Tidak Perlu Perdamaian, Saya Jumpa Semua Pemimpin - Anwar


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada keperluan untuk beliau berdamai dengan pemimpin yang dikaitkan dalam konflik dalaman parti khususnya dengan timbalan beliau, Datuk Seri Azmin Ali.

Menurut beliau, sebagai satu parti, beliau percaya semua pemimpin matang dan berpengalaman dalam memperkuatkan parti yang terbesar mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

"Bagi saya memang damai, saya lihat kongres setakat ini lebih 75 peratus akan hadir, dua pertiga bukan sahaja memenuhi korum tapi melebih.

"Perbincangan saya terbuka, saya jumpa Ahli Parlimen, ketua negeri dan tidak kira kumpulan mana tapi tidak ada perbincangan khusus agenda untuk berdamai kerana parti ini satu.

"Saya percaya mesyuarat akan diadakan dengan baik, Datuk Seri Azmin akan rasmikan wanita, wanita akan berikan penghormatan sesuai, Datuk Seri Wan Azizah rasmikan pemuda, kita minta kongres ini akan menyaksikan satu penyertaan cukup setakat ini kelihatan hampir 80 peratus perwakilan hadir petanda baik," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen pada Isnin.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian sebagai mengulas isu yang dikaitkan dengan parti tu menjelang Kongres Nasional PKR yang akan berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) pada 5 Disember ini.

Beliau berkata, tumpuan ketika ini adalah untuk mengukuhkan parti yang diasaskan sejak 1999 itu meskipun usaha itu terjejas dengan beberapa kemelut yang melanda PKR lapor Astro Awani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Anonymous
December 3, 2019 at 8:39 PM delete

Sesama sendiri dah bertekak..!! PKR Sabah dah tentu sabotaj sesama sendiri dan sesama rakan PH...

Insyallah majority 5K di Kemanis untuk BN.... ayuh klu kena isu semasa BN bole menang majority spt di Tg Piai...

Tg Piai aku target majority 10K rupe rupenya 15K di Kimanis majority BN insyallah lebih 5K.... majority Cina yg swing pada BN, Melayu dah mula berubah dan faktor sabotaj sesama kawan dalam PH .... tungguuuu..!!

Isu MP makan gaji buta dan klaim elaun sebagai MP tak tahan sejuk, keletihan pembangkang suka buat kecoh dah cukup untuk menang majority lebih dari 5K...

Blom lagi skandal rasuah Menteri Pertanian 1.4 billion... awwwwuuuww bole kau tim majority 5K

Reply
avatar
Anonymous
December 4, 2019 at 8:56 AM delete

Makin Parah...

Satu majlis makan malam meraikan para penyokong yang memihak kepada Azmin juga akan turut diadakan pada 7 Disember, jam 8.00 malam di Saloma Bistro yang terletak berhadapan hotel Renaissance, tempat berlangsungnya kongres PKR di Melaka.

Beberapa orang ahli PKR, termasuk juga ahli parti komponen PH telah mula menerima jemputan melalui aplikasi Whatsapp untuk menghadiri majlis makan malam tersebut.
Difahamkan, mereka yang bertanggungjawab menyelaras jamuan makan malam di Saloma itu ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua dengan dibantu aktivis jalanan yang tidak asing lagi, Hishammuddin Rais.

Kedua-dua mereka dikatakan diberi tanggungjawab untuk memastikan majlis jamuan itu berjaya dan untuk memberi gambaran Azmin mempunyai sokongan yang lebih besar berbanding Anwar Ibrahim.

Reply
avatar
Anonymous
December 4, 2019 at 12:48 PM delete

"JANGAN UJI KESABARAN SAYE" MENJERIT BEEBENO BONYINYA
KIKIKI..MUNGKIN TALAK JATUH UTK MADU JANTAN NYA
HAAH WAYANG SEMBURIT SUDAH SMPI KEMUNCAKNYA
POP CORN TAMBAH TEPUK PADU SAPA YG MELINGKUP NNTI YERR..!!



FORMULATAHANUJIAN = BMF + POP CORN TAMBAH + TEPUK PADU


KIKIKIKI...!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive