Najib Diperintah Bela Diri Dalam Kes SRC


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).



Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes ‘prima facie’ bagi kes berkenaan.

Najib, 66, berdepan masing-masing tiga dakwaan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Menurut Mohd Nazlan, Najib mempunyai kepentingan dalam SRC dan mempunyai kawalan keseluruhan menyebabkan RM42 juta didepositikan ke dalam akaunnya bagi kepuasan beliau.

“Ia adalah bagi tertuduh (Datuk Seri Najib Razak) untuk menangkis bukti dan saya mendapati bahawa elemen menggunakan kedudukan berjaya dibuktikan oleh pendakwaan. Sehubungan itu ‘prima facie’ berjaya dibuktikan,” katanya.

Beliau berkata, mahkamah mendapati pindahan wang daripada akaun SRC ke dalam akaun bekas Presiden UMNO itu telah menyebabkan SRC mengalami kerugian.

“Walaupun mengetahui terdapat wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya, tertuduh (Najib) tidak mengarahkan supaya laporan polis dibuat.

“Mahkamah mendapati tertuduh tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menentukan wang yang masuk ke dalam akaunnya adalah daripada aktiviti pengubahan wang haram,” katanya.

Terdahulu pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahan pada 27 Ogos lalu selepas Najib mula dibicarakan 3 April.

Seramai 57 saksi dipanggil memberi kenyataan sepanjang 58 hari perbicaraan, termasuk bekas Pengurus Perhubungan Awam AmBank Bhd, Joanna Yu, serta bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Semasa perbicaraan, pasukan pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes, termasuk dokumen bank yang mempunyai kaitan dengan akaun bank Najib, transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan Blackberry berhubung transaksi oleh Najib.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 10 hari iaitu 3, 4, 9 hingga 12 dan 16 hingga 19 Disember ini untuk Najib dibicarakan.

Sementara itu, Najib memilih untuk membela diri terhadap semua tujuh yang dihadapinya itu menerusi keterangan bersumpah di kandang tertuduh.

Dengan memilih demikian, beliau boleh disoal balas oleh pasukan pendakwaan.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas, manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.

Pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, Najib yang memakai sut hitam tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, jam 8.45 pagi, beliau disambut kira-kira 100 penyokongnya lapor Berita Harian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

24 comments

comments
Anonymous
November 11, 2019 at 3:11 PM delete

Bnyk saksi akan kena panggil lepas nie...
Semoga bossku tabah menghadapi mahkamah pakatan semburit...

Reply
avatar
Anonymous
November 11, 2019 at 3:42 PM delete

panggil zeti aziz dll...

Reply
avatar
Anonymous
November 11, 2019 at 4:37 PM delete

Boss ku jd sg buloh ku. Kikikk

Reply
avatar
hakiiim semburit
November 11, 2019 at 6:52 PM delete

betul...bos pgang duit kluo masuk...ZETI..

gabenor bnk ngara yg "buat2 bodoh"

Reply
avatar
November 11, 2019 at 9:04 PM delete

42j. Banyak sangattt tu. 1mdb x selesai lg. Kena pulak src. Bw mahkamah. Kalo mmg salah tetap salah. Kalo dia x salah tetap x salah.

Reply
avatar
November 11, 2019 at 9:39 PM delete

zeti ka yg belasah 42 juta tu.

Reply
avatar
Anonymous
November 11, 2019 at 10:50 PM delete

Mana Jho Low Zeti Akhtar NikFaisal ..!? but this brave man still awesomely bravehart...apapun… DSN diberi 3 pilihan:

"Kezaliman Mahathir tidak akan berhenti hingga nyawanya dicabut malaikat maut.

"Rakyat bukan nak dengar keputusan. Keputusan kita sudah lama tahu.

"Saksi-saksi juga mengatakan bahawa yang terlibat sebenarnya memasukkan duit ke akaun Najib ini ialah Nik Faisal Ariff Kamil dan kita dapati bahawa sehingga ke hari ini Jho Low dan Nik Faisal termasuklah Zeti Akhtar Aziz yang meluluskan supaya duit ini dibenarkan masuk melalui empat surat daripada luar negara, semua ini tidak dipanggil menjadi saksi.

1) Memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pendakwaraya.

2) Memberi keterangan dengan tidak bersumpah di kandang tertuduh dan tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya.

3) Berdiam diri.

DSN memilih pilihan no 1 iaitu pilihan paling power dan anak jantan!

Boleh sapina sesiapa saja untuk datang ke mahkamah termasuk 'Zeti Lahanat, Nik Faisal, Jho Low Guan Eng' dan sebagainya.

Terbuka untuk soal balas oleh pendakwaraya.

DSN sendiri kata tak sabar nak bela diri dan membentangkan cerita di pihak beliau.
Berani kerana benar! JUSTIC WILL PREVAILED

Bukan macam Bang Non. Bang Non dulu ambik pilihan no 2. Serupa auw auw.
Takut kena bogel dengan pendakwaraya. ��

AAWWUU BANG NON DOLU TAK BERSUARA
BICARA PUN TERTUTUP LAGI SEADANYA
AKHIR NYA 4 INCI TERBONGKAR JUGA
AIR MANI TERBANG BANG NON DIAM JER

ALAHAI...

Apapun, DSN masih tidak bersalah sehingga disabitkan. Memang bertahun-tahun le kes ni berjalan. ��

Kalau ada sesiapa di sini mengharapkan kes Najib ini digugurkan walaupun kita tengok perjalanan kes memang jelas bahawa setiap apa yang dicakap oleh saksi pendakwaan mengatakan bahawa Jho Low arahkan itu, arahkan ini.

Ajommm ke Tg Piai walaupun dah tahu PH kalah teruk.. yg jadi tumpuan Perak yeopp..!

KU SANGKA KAN TANJUNG PIAI PANAS MENCANAK
PANAS LAGI RUPENYE YEOP OOII DI NEGERI PERAK.!
TG PIAI BN GERENTI MENANG MOH KITE KE PERAK PULAK
MOH MENGKOMER YEOP&YONG WAYANG SEMBURIT TGGU MASE KOYAK RABAK

KIKIKIKI..

MB PERAK BUKA GELANGGANG BERGOMOI
PERANG SAUDARA TAK DAPAT NAK DIELAK
HAAH TEPUK BIO PADU PADAT YEOP OOI.!
SAPA MELINGKUP DOLU KITA PAKAT GELAK

Mahathir akan menjadi perdana menteri pertama yang kematiannya akan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

The quest is Where Is Jho Low.. without him the justic is nonsense..!!

#BMFOKEYY..!!

Reply
avatar
Anonymous
November 11, 2019 at 11:33 PM delete

Bertabahlah, hormati keputusan mahkamah, kalau dulu duit tu masuk dan buat repot polis, dah selamat satu part!

Reply
avatar
Anonymous
November 12, 2019 at 12:42 PM delete

Kau ke hakim? Kalau bukan, sila senyap. Jgn menunjuk pandai mcm beruk sarkis.

Reply
avatar
Anonymous
November 12, 2019 at 12:43 PM delete

Jgn kata nak buat laporan polis, malah siapa sebut pasal tu pun boleh hilang kerja.

Reply
avatar
Anonymous
November 12, 2019 at 4:45 PM delete

Mudah mudahan Penjara Sg.Buloh dapat penghuni baru...aamiin.!

Reply
avatar
ikut turn
November 12, 2019 at 6:06 PM delete

Pnghuni rmai bratur tuuu

Tunggu turn

Pnggnas ltte
Perogol
Penyemburit
Pnjudi forex
Bglo cheap sale 50%

Reply
avatar
anonymous
November 12, 2019 at 6:09 PM delete

Hahahaha

Sehinggalah MALAIKAT MAUT mncabut nyawa

Rase2 next week

Kihkihkihkih

Reply
avatar
Anonymous
November 12, 2019 at 9:55 PM delete

Kenapa jho lo lari menyorok?
Knp paul stadlen (pr assistant najib) menyorok di israel?
Knp nik faisal menyorok entah di mana?
Knp jasmine loo berada di mana?
Dll lagi......
Mereka semua bersalah berkaitan 1mdb. Cuma orang yg sedar diri bersalah melarikan diri.

Knp najib tak lari? Bukan sebab dia tak bersalah. Tapi najib terlalu confident dia akan kekal jd PM selepas pru14. Siapa berani sentuh dia semasa dia PM. Tapi Allah mempunyai rancangan lain, masyaAllah. Cuma sebahagian melayu yg mengaku islam tapi tak mampu berfikir atau ada kepentingan2 tersendiri yg masih puja sipenyamun bugis. Moga segera sedar dan bertaubat

Reply
avatar
Anonymous
November 12, 2019 at 10:03 PM delete

Sebab apa najib bermati2an kempen utk MN? Sebab jk MN menang pru15 dan bentuk kerajaan, dia harap dia akan bebas dr penjara yg bakal dimasukkinya.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/11/12/najibs-former-pr-man-hiding-in-israel-claims-report/

Reply
avatar
Anonymous
November 13, 2019 at 2:14 PM delete

Dah jadi perbualan hangat jika tun mangkok lepaskan jwtn atau menemui ajal...harga sawit akan melambung balik.
Mrk kata krn mulut longkangnya negara china dan india beralih arah mengimport minyak sawit ke negara jiran.
Dulu harga sawit rm500-rm700 setan. Skrg harga sawit cuma rm280 setan. Terkesan sggh peneroka dgn mulut longkang tun mangkok.

Reply
avatar
Anonymous
November 13, 2019 at 2:22 PM delete

Sama dgn kes liwat anwar lah nie...
Menang pru14 terus dpt pengampunan agong.

Bezanya anwar tak bela diri di kandang tertuduh krn dia guna opsyen ke2.
Najib guna opsyen pertama utk duduk kandang tertuduh dan bela diri.

Tengok setakat mana hebatnya peguam bela dan pendakwa berhujah.
Skrg saksi2 pembelaan yg belum dipanggil mgkin perlu berlatih berhujah membela tengkuk masing2.

Reply
avatar
Anonymous
November 13, 2019 at 3:47 PM delete

Mgkin mantan gabenor bnm kwn baik tun mangkuk dah bersedia dgn soalan2 peguam bela...hihihi

Harap tiada kes spt tilam air mani anwar dlm perbicaraan akan dtg....hihihi

Reply
avatar
Anonymous
November 13, 2019 at 3:50 PM delete

Tun mangkuk pun tak lari wlpun bnyk tuduhan ke atas dia sebab manusia2 yg nak dakwa dia di mahkamah semua dah arwah ...hihihi

Reply
avatar
Anonymous
November 13, 2019 at 3:51 PM delete

Rasanya najib pegi sorg diri sebab yg lain tu kebal di bawah kerajaan semburit...hihihi

Reply
avatar
Anonymous
November 13, 2019 at 3:54 PM delete

Klu berlaku di langkawi akan diadakan prk dan mungkin ecrl boleh dilencong menyeberang ke langkawi mll terowong gone eng...hihihi

Reply
avatar
Anonymous
November 13, 2019 at 4:12 PM delete

Zeti dikatakan sebagai saksi najib terima wang dpd kerabat saudi.
Tun mangkuk pula kata tak mungkin. Tun mangkuk kata wang itu wang 1mdb.
Mgkin tun mangkuk akan jadi saksi juga. Mgkin????

Mangkuknya ialah kenapa tun mangkuk tak jual aset 1mdb utk cover hutang 1mdb.Mgkin tak berani krn perolehan yg bakal diperolehi dpd 2 projek 1mdb skrg berjumlah rm40b dan rm140b.
Klu dilelong akan untung besar pembelinya.Nak beli pon kena sedia wang paling krg rm40b kecuali syarikat cukup kaya.
Nak dijual pulak keuntungan yg bakal diperolehi mgkin terlepas dpd jadi hak negara.
Mgkin jika tamak dan kaya berlebihan mampu mengubahnya...hihihi
Yang mangkuknya hutang 1mdb sebanyak rm36b senang2 setel klu jual aset 1mdb rm42b.Tapi....

Yg mangkuknya tun mangkuk ialah jual aset yg masih berpotensi dan ada yg tidak dinyatakan siapa pembeli individu. Kawtim kot???

Mangkuk si menteri kewayangan kata pihak pelabur luar melabur billion2 ke negara kita.
Melabur hasil jualan aset negara kpd pelabur...bijak dalam tongong. Hihihi....
Setakat ini belum ada pelabur besar yg berpotensi berani melabur krn kerajaan mangkuk begitu mangkuk. Habis dunia tun mangkuk pergi tapi tiada yg berani melabur setakat ini krn polisi mangkuk kerajaan mangkuk....hihihi

Paling sedih pekebun kecil sawit tunggu tun mangkuk pergi atau melepaskan jwtn barulah harga sawit naik balik. Mgkin krn mulut kaya tun mangkuk yg gagal ditapis maka pekebun dan peneroka sawit menerima akibatnya.

Reply
avatar
Anonymous
November 15, 2019 at 6:21 PM delete

Mengimport minyak ke negara jiran? Kau faham ke apa yg kau tulis ni cai?

Reply
avatar
Anonymous
November 15, 2019 at 6:23 PM delete

Harap2 mantan PM juga bersedia. Jgn sakit mata lagi ye? Kikiki

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive