Ekspo Tatoo: Kementerian Pelancongan Tak Pernah Luluskan


KEMENTERIAN Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) tidak pernah meluluskan sebarang perayaan separuh bogel yang dianjurkan Ekspo Tattoo Malaysia 2019, kata Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Beliau berkata, adalah mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu.

“Itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.

“Kementerian akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur ekspo itu susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.

“Saya sudah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Semalam tular gambar-gambar lelaki dan wanita bertatoo separuh bogel yang menyertai ekspo bertaraf antarabangsa itu.

Ekspo itu turut mendapat sokongan MOTAC seperti yang tertera di layar belakang pentas.

Ekspo berkenaan berlangsung pada 29 November sehingga semalam.

Penganjuran ekspo terbabit berjaya menghimpunkan peserta dari 35 negara berbanding penganjuran pada tahun 2015, 2016 dan 2017 yang diadakan di Sabah sebelum ini.

MyCeB dalam kenyataan awal menyebut, sebarang kelulusan untuk acara diadakan di mana-mana negeri perlu mendapatkan kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan.

Mohamaddin berkata, pihaknya sedang menanti laporan penuh siasatan dari MyCeB dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan lapor Harian Metro

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Anonymous
December 2, 2019 at 3:48 PM delete

Benda dah berlaku dah...bangang!!!
Jata dan logo kementerian ko kukuh melekat terpampang di belakang peserta bogel bertatu tu!!!

Bila ketua paling atas lembab dan uzur...anak2 buah di bawah lembik.
Nak harap apa???!

Dah lah ketua ko kata tak ada lagi bantuan mcm dulu utk org miskin. Ketua ko tu tak sedar yg org2 miskin inilah yg buat dia jadi peeM ke7.

Raykat tak kesah sgt pon dgn bantuan2 tu tapi biar adil. Jangan ko bantu daddykasi anak2..proksi dan kroni ko bagai tapi raykat ko suruh ikat perut!!!
Ko jual harta negara yg payah org dulu jayakan dan entah puaka mana yg membelinya...anak, proksi atau kroni????!!

Klu tak mampu nak tadbir negara dan asyik dgn stigma menyalahkan org lain...baik ko turun jer!!!
Raykat cuma nak ko dan puak2 bangsat ko yg naik krn undi raykat mengharap ko tunaikan janji!!

Takyah berdalih dan menyalahkan org lain....MANGKUK!!!!
Klu ko ambik berat hal raykat...aman dunia!!
Ini ko gila nak meneruskan legasi penyamun rasuah dan salahguna kuasa mcm dulu2 juga.
Yg sama dgn ko pun bodoh dan mangkuk!!!!

Reply
avatar
Anonymous
December 2, 2019 at 8:29 PM delete

Biasa la broo... orang sllu buat kerja bodoh dulu takkan nak ngaku buat kerja bangang sekarang ni...


kikikiki...

Reply
avatar
December 25, 2019 at 6:53 AM delete

Nama: __ Hendi Zikri Didi
Kota: _______________ Malacca
pekerjaan: _ Pemilik bisnis
Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

Aplikasi / Pusat Kontak
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive