PRK Lagi.. Kali Ini Di Kimanis Pula..


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan bekas menteri luar, Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu tidak sah dan terbatal.

Panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata, tiada kekhilafan dalam penemuan fakta kes itu oleh hakim pilihan raya.

“Ada beberapa percanggahan dalam tindakan dan ketidakpatuhan terhadap undang-undang pilihan raya secara meluas,” katanya dalam keputusan sebulat suara.

Ini katanya, menjejaskan keputusan pilihan raya.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno itu meraih 11,942 undi menewaskan pencabar terdekat daripada Warisan, Karim Bujang yang mendapat 11,786 undi, dengan majoriti tipis 156 undi.

Panel hakim turut mengarahkan Anifah membayar kos RM70,000 kepada responden, Karim.

Turut menganggotai panel itu ialah Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, David Wong Dak Wah serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Rohana Yusuf dan Nallini Pathmananathan.

Anifah yang diwakili Ansari Abdullah, hadir ketika prosiding awal, tetapi beliau meninggalkan kamar sebelum keputusan diumumkan.

Karim yang diwakili Frederick Chang dan Wilson Lai, tidak hadir di mahkamah.

Ansari berkata, beliau diarahkan anak guamnya untuk memohon kelayakan Tengku Maimun, Wong dan Nallini dibatalkan atas alasan mereka sebahagian daripada panel terdahulu yang membenarkan rayuan Karim atas merit untuk petisyen pilihan rayanya.

Bagaimanapun, permohonan itu ditolak sebulat suara.

Kes itu mempunyai sejarah panjang dengan hakim pertama Supang Lian menolak permohonan Karim pada 20 Nov tahun lalu atas alasan beliau gagal mematuhi Peraturan Petisyen Pilihan Raya berhubung beberapa isu.

Ia termasuk gagal menyatakan tarikh pengundian awal dan sebenar dalam petisyennya.

Bagaimanapun, pada 18 Feb lalu, panel 5 hakim yang diketuai Wong memerintahkan petisyen Karim dibawa semula ke Mahkamah Pilihan Raya untuk perbicaraan kerana ada isu bertikaian dibangkitkan.

Pada 16 Ogos lalu, hakim pilihan raya baru, Lee Heng Chung mengisytiharkan kerusi Parlimen Kimanis kosong kerana 284 undi tambahan tidak dilakukan dengan betul di sebuah pusat mengundi dan 57 undi tambahan didapati ditambah secara tidak betul di sebuah lagi pusat mengundi.

Lee mendapati undi tambahan itu ialah faktor yang menjejaskan keputusan di Kimanis dan Suruhanjaya Pilihan Raya melanggar Seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihan Raya, oleh itu pilihan raya kecil perlu diadakan di kerusi berkenaan lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
December 2, 2019 at 9:07 PM delete

Tak habis habis pilihanraya..

Apa punya bangang.. kerja tak buat.. minyak naik.. gaji menteri naik..

Kalau iklas potong 50% gaji menteri.. dan bayar tol, minyak pakig dll..

jika perlu todur tepi jalan, makan nasi bongkus, angkat sampah dan
Boleh sms direct jika sampah bertaburan tak dikutip majlis..

Ingatla sikit nostaljia sebelum menang PH tu dulu...

Jgn asyik nak senang shj..

Reply
avatar
Anonymous
December 2, 2019 at 10:16 PM delete

Tg Piai aku target majority 10K rupe rupenya 15K di Kimanis majority BN insyallah lebih 5K.... majority Cina yg swing pada BN, Melayu dah mula berubah dan faktor sabotaj sesama kawan dalam PH .... tungguuuu..!!

#bmf

Reply
avatar
Anonymous
December 3, 2019 at 7:46 AM delete

Inilah masanya untuk Kerajaan PH membalas kekalahan di Tanjung P.I.
Sebab kebarangkalian di Kimanis PH akan MENANG BESAR, puak-puak bN yang wil Be END dah takut dan goyang!

Reply
avatar
Anonymous
December 3, 2019 at 8:38 AM delete

KiKikiki..

7.46 saudagar mimpi.. kikikiki.. best lagu M.Nasir Saudagar Mimpi...



kikikiki..


#BMFjanganlupawahaisaudagarmimpi

Reply
avatar
Anonymous
December 3, 2019 at 9:23 AM delete

Mana2 melayu tak sokong bmf adalah pengkhianat.

Reply
avatar
PH mnggal plak d KIMANIS
December 3, 2019 at 3:19 PM delete

Raseny ad KES SEMBURIT lgi kt sabah niii

Mase bideo dolu ada x TATTOO kt "bontot " plakon 2 semburit?

sila beri pncerahan

Reply
avatar
December 3, 2019 at 7:24 PM delete

Xda can bn umno menang d sabah. Kerusi itu milik WARISAN. Rakyat sabah tolak umno bn. Org semenanjung jgn jadi bodoh. Sabah tiada majoriti melayu. Umno akan kalah. HIDUP WARISAN...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive