Jawapan MB Kelantan Mengenai Isu Pembelian Mercedes


Menurut Mohd Amar Abdullah, semasa Kelantan di bawah pentadbiran Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar negeri itu sudah menggunakan kereta jenama mewah berkenaan.

Katanya pada suatu ketika Nik Abdul Aziz pernah bercadang mahu menjual kenderaan tersebut selepas mendapat kritikan sesetengah pihak.

Bagaimanapun kata Mohd Amar beliau menasihatkan agar Nik Abdul Aziz tidak menjualnya dan mengabaikan saja kritikan pihak yang tidak senang dengan tindakan kerajaan negeri.

"Orang nak kata, kata pi lah. Untuk menteri besar, exco, kena ada kenderaan yang munasabah untuk dia," katanya semasa menyampaikan kuliah duha di Kota Bharu, Kelantan pagi tadi.

Kuliah itu dipancarkan secara langsung melalui media sosial.

Kerajaan negeri yang diterajui PAS kini dikecam dan disindir selepas membeli 14 kereta Mercedes Benz untuk kegunaan menteri besar, timbalan menteri besar, barisan exco negeri dan setiausaha kerajaan negeri.

Perkembangan itu berlaku beberapa hari selepas pemimpin PAS mengecam PH mengenai cadangan membeli kenderaan baru Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Unta paling laju

Antara yang dilaporkan membuat kritikan itu ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin.

“Rakyat dimomokkan dengan pelbagai masalah ekonomi negara, dengan ekonomi global yang meruncing dalam negara dan sebagainya, tetapi kerajaan tidak melakukan langkah-langkah wajar untuk membantu rakyat.

“Pada saya sepatutnya dalam keadaan sekarang, wajar untuk digunakan dengan kenderaan yang sedia ada, servislah yang mana boleh, mantain (selenggara) yang mana boleh, apabila keadaan ekonomi semakin stabil, maka kerajaan boleh melakukan sedemikian,” katanya seperti dipetik harakahdaily.

Mohd Amar berkata tidak wajar penggunaan kenderaan seperti Mercedes Benz itu kecoh-kecohkan.

"Takkan nak pakai Viva belaka (semua) menteri?" katanya lagi.

Menurut Mohd Amar lagi, Rasulullah sendiri menggunakan unta yang hebat semasa menjadi pemimpin dulu, dikenali sebagai al-Qaswa'.

Kata Adun Panchor itu, unta terbabit dianggap haiwan seumpamanya yang paling hebat, paling mahal dan paling laju pada zaman tersebut.

Jika sekarang ini, katanya, unta tersebut boleh dianggap sebagai kenderaan yang mahal.

"Kena paham, kena reti barang-barang lagu tu, bukan nak beragah (menunjuk/sombong), bukan nak mewah.

"Demo (kamu) kalau ada pitih (duit) tak nak pakai Merc? Tak nak pakai Merc ke?

"Sama saja, bukan nak mewah. Ini hak milik kerajaan, kena fahamlah," katanya.

Beliau juga memetik kisah salah seorang pembesar pada zamah selepas Rasulullah, iaitu Muawiyah, yang diadukan kepada Sayidina Umar al-Khattab, kerana dilihat hidup dalam kemewahan semasa menjadi gabenor.

Apabila dipanggil dan diminta penjelasan, Muawiyah mengakui beliau hidup dalam rumah yang besar, mewah dan mengenakan pakaian mahal-mahal.

Tapi, kata Mohd Amar, Muawiyah memberikan penjelasan bahawa beliau perlu begitu kerana tinggal di kawasan elit membabitkan pusat tamadun Rom dan Parsi.

Katanya penduduk di situ terdiri daripada orang yang hebat-hebat dan ternama

"Jadi ambo kena tunjuk juga kehebatan seorang pemimpin Islam," katanya memberi penerangan lapor MalaysiaKini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

32 comments

comments
Anonymous
January 17, 2020 at 9:44 PM delete

1001 alasan. tengok lah rakyaat kelantan minta derma seluruh negara
nak buat tahfis. pi minta sama mb.
malu org kelante.

Reply
avatar
sup tulang or sup daging
January 17, 2020 at 9:59 PM delete

LGE bole naik BELFIRE smbil kire duit dgn KALKOLATOR

xkan ANA nk naik VIVA..

ANA da ode KETE KAPALTRBANG dgn pak wan tpii, smpai loni x siap2 lg...

pakwan yg rekomen ANA MERC,ana pon smbarr lerrr..

hikhikhikhik

Reply
avatar
Anonymous
January 17, 2020 at 10:03 PM delete

rileks la. LGE pun naik merc S class. Masa dia jd CM Penang, turun kl utk meeting, drebar DAP kutip naik S class.

Nk tau brp rega, check rega langkawi pasal kete gomen xda import tax.

Reply
avatar
Anonymous
January 17, 2020 at 10:31 PM delete

Anak mahdey naik keta sport rm3juta...tak kecoh pon

Raykat suruh ikat perut..dia dgn kroni buat parti ala james bond...perghhh

Reply
avatar
January 17, 2020 at 10:40 PM delete

LGE tu kafir bukan level 'ulama' dan negeri depa ekonominya macam mana berbanding negeri 'ulama'. Apakah 'ulama' nak samakan diri mereka dengan orang kafir?

Reply
avatar
January 17, 2020 at 10:54 PM delete

Nak diingatkan janganlah guna nama ATGNA semata-mata nak menghalalkan perbuatan. Mungkin masa ATGNA dahulu guna kereta Mercedes tapi bukan beli dari duit negeri tetapi dari hadiah Almarhum Sultan Kelantan. Seingat kereta rasmi MB adalah kereta Proton Perdana warna emas.

Reply
avatar
January 17, 2020 at 11:00 PM delete

Teringin juga minta Tim. MB tunjukan kehebatan Islam macam ATGNA dahulu. Bukan tunjukan kehebatan dari besarnya kereta. Cuba bagi selesaikan hutang, bagi air bersih pada rakyat, bersihkan sampah yang berselerak dan terima teguran dengan hemah.

Reply
avatar
kereta polis dubai gune ferari
January 17, 2020 at 11:03 PM delete

ko ni cerite hal 10 15 tahun lepas, cerite le zmam potugis 1511..

pmbesar naik gajah lgi "slow" smpai nk hadir meting exco

hahaha

Reply
avatar
anonymous
January 17, 2020 at 11:13 PM delete

cerite hal hutang ni smpai ke mati x abis

madey sndri pon k sana ksini nk pnjam duit buat hutang.lge relax kt opis duk bwah aikon.

Reply
avatar
Anonymous
January 17, 2020 at 11:26 PM delete

Pertama, nak betulkan fakta. N Amar bukan MB tp TMB. Tergelak sakan baca hujah Amar satu persatu....!!! Baca komen2 di malaysiakini, depa berpesta jawab hujah dia satu persatu! Mcm ni kah org ktan, lebai pas, ustaz, wakil rakyat, menteri, pendakwah islam berhujah? Kesian kat semua golongan yg aku sebut di atas. The best part, nasib baik aku tak sokong pas lagi sejak pas tarik diri drp PR. Klu tidak tak tau nak sorok muka aku kat mana

Reply
avatar
Anonymous
January 17, 2020 at 11:43 PM delete

Wahai nik amar, dan melayu2 lain, lebai atau bukan. Klu bernafsu sgt nak pakai kereta mewah tp poket tak mampu, tak apalah guna duit rakyat utk bantu sampai hajat. Tak payah bg mcm2 alasan. Takut mencemar kesucian agama Islam. Nik bduh, tlg nasihat rakan kamu supaya jgn cemar nama bapa kamu

Reply
avatar
Anonymous
January 18, 2020 at 12:07 AM delete

Kerajaan negeri Kelantan nak bayar gaji kakitangan pun terpaksa berhutang dgn kerajaan persekutuan. Ada hati lagi nak berfoya guna duit rakyat. Islam la sangat!!

Reply
avatar
January 18, 2020 at 1:11 AM delete

Kata nak tunjuk hebatnya Islam jadi kenalah tunjukan bukan meniru apa yang orang 'kafir' buat. Bila tersepit maka hujahnya dah jadi lain. Sebab tu jangan jual agama demi kepenting politik dan diri.

Reply
avatar
January 18, 2020 at 1:15 AM delete

Teruknya hujah, adalah kereta yang laju hanya Mercedes yang Mahal? Adakah Mercedes lambang perjuangan Islam? Bukankah boleh guna Camry atau Accord yang lebih murah dan menjimatkan?

Reply
avatar
I
January 18, 2020 at 7:11 AM delete

Umat Islam akan lemah bila cintakan dunianya... kemewahan... inilah Islam syumul yang diterapkan PAS... keperluan pemimpin diutamakan. Rakyat dikesampingkan... guna aje preve ke... cantik.Murah... rosak tukar baru aje... lebih jimat... orang yang paling aku benci... yang mengaku ulamak tapi bermewah2....

Reply
avatar
Anonymous
January 18, 2020 at 10:42 AM delete

UNTONG PAS, sejak bekerjasama dengan UMNO mereka aman tiada lagi kutuk dan menghentam antara satu sama lain dalam kebanyakkan isu. Contoh apabila kerajaan PAS Kelantan membeli 14 kereta Mercedes Benz mewah belum saya jumpa pembesar UMNO buat komen sokong atau bantah. Tahniah Melayu, terbukti bila Melayu/Islam bersatu negara akan aman.

Reply
avatar
January 18, 2020 at 11:21 AM delete

Yang paling asas....x dak akhlak Islam...rega 1 biji Merc S series = 2 biji vellfire 2.5...yg paling asas juga, negeri bukannya Ada income sangat...nak bayo gaji staff state pun tercunggap2..camner nak bandingkan dgn Selangor...Penang...vellfire...di bawah UMW...kerajaan Ada share menerusi GLCs...sebahagian pembelian masuk balik katung negara...Merc...x dak...tahu guna akal ker idak nie...malukan isle ja..

Reply
avatar
Anonymous
January 18, 2020 at 3:39 PM delete

nampaknya lebai ketot ni penyokong taksub muawiyah. lu kasi la boss hadi awang pakai sebijik, kerajaan pas kelantan pikir-pikirkanlah, kesian hadi x merasa....

Reply
avatar
Anonymous
January 18, 2020 at 6:16 PM delete

Sedikit demi sedikit Allah dedahkan sifat sebenar fake ulama

Reply
avatar
Anonymous
January 18, 2020 at 8:27 PM delete

Untuk makluman tuan2 dan puan2 sekalian...

PRK KIMANIS TELAH DIMENANGI OLEH BN DGN MENGALAHKAN WAKIL PH PARTI WARISAN DGN MAJORITI YG BESAR.

SEKIAN TERIMA KASIH.


KITA TUNGGU ALKISAH DUN DENGKIL PULAK SLPS PESTA SEKS DAN DADAH.

ADA ATAU TIDAK PRK.

TAHNIAH KPD PIHAK YG MENANG!!!!

Reply
avatar
PHancing akan mnjadi kenangan yg ABADI utk rkyar mlysia
January 18, 2020 at 8:53 PM delete

"meninggal" juga nmpaknya SAKA PHancing d KIMANIS..

hahahaha

Reply
avatar
Anonymous
January 18, 2020 at 10:47 PM delete

Merc tu bukan pasang di malaysia ker?

Reply
avatar
Anonymous
January 18, 2020 at 11:11 PM delete

Syukur sgt bila 2 buah parti besar melayu tak bermusuh spt era peeM ke4. Syukur sgt...

Klu mrk nak pakai keta buggati mcm anak mahdey pon aku tak kesah asalkan ekonomi negara tak merundum spt era peeM ke7.

Terima kasih peeM ke7 yg membayar royalti minyak yg lama ditunggu oleh raykat kelantan.
Tak salah mrk nak pakai merc krn sblm ini pon lim gone end pon pakai merc. Apa nak dibising sgt.

Lainlah KERAjaan persekutuan semburit yg sedar hutang negara dah hampir mencapai hasrat peeM ke7 iaitu 1trillion dan ekonomi di bwh jagaan mangkuk ayun pak menteri semburit makin merundum tapi ada hati nak pakai vellfire dan 2000 honda accord.
Bukan main berebut proksi dan kroni nak jadi penender dan kontrak after sale spt sebuah syarikat era peeM ke4 dulu. Repair tak repair..rosak tak rosak tetap masyuuukkkk.
Sama dgn bestarinet...laju tak laju internet.. bayaran tetap diberi dgn kadar yg tak munasabah langsung. Yg ini amat dipuji mantan menteri pendidikan dr mazslee yg amat berani tidak menyambung kontrak kroni peeM ke4.
Syukur dia tak siasat habis2an projek susu klu tidak ada menteri yg tersangkut tengkuknya. Inilah nasib menteri yg lurus bendul dlm pakatan semburit. Kacau periuk nasi proksi dan kroni akan kena pecat. Yg dungu tanpa sijil disimpan asal pandai angguk2...

Penyamun besar yg dah biasa menyamun bersama dgn proksi dan kroni yg tamak haloba akan cuba buat apa shj demi tembolok mrk.

Rasanya klu setakat keta merc utk sebuah negeri spt kelantan tak tersentuh besar sgt kroni yg untung spt pulau pinang.

Reply
avatar
Anonymous
January 18, 2020 at 11:21 PM delete

Piee apdal tu bongkak...
Masa dia jadi menteri bukan sikit peruntukan dia pegang utk sabah. Tapi tak mengaku...

Video dan audio(hihihi) tipah koyak mendedahkan skandal kewangan piee apdal dgn seorg pelakon sblm ini tak didedahkan ker???!!!!
Hihihi....

Atau tipah koyak hanya ingat najib jer dlm kepala mangkuknya....hihihi

Reply
avatar
Anonymous
January 18, 2020 at 11:41 PM delete

Elok2 dah parti bersyabu pegang kimanis hasil lompat katak si anipah aman, piee apdal sailang pulak.
Tak ker bangang!!!!!

Sblm ini kalah beratus undi...skrg dah kalah beribu2 undi....hihihi

Nampak sangat ko tamak piee apdal oiii...
Tak bersyukur dan gila nak bawa ramai pati ke sabah pulak.
Nampak sgt ko kena tolaklah...

Inilah payah bila kepala pening nak jaga ramai bini dan raykat sekaligus. Tambah lagi dgn otak menipu gila kuasa dan harta.

Reply
avatar
Anonymous
January 19, 2020 at 11:12 AM delete

Adakah Camry dan Accord lambang perjuangan Islam? Sikit2 lambang perjuangan islam. Berhujah biarlah berlambang kecerdikan.

Reply
avatar
Anonymous
January 19, 2020 at 11:23 AM delete

Pakai mechedis konon. Buang sampah ikut tingkap cermin keta. Berak kat tandas tinggal sisa najis bertaburan. Bila org belanja makan mesti order air lychee tambah buah tiga biji. Tak pakai gelang emas tebal takleh buat kerja.

Reply
avatar
January 19, 2020 at 9:51 PM delete

Lambang perjuangan Islam berjimat cermat dalam perbelanjaan duit rakyat. Kalau dah ada yang lebih jimat kenapa kena beli yang Mahal? Jangan cuba putar belit fakta. Isunya bilanter sepit mula lah berbelit-belit. Islam suruhkah kita bermewah-mewah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk.

Reply
avatar
January 19, 2020 at 9:54 PM delete

Lepas ni akan ada pulak hadis-hadis yang bakal keluar untuk menghalalkan perbuatan 'ulama' sebagai dalil. Ini yang selalu digunakan semenjak dahulu lagi.

Reply
avatar
January 20, 2020 at 11:33 AM delete

CAKAP JERLA GAJAH RIMAU. ORANG KELANTAN TETAP AKAN UNDI PAS. KALAU ORANG LAIN JER SALAH.

bankami.blogspot.com

Reply
avatar
January 20, 2020 at 11:34 AM delete

Apa gaduh gaduh ni? Sapa ckp kltn miskin? Tgk brg brg kemas makcik2 sana, kalahkn sport rim keta merc. Negeri lain hado??
Kalu kltn kuar dr mesia, kita org LG maju Dr Singapore laa.. Semua rakyat kltn yg kerja negeri lain akn blk keja kltn, tk yah nk merantau cari rezeki.
Masallah sampah, air bersih x tmbul LG dah.
(#🙄🙄)

Reply
avatar
February 3, 2020 at 6:30 PM delete

lobbai suk punye pragai mmg la mcm tu .. akhlak lbih busuk dr kapir harbi lg ... klau org lain yg buat mesti haram berjadah tp .. bile die yg buat trus jd halalan toiyibab. sifat bermegah2 n bermewah2 dgn duit rakyat bknlah dr ajaran Muhammad s.a.w tp drpd ajaran aYoh pin !.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive