#MansuhTouchNGo Mula Penuhi Laman Twitter


Dengan alasan membantu melancarkan perjalanan pelanggan serta mengurangkan kesesakan di plaza tol ketika keluar dari lebuh raya, Bermula 5 November 2019, PLUS Malaysia Berhad memutuskan untuk menutup perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go (TnG) di semua lorong keluar di plaza tol di lebuh raya seliaannya.

Bagaimanapun, langkah ini nampaknya memberi pelbagai reaksi netizen kerana ia dianggap lebih menyusahkan orang ramai untuk mencari pusat tambah nilai yang disediakan oleh TnG jika dalam situasi terdesak.

Oleh sebab itu, netizen telah melancarkan kempen bagi menghapuskan sistem TnG yang dianggap tidak lagi sesuai digunakan dan menyusahkan serta perlu caj tambahan apabila ingin menambah nilai. Kempen #MansuhTouchNGO kini menjadi trending di Twitter sejak semalam.

Sebelum ini, PLUS mahu menggunakan sistem RFID yang membolehkan pengguna membayar melalui TnG dan kad kredit atau kad kredit, tetapi tidak disenangi oleh CIMB Group Holdings Berhad yang memiliki pegangan saham majoriti 52% TnG.

Pengenalan sistem RFID oleh PLUS dikatakan telah melanggar perjanjian konsesi yang telah dimeterai sejak 1998.

Sistem RFID TnG mempunyai sambungan dengan e-dompet Touch ‘n Go, manakala sistem RFID PLUS menggunakan kad debit dan kredit pengguna dengan melakukan pembayar tol secara terus dari akaun bank mereka.

Justeru, pengguna membantah dan mempersoalkan mengapa tidak menggunakan kaedah lain seperti Pay Wave yang tidak membabitkan bayaran tambahan berbanding kaedah sekarang.

Dengan pelancaran kempen ini di media sosial, netizen berharap kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat terbabit yang mengamalkan monopoli dan tidak menghiraukan kemaslahatan pengguna... sumber laporan dari SINI

Menariknya isu mengenai Touch n Go' yang dibangkitkan oleh Netizen ini didengar dan dibawa ke Parlimen oleh Ahli Parlimen Pembangkang iaitu dari MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Mungkin sebab Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan sedang sibuk memikirkan isu mengenai PM8 kot.. jadi tak sempat nak fikir hal yang melibatkan kepentingan rakyat ni..

Dan dijawab oleh Timbalan Menteri KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjelaskan Touch ‘n Go bukanlah suatu monopoli, sebaliknya banyak lagi pemain lain yang beroperasi di pasaran dompet digital (e-wallet) tempatan. 
Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen berkata, antaranya MCash, Boost, GrabPay dan Alipay malah, senarai penuh pemegang lesen e-wallet turut dipamer di laman web Bank Negara Malaysia (BNM). 
Beliau berkata, mengikut undang-undang sedia ada mengikut Seksyen 10 Akta Persaingan 2010, monopoli boleh dikategorikan sebagai satu kesalahan jika menghalang kemasukan pemain lain dalam pasaran. 
“Kami mendapati khidmat Touch ‘n Go dilihat sebagai pemudah cara kepada alternatif menggunakan tunai. Ini bermaksud pengguna diberi pilihan sama ada untuk menggunakan Touch ‘n Go sebagai kaedah pembayaran atau tidak,” katanya pada sesi soal jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini. 
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berhubung tindakan kerajaan untuk mengekang monopoli penggunaan kad Touch ‘n Go memandangkan caj tambahan 10 peratus dikenakan di tempat letak kereta dan caj 50 sen bagi setiap kali tambah nilai. 
Mengulas lanjut, Chong berkata, caj tambahan sebanyak 10 peratus yang dikenakan itu adalah caj yang dikenakan hanya di tempat yang mana perkhidmatan pembayaran tiket menggunakan kad Touch ‘n Go dan tunai disediakan pada masa yang sama. 
“Bagaimanapun, di kawasan tempat kereta yang hanya terdapat infrastruktur Touch ‘n Go sebagai kaedah pembayaran, tiada caj tambahan akan dikenakan. 
“Selain itu, saya dimaklumkan Touch ‘n Go akan memastikan semua kontrak baharu atau pembaharuan kontrak pada masa depan tidak mengenakan sebarang surcaj yang berasaskan kadar diskaun peniaga (MDR) manakala, kontrak sedia ada yang berasaskan surcaj akan tamat tempoh secara berperingkat. 
“Saya ingin jelaskan bahawa polisi caj 10 peratus ini diwarisi daripada kerajaan terdahulu dan sekarang kita (Pakatan Harapan) akan menghapuskan kos tambahan itu,” katanya. 
Bagi isu caj 50 sen tambah nilai Touch ‘n Go pula katanya, syarikat itu menyediakan 11,168 lokasi tambah nilai di seluruh negara malah, tambah nilai tanpa apa-apa bayaran boleh dilakukan di beberapa lokasi seperti TNG Spot dan kedai runcit seperti Watsons, Guardian, Tesco, KK Mart dan Caring Pharmacy. 
“Secara keseluruhan sebanyak 2,880 lokasi tambah nilai disediakan tanpa apa-apa caj di seluruh negara. Terpulang kepada pengguna untuk melakukan tambah nilai di lokasi berkenaan atau di tempat yang mengenakan caj tambahan sebanyak 50 sen,” katanya. 
Bagaimanapun, katanya, pengeluar wang elektronik dikehendaki mematuhi beberapa prinsip panduan yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) khususnya dalam mengenakan fi (caj) ke atas produk dan perkhidmatan yang ditawarkan lapor MyMetro

Hmmm....

Ini adalah lapan perkara yang kita perlu tahu mengenai 'Touch n Go',

1. Kad Touch ‘n Go mempunyai tarikh luput

Jika dilihat pada kad keluaran terbaru, terdapat tarikh luput dinyatakan pada kad berkenaan namun untuk kad versi lama, tidak pasti pula. Jadi, apa kata anda semak kad masing-masing dan periksa tarikh luput kad anda.

2. Waranti sebulan untuk semua kad baru

Jika anda baru membeli kad, waranti kad tersebut adalah selama sebulan. Jika kad berkenaan terbukti rosak atau tidak berfungsi, maka penggantian kad akan dilakukan secara percuma!

3. Ia boleh dinyahaktifkan jika telah lama tidak digunakan

Ramai juga pengguna kad Touch ‘n Go yang hanya menggunakan kad mereka sekali sekala dan ia sebenarnya boleh membuat kad anda dinyahaktifkan jika anda tidak menggunakannya selama 12 bulan.

Menurut pihak Touch ‘n Go: “Terdapat beberapa kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dalam sistem kami. Kad-kad yang tidak aktif ini telah menyebabkan beban pada sistem, dan ia menghalang sistem daripada beroperasi secara optimum, sehingga mempengaruhi tahap perkhidmatan kepada pengguna aktif.”

4. Anda boleh kehilangan wang anda di dalam kad jika kad tersebut tidak kekal aktif

Jika kad anda tidak aktif, anda akan dicaj RM5. Amaun ini akan ditolak daripada deposit ataupun pada baki wang kad anda. Anda akan dikenakan bayaran RM5 untuk setiap ENAM bulan tempoh kad tersebut tidak aktif.

5. Anda akan dicaj RM10 bagi menggantikan kad yang rosak.

Jika anda mempunyai kad yang rosak, bersedialah untuk membayar caj penggantian

6. Anda akan dapat pulangan wang jika terlebih caj

Jika anda dicaj melebihi caj yang sepatutnya, anda berpeluang untuk mendapatkan kembali pulangan wang anda tetapi anda perlu menunggu dengan sabar kerana prosesnya agak lama.

7. Kad Touch ‘n Go tidak boleh diklon

Kad Touch ‘n Go sebenarnya agak selamat digunakan dan ia tidak boleh diklonkan. Ini bermakna, satu kad adalah untuk satu pengguna sahaja.

8. Anda boleh mendapatkan e-pernyataan bagi setiap transaksi

Anda perlu layari portal Touch ‘n Go dan log masuk. Klik pada ‘lihat transaksi’ yang terletak di bahagian kiri. Pilih info yang ingin anda semak seperti tarikh transaksi, nombor siri, tarikh mula dan tamat. Klik cari.

Jika mahu info lanjut, pilih kategori (semua transaksi, semua tambah nilai dan caj-caj lain). Anda boleh lihat kesemua perincian menerusi aplikasi, eksport dan cetak.

Sumber - EraBaru


... Persoalannya.. kenapa perlu ada tarikh luput?.. kemana perginya wang yang ada dalam kad yang dinyah aktifkan oleh pihak Touch n Go itu??

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
November 6, 2019 at 9:52 PM delete

KENA PINDA SOSMA SEBAB ACAH ACAH POWER
ISU TULIS JAWI PUN RUJUK KAT WAKIL PIBG
BAHANA BILA TELO ATOK DICLAMPING TUANYE
NAK LAWAN TOKONG ALAMAT MAMPOS LA JAWAB NNTI


KIKIKIKIKI.. PUIIII..

RAGAM ATOK ACAH ACAH POWER ...

ALAHAI.. DAH MELUAT NENGOKNYER YEOP OOII..!!

FORMULATURUNHARGA = BMF

Reply
avatar
I
November 7, 2019 at 8:05 AM delete

TNG ini adalah kepunyaan para korporat yang tamak haloba. Menekan pengguna atas alasan untuk memudahkan pelanggan. Berapa juta wang pengguna dirampas siang2 akibat dinyahaktifkan. Puak2 lanun kaya dan berkuasa ini memang sentiasa rakus dan menggunakan kemudahan yang mereka ada untuk buat duit ... teruyama atas nama kemudahan rakyat. Sedangkan jalanraya itu adalah tanggungjawab kerajaan untuk sediaka. Yang paling mudah berhentilah guna jalan bertol... guna aje yg tak ada tol...

Reply
avatar
anonymous
November 7, 2019 at 10:52 AM delete

Geng Kicap LTTE ni "lepas" ape crite?

Reply
avatar
Anonymous
November 7, 2019 at 12:56 PM delete

Ada aje cara puak2 ni nk kelepet duit org ramai.

Reply
avatar
November 7, 2019 at 11:42 PM delete

Pengurusan makin gila sekarang.. japus rambah nilai je.. sepatutnya hapus la tol selaki baru perjalanan lancar

Reply
avatar
November 7, 2019 at 11:43 PM delete

Pengurusan makin gila sekarang.. hapus tambah nilai je.. sepatutnya hapus la tol selali baru perjalanan lancar

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive