Tak Cukup Bukti, Anwar Tak Didakwa


JABATAN Peguam Negara tidak akan mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan serangan seksual terhadap Muhammed Yusoff Rawther kerana kekurangan bukti.

Dalam satu kenyataan hari ini, Peguam Cara Negara Engku Nor Faizah Engku Atek berkata, terdapat percanggahan fakta material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan mana-mana individu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain di bawah Kanun yang sama.

“Kami juga mendapati tidak terdapat cukup keterangan untuk membuat pertuduhan mengenai laporan polis yang dibuat berdasarkan keterangan yang ada dalam kertas siasatan.

“Dalam hal keadaan yang demikian, kami bersetuju dengan saranan PDRM supaya kes ini ditutup,” katanya sambil menambah penyiasatan boleh dibuka semula sekiranya dan apabila terdapat keterangan baru.

Muhammed Yusoff Rawther dalam akuan bersumpah mendakwa kejadian itu berlaku di kediaman Presiden PKR tersebut di Segambut pada 2 Oktober tahun lalu.

Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 7 Disember bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan berkenaan.

Muhammed Yusof juga sudah melakukan ujian poligraf di Bukit Aman pada 17 Disember tahun lalu.

Anwar walau bagaimanapun menafikan dakwaan salah laku seks yang dilemparkan terhadapnya dan berkata pada tarikh berkenaan beliau sedang sibuk berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Kenyataan Engku Nor Faizah tidak menyebut nama pengadu atau tertuduh, mahupun perbuatan yang dikatakan satu kesalahan itu.

Sementara itu, Engku Nor Faizah menjelaskan bahawa Peguam Negara Tommy Thomas tidak terbabit dalam kes itu kerana pernah dikaitkan dengan Anwar.

"(Peguam Negara) telah menarik diri daripada membuat apa-apa pertimbangan berhubung kes itu.

“Satu pasukan timbalan pendakwa raya di bawah pengawasan saya sudah diamanahkan untuk mengkaji keterangan dan selanjutnya membuat keputusan mengenainya,” katanya lapor Harian Metro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Anonymous
January 15, 2020 at 4:39 PM delete

Ambik jer tindakan segera dab bersihkan nama ko tu...
Kalau bagus lagi ko buatlah majlis sumpah laknat menafikannya...
Biar kaki fitnah ko tersedak jika ko benar2 tak salah..

Raykat pon ingin juga melihat sejauh mana keberanian ko selama ini...hihihi

Reply
avatar
Anonymous
January 15, 2020 at 5:30 PM delete

Kesian ko...dah tertinggal bas ada hati nak sindir orang...awal lagi dsai dah saman Yusuf, lepas dah tutup kes pun saman dia teruskan...apa lagi ko nak?

Sumpah laknat kes macam ni tu mainan ah jib dengan orang orang yang dungu hukum je...as ah orang macam ko....

Reply
avatar
Anonymous
January 15, 2020 at 7:15 PM delete

Tak cukup bukti bukan bermakna tak berlaku perkara tu. Cuma bukti yg ada tak cukup kuat utk buat pendakwaan.

Reply
avatar
ketua darjah 6
January 15, 2020 at 10:08 PM delete

AG n IGP ni asyik cerite KES liwat, rogol , 1mdb ,vbideo smburit, audio pintasan..

GAJI n elaun beribu2..


KES DASYAT punye xd ke??

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive