Selepas Ucapan Berapi-api, Azmin Sedia Bincang Dengan Anwar


Selepas menyampaikan ucapan berapi-api kepada penyokongnya malam ini, timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, beliau bersedia berbincang dengan presiden parti, Anwar Ibrahim, bagi menyelesaikan krisis yang berlaku antara mereka.

Beliau menyatakan kesediaan tersebut selepas menyampaikan amanat lebih 40 minit kepada penyokong pada majlis makan malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di sebuah hotel di sini. 

Beliau juga meminta pimpinan parti agar terus maju ke depan bagi menyatupadukan semula PKR.

“Saya bersedia (jika diajak berbincang oleh Anwar). Saya ajak semua pimpinan dapat sama-sama dalam usaha satu padukan parti.

“Saya seru semua pemimpin dan ahli untuk ke depan menyatukan parti. Sekiranya ada usaha, saya bersedia untuk bersama-sama (pemimpin lain).

“Pengalaman yang kita lalui selama setahun ini amat pahit untuk kita semua,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan majlis.

Beliau turut menafikan menyerang mana-mana pemimpin, termasuk Anwar ketika berucap di hadapan penyokongnya hari ini.

“Saya tidak menyerang mana-mana peribadi, malahan saya jelaskan kepada ahli apabila presiden berdepan pelbagai bentuk ujian, saya sebagai timbalan keluarkan kenyataan dengan tuntas dan segera mempertahankan presiden.

“Ini bukan saya buat-buat, sudah saya lakukan. Setelah 20 tahun, saya tetap pertahankan presiden dan saya setia,” katanya, sekali gus menyelar kisah Si Kitol yang disebut oleh Anwar ketika menyampaikan ucapan dasar pada kongres nasional parti itu semalam.

Tegasnya, beliau tidak mahu Anwar dipengaruhi mana-mana individu yang tidak memahami soal reformasi.

Beliau yang juga menteri hal ehwal ekonomi turut memaklumkan bahawa tidak timbul soal penubuhan parti baru meskipun krisis serius sedang melanda parti itu.

Ketika berucap, Azmin menempelak pihak yang menuduh dirinya sebagai pengkhianat parti sambil mengingatkan bahawa beliau berjuang mempertahankan parti sejak 20 tahun lalu hingga pernah dipenjarakan kerana parti.

“Pada 7 Disember 2019 saya digelar pengkhianat. Setelah 20 tahun berjuang tiba-tiba digelar pengkhianat parti. Cis bedebah! Kamu belum kenal Azmin Ali. Ya aku tenang, tapi tenang tenang aku….

“Sebelum Anwar (Ibrahim) masuk penjara, aku masuk dulu. Ditelanjangkan, dibogel, dipijak, dihina kerana apa? Kerana perjuangkan PKR yang kita bina ini,” katanya.

Beliau menyentuh soal kisah Si Kitol yang disebut Anwar dalam ucapan dasar yang disifatkan menjejaskan perpaduan PKR.

“Ucapan saya merasmikan sayap, saya tak sentuh mana-mana peribadi pun. Saya tak sebut Si Kitol, ketul atau bendul! Kalau nak baca sejarah ada 1,001 sejarah yang lain.

Dalam pada itu naib presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang turut berucap pada majlis sama membuat serangan terbuka terhadap Anwar sambil menyatakan kesediaannya dipecat daripada parti demi membawa parti ke landasan yang betul.

“Tak apalah kalau kami dipecat untuk kita baiki (parti) saya dan Azmin (Ali) dah bersedia. Kami rela dikorbankan demi PKR kerana kita nak parti ke landasan yang betul.

“Jadi kalau presiden rasakan PKR sangat gah, sangat hebat walaupun ada 50 ahli Parlimen tapi pengurusannya caca marba, siapa yang nak disalahkan?

“Saya tahu ucapan ini dirakam, saya nak presiden dengar supaya beliau berfikir dan mendapatkan kewarasan dan kebijaksanaan beliau balik untuk bawa parti ke landasan yang betul,” katanya yang disambut tepukan gemuruh penyokong.

Dalam ucapan sama, Zuraida mendakwa telah bertemu dengan Anwar sebelum ini dan meluahkan kekesalan dengan tindakan presiden PKR itu yang dianggap menipunya setelah melantik pengerusi PKR negeri tanpa membincangkannya dalam mesyuarat.

Azmin juga berkata, tidak timbul soal penubuhan parti baru kerana PKR adalah parti yang dibina bersama-sama sejak sekian lama.

“Parti ini kita bina bersama. Rakyat telah bina parti ini selama 20 tahun dan kita akan kekal dalam parti ini, cuma apabila ada masalah kita harus bincang dan cari penyelesaian.

“Saya ajak semua ahli parti segera ketepikan masalah lalu dan sama-sama maju ke depan sebagai sebuah parti yang kuat di bawah kepimpinan presiden sekarang,” katanya.

Beberapa pimpinan parti itu turut kelihatan hadir, termasuk naib presiden PKR Tian Chua; timbalan ketua Wanita, Daroyah Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Amirudin Shaari, Sivarasah Rasiah, Mohd Rashid Hasnon.

Turut hadir ialah beberapa pimpinan lain, termasuk Afif Bahardin, Juwairya Zulkifli, Badrul Hisham Shaharin dan Khairuddin Abu Hassan.

Terdahulu hari ini, Anwar berkata, gesaan perwakilan supaya parti itu memecat Azmin serta pemimpin dan perwakilan yang bertindak meninggalkan kongres parti itu semalam tidak timbul sama sekali.

Beliau berkata, gesaan itu hanya ditimbulkan oleh perwakilan, tetapi tidak ada pimpinan parti yang memberi respons menyetujuinya.

“Saya tidak ada masalah untuk berbincang, tetapi masalah yang ditimbulkan itu adalah sentimen yang mahukan parti bersatu dan tidak bertolak ansur terhadap mereka yang dianggap menyimpang daripada disiplin,” katanya pada sidang media selepas selesai slot penggulungan pada Kongres Nasional parti itu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka hari ini.

Semalam Azmin dan sekutunya meninggalkan kongres berkenaan kerana mendakwa Anwar gagal mematuhi janji yang dibuat sebelum itu bagi memastikan perwakilan hanya berucap berkait isu dasar serta usaha mengukuhkan parti, selain tidak menyindir atau menyerang mana-mana pihak lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

11 comments

comments
Anonymous
December 9, 2019 at 2:55 PM delete

DEYY TAMBEY PODAHCITT APA LAGI MAU GADOH NIH.!?
SUDA PELUK DLM KONGLESS ARI NI KEPOH JERIT2
TARAK BACA PUNYA UORANG MAU TIDO PUN TAK BOLEH
POP CORN SUDAH ABIS INI MACAM TAMBAH BALIK


KIKIKIKIKI..

FORMULATAKMAUGADOH = BMF + POP CORN TAMBAH + TEPUK KASI JADIK

Reply
avatar
Anonymous
December 9, 2019 at 3:52 PM delete

Bukan calang2 lawyer yang mengiringi budak Yusoff ni? Ini lawyer orang2 kaya dan ternama? Bukan lawyer talibarut DAP atau lawyer simbol FCUK yang tak berguna tu? Benarkah?

Kalau orang biashe2 meme la tak mampu?

Reply
avatar
semburit vs pliwat
December 9, 2019 at 6:32 PM delete

Adoiii

Seorg SEMBURIT

Seorg PLIWAT

Meletup KES sama2..ke dlm jgak madey HUMBAN dua2 ni

Reply
avatar
Anonymous
December 10, 2019 at 12:02 AM delete

Tamak punya pasal...

Dulu koranglah giler babi nak jatuhkan mahdey tapi skrg korang berusaha menjatuhkan antara satu dgn yg lain.
Bangang!!!


Klu dah tak kenal laki dan perempuan mmg tak layak langsung jadi pemimpin. Yg mempertahankan korang skrg adalah macai2 yg mgharapkan imbuhan jika korang berjaya berkuasa penuh klak. Mrk tak peduli pon rasa malu dgn video semburit dan chinadoll demi imbuhan yg bakal mrk kecapi.
Reformasi dan reformis asal utk raykat dah mati...tggl puak semburit yg gila kuasa mll parti dan pemimpin parti.
Udah2 ler bangang oiii....

Jaga kemaluan korang elok2 sebelum jaga raykat. Klu dosa besar mcm tu tak mampu dielak bgamana korang mampu diberi amanah besar menjaga raykat.

Seorg berhati tisu...pondan semburit
Seorg lagi semberono...cepat melatah

Yg macai2 masih simpan dan sembah golongan lgbt mcm tu...tak ada pemimpin lain yg layak ker???!!!

Reply
avatar
Anonymous
December 10, 2019 at 6:00 AM delete

ORANG BANGANG KHAS DICIPTA UTK DI BANGANGKAN NYA
DAH TAU KEPALA PEEOMPAK MENIPU DEPA IKUT JUGA
PADAN DAH TU AJOMM ACARA GULING DIJALANRAYA PULA
KAMI TUMPANG TEPUK PIP CORN TAMBAH KASI TAMBAH YER...



KIKIKIKI...


FORMULATAKNAKGULINGLAGI = BMF + POP CORN TAMBAH + TEPUK DiTEPI JLNRAYA

Reply
avatar
Anonymous
December 10, 2019 at 9:57 AM delete

Sama sama semburit pun gaduh. Buat apa gaduh gaduh. Elok taubat nasuha. Lagi pun yg tinggal dalam pkr, semua yg brutal jer. Yg faham agama dah cabut lari. Takkan nak berketuakan orang yg langgar hukum seks halal. Mereka pun bukan ulamak cuma pidato islamnya berapi tapi zero zuk. Kat orang liberal bolehlah kelentong macam tong tapi isi kosong markah.

Reply
avatar
Anonymous
December 10, 2019 at 10:16 AM delete

PH patut sedar serta merta. Musuh utama mrk ialah atok, Tun M. Dialah punca kekecohan pkr. Jgn berlembut dgn atok lg. Dia mesti diSINGKIR SERTA MERTA. InsyaAllah masalah PH akan berkurangan. Atok pakar baling batu sembunyi tangan. Takkan majlis presiden PH tak berani nak berdepan dgn atok. Malu la....

Reply
avatar
Anonymous
December 10, 2019 at 10:38 AM delete

9.57

betul tu pidato bab islam bab kemiskinan paling win.. tapi isi kosong pung pang..!! pung pang..! bonyinya macam tin kosong...


tak ada isi pun... malu la lawan tetap lawan konon... sampai la ni tak lawan atok renta... dah tuekkk...!! malu la tak melawan...

Reply
avatar
December 17, 2019 at 12:24 PM delete

Eeii. Siapa ckp bab kemiskinan paling win? Cuba tgk rumah dorang kt kampung2 tu,byk yg mengalahkn rumah org2 kaya kt Kl.
Cuba tnya pemilik2 rumah tu dorang keja apa, siapa byr gaji dorang.
Tak kn kerajaan Pusat yg byr kot.. Mesti la kerajaan negeri sb negeri dorang kn kaya.
Lgpun mana ada rakyat dorang yg berhijrah kenegeri lain sb negeri dorang bersepah dgn kerja berteknologi tinggi.

Reply
avatar
December 25, 2019 at 6:49 AM delete

Nama: __ Hendi Zikri Didi
Kota: _______________ Malaka
pekerjaan: _ Pemilik bisnis
Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

Aplikasi / Pusat Kontak
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516

Reply
avatar
December 29, 2019 at 9:26 AM delete

Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya 1 allah suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive