah Mohd Ali, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Ali, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abdul Aziz Jaman dan Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Zulkifli Abdullah.

Pada majlis tersebut Siti Hasmah turut diberi penghormatan untuk menerima anugerah khas Tokoh Antidadah 2020.

Isu peralihan kuasa perdana menteri terus menjadi pertikaian walaupun Dr Mahathir berulang kali menyatakan hasratnya untuk berundur daripada jawatan perdana menteri selepas persidangan Apec, November ini.

Spekulasi terus bertiup apabila terdapat laporan mendakwa sesetengah pihak dalam PH dan Umno mahu Dr Mahathir - yang juga pengerusi Bersatu - kekal menjadi perdana menteri sehingga tamat penggal.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa sekumpulan anggota parlimen pembangkang dan PH berpakat menandatangani Akuan Berkanun (SD) untuk menyokong Dr Mahathir dikekalkan sebagai perdana menteri.

Pada masa sama PAS menyatakan hasrat membawa usul 'undi percaya' pada Dr Mahathir pada sidang Dewan Rakyat akan datang, dijadual berlangsung bulan depan.

Untuk rekod, Pada 13 Februari lalu, Anwar mengakui "ada usaha daripada PAS, sekumpulan dari Umno dan sebilangan kecil dari PKR" untuk mendapatkan tandatangan bagi menyokong kepimpinan Dr Mahathir sehingga tamat penggal, tetapi menafikan penglibatan perdana menteri.

Beliau juga berkata isu peralihan kuasa akan dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan diadakan pada 21 Februari ini lapor Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Anonymous
February 19, 2020 at 12:45 PM delete

PERALIHAN KUASA - BELUM MESYUARAT TUN M TELAH BUAT KEPUTUSAN ?? kikikiki..

relex la atokkk ... don't too gelabah mcm mahacai atokk .. sap kok dluuu..!!

kikikiki...lexxx dluuu..!!

Tun M berkata, "Saya bersedia untuk meletak jawatan BILA-BILA MASA". Tun M juga berkata, " Apa pun keputusan mesyuarat Majlis Presiden PH, saya akan letak jawatan SELEPAS APEC". Sesiapa yang pening kepala, sila makan panadol sekarang.

Pada Jumaat ini, Majlis Presiden PH akan bermesyuarat dan mungkin akan membincangkan tarikh peralihan kuasa PM di antara Tun M dengan Anwar Ibrahim. Apa tujuan dan nawaitu Tun M menyatakan pendiriannya seperti di atas itu sebelum mesyuarat dan perbincangan bermula?

Tidakkah ini satu perbuatan yang tidak menghormati Majlis Presiden?

lexxx luuuu...!!! ronggeng la atokkk selagi siksa sakarat belum datang.. ronggeng yeeehhaaaaa..!!

lexxxx luuu..!! kikiki

kikiki.. ooohh anakcucu kepanasan kot atok bila bila masa menghadapi siksa sakarat...


alahaiiii haahhh tepokkkk ...

tepok ramai2 mari menari..

hiburkan hati sygg smbil menari..

yeeeehhhaaaa...!!!


haaahhh tepokkkk.. !!!

Reply
avatar
Anonymous
February 19, 2020 at 6:17 PM delete

Atok berasa dia BOSS PH sebab ahli majlis presiden PH tak berani sanggah dia seperti mana ahli bawahan PH berani buat. Atok adalah manusia biasa, pernah meminta bantuan drp parti komponen PH lain. Knp skrg dia berasa seolah2 semua pihak lain bergantung kpd dia. Bayangkan jk muhyiddin berkelakuan spt Atok, dah lama dia kena ganyang dgn ahli majlis presiden PH yg lain...so what is so special about Atok?

Reply
avatar
February 25, 2020 at 11:42 PM delete

My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive