UMNO Tak Tanding PRK Tg Piai Kerana Takut Kalah?


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno tidak meletakkan calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai kerana takut kalah.

“Umno takut sebab saya tahu kalau dia letak, akan kalah. Kita yakin kita boleh menang walaupun dia letak sesiapa. Kalau letak Umno lebih baik, tapi dia letak MCA (sebagai wakil BN),” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bin Chong, di sini sempena lawatan kerja sehari ke Johor hari ini.

Pengerusi PPBM itu mengulas tindakan BN memilih calon MCA, iaitu bekas penyandang kerusi itu selama dua penggal, Wee Jeck Seng, 55, bukannya calon Umno seperti yang disebut-sebut sebelum ini.

Wee pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal pada 2008 hingga 2018. Beliau sekali lagi bertanding bagi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lepas, namun tewas kepada calon PH, Md Farid Md Rafiq.

Isnin lalu, Ketua PPBM Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, diumumkan sebagai calon PH untuk PRK tersebut.

Berasal dari Pontian, Karmaine merupakan anak seorang tokoh agama tempatan dan pernah menjadi imam Masjid Al-Muttaqin di Johor Bahru serta pengerusi Biro Agama PPBM Johor.

Pada PRU14, Karmaine bertanding di Parlimen Pontian tetapi tewas kepada calon BN, Ahmad Maslan dengan hanya majoriti 833 undi.

Terdahulu dalam ucapannya, Mahathir sempat menyentuh mengenai Karmaine yang diyakini akan memberi kemenangan dan mengekalkan kerusi tersebut buat PH.

“Saya percaya, calon ini boleh menunaikan janji-janjinya. Beliau dikenali di kawasan ini dan akan mendapat sokongan daripada kerajaan (untuk menunaikan janji). Saya berasa gembira berada di sini. Kita akan berusaha untuk memastikan beliau akan berjaya. Itulah harapan kita,” katanya disambut tepukan gemuruh.

Mahathir turut berpesan hanya calon daripada kerajaan sahaja yang mampu menunaikan janji, berbanding daripada kem pembangkang yang hanya pandai menabur janji serta tidak boleh melaksanakannya.

Tegasnya, PRK ini bukan medan menukar kerajaan dan kerana itu janji-janji pembangkang tidak boleh ditunaikan, berikutan tiada mandat dan kuasa berbanding calon kerajaan.

“Siapa menang, kalah, kerajaan tetap sama iaitu PH. Kenapa saya cakap tiada perubahan? Kerana pembangkang hanya akan berjanji (ketika PRK) tetapi apabila menang, mereka tidak boleh menunaikan janji kerana mereka bukan kerajaan.

“Tetapi jika PH menang, kita boleh tunaikan janji. Niat kita untuk bantu dan kayakan rakyat khasnya di kawasan luar bandar. Ada perbezaan dari segi kampung, negeri, bangsa dan kaum…kekayaan ini berbeza-beza dan boleh timbul perasaan marah dengki. Tetapi jika kita boleh kurangkan jarak pendapatan, soal kelainan dan perbezaan ini tidak akan menjadi masalah besar antara satu sama lain,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Nov sebagai hari penamaan calon dan 16 Nov sebagai hari mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen itu.

PRK itu diadakan selepas Farid, 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lalu. Pada PRU14, Farid memenangi kerusi Parlimen itu dengan memperoleh 21,255 undi menewaskan Wee (20,731 undi) dan calon PAS Nordin Othman (2,962 undi) lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Anonymous
November 1, 2019 at 7:51 PM delete

Dr. Mahathir Kuciwa Lagi, Kenali Musuh Dikalangan Kita Sindri

Pencalonan Jeck Seng calon Parti MCA, bukti Muafakat Nasional tidak rasis. Orang Melayu bukanlah bersikap rasis. Kadang-kadang bila terluka tentulah bertindak balas.

Dng segala kepincangan dan janji dicapati PH hari ini, kita tunggu dan lihat "ragam" pengundi Cina samada mengundi BN atau tidak.!?

KAH KAH KAH AKHIRNYA CALON MCA DI TG PIAI
OTAK PENIPU AUTA ATOK PULAK YANG BERKECAI
TIPU MUSLIHAT ATOK MUDAH DIBACA LA BHAI.!
PUTARR LAGI MACAI CUBA LAGI ATOK RENTA BINGAI

KIKIKIKI...

BAHANA KEPALA PEROMPAK KAWAN KEPALA PENIPU
AKHLAK PERANGAI HODOH PADAN SANGAT DAH TU
CALON TG PIAI GORENG ATOK DAH TIDAK LAKU
KIKIKI SUMA AUTA SI RENTA PENIPU RAKYAT DAH TAU

KIKIKI..

Dr. Mahathir berharap supaya Barisan Nasional meletakkan calon dari UMNO dalam PRK Tg. Piai...berkecai akhirnya. Sebenarnya muslihatnya cukup busuk di sebalik provokasi beliau tersebut...BN ada 3 sahaja kompenan yang tinggal...

Sekiranya BN termakan otak auta keling paria Dr. Mahathir letakkan calon UMNO di PRK Tg. Piai, dikhuatiri MCA dan MIC akan keluar dari Barisan Nasional...

Syarat Pendaftar Pertubuhan Barisan Nasional, sekurang2nya ada 3 komponen parti dlm BN. Ini telah melanggar syarat Pendaftar Pertubuhan BN, maka akan terbubarlah Barisan Nasional secara otomatik...

Implikasinya semua Ahli Parlimen BN yang menang bertukar menjadi ahli parti bebas...

Alahai lagi nak sakaratmaut sesgt, lagi kuat otak kling auta paria penipunya.. puii..!!

Formula Turun Harga = BMF

Reply
avatar
muafakat nasional
November 1, 2019 at 8:37 PM delete

Mmg "meninggal" phancing d tg piai.

Sila meninggal..

Reply
avatar
November 1, 2019 at 10:25 PM delete

Wah wah.marah betul dkt atok...bn 60 tahun merintah tumpas ditangan atok..itu pasal byk org bn meracau..org lemas katakan....taik pun dia gapai.kohkohkoh

Reply
avatar
Anonymous
November 2, 2019 at 10:23 AM delete

Well said bro... Malah taik babi pun dia org sanggup gapai.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive