Hishammuddin Khianati Rakyat Lagi, Kata Lokman Adam


Semalam, sekumpulan ahli Parlimen BN dipercayai menghadiri mesyuarat di kediaman Azmin, disebalik khabar angin mengenai cubaan menghalang usaha memaksa Mahathir Mohamad berundur. 

Pertemuan itu, yang dikatakan “hanya makan malam” oleh satu sumber, dihadiri Hishammuddin dan kira-kira 20 ahli Parlimen BN, menurut sumber-sumber yang dekat dengan FMT.
Pertemuan ini selepas kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Tanjung Piai pada Sabtu, yang mana calon BN, Wee Jeck Seng dari MCA dipilih dengan majoriti besar 15,086 undi.

Dalam satu kenyataan hari ini Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam menuduh bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein sekali lagi mengkhinati rakyat, terutama pengundi Tanjung Piai apabila didakwa membawa 22 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menghadiri mesyuarat di kediaman Timbalan Presiden PKR Azmin Ali malam tadi.

Lokman berkata Hishammuddin sebelum ini menjadi orang tengah Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan membawa masuk pemimpin dan ahli Parlimen Umno ke dalam PPBM.

“Apa pula alasan yang mahu beliau berikan apabila beliau membawa 22 ahli Parlimen BN ke rumah Azmin di Presint 8, Putrajaya?

“Walaupun bukan semua 22 ahli Parlimen ini menyokong Mahathir, tidakkah beliau sedar betapa kecewanya ribuan jentera BN dan PAS yang berkerja keras di Tanjung Piai apabila beliau melakukan pengkhianatan ini,” katanya .

Mengulas lanjut, Lokman berkata Hishammuddin juga tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin daripada pimpinan Umno berhubung tindakannya.

Katanya, beliau telah pun membuat laporan kepada Lembaga Disipli dan presiden Umno berhubung penglibatan Hishammuddin dalam menghasut pimpinan dan ahli Parlimen Umno menyertai PPBM pada 30 Oktober 2019.

“Saya mengesa agar siasatan segera dijalankan dan tindakan disiplin diambil kepada mereka yang mempengaruhi pimpinan dan ahli Parlimen Umno untuk menyokong kepimpinan Mahathir, mahupun Azmin, sekaligus menghampakan harapan rakyat untuk melihat parlimen dibubarkan.

“Tindakan Hisham bertentangan dengan keputusan MT Umno yang sudahpun memutuskan tiada kerjasama akan dijalankan dengan mana-mana parti dalam PH.”

Bagaimanapun Bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein menafikan dakwaan beliau yang merancang pertemuan antara Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan sekumpulan ahli Parlimen pembangkang, malam tadi.

Ahli Parlimen Sembrong itu turut menyatakan kesediaannya untuk disiasat parti berhubung perkara tersebut.

“Tuduhan yang saya mengetuai pertemuan antara Azmin Ali dan ahli Parlimen pembangkang semalam tidak benar sama sekali. Bukan saya yang rancang pertemuan tersebut.

“Namun, jika lembaga disiplin Umno nak siasat saya, saya sedia disiasat. Tiada apa saya hendak sembunyikan,” katanya menerusi Twitter.

Sumber laporan dari FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

14 comments

comments
Anonymous
November 19, 2019 at 2:32 PM delete

Apa yg pondan tua ni dok sibuk sgt? Ini mesti takut kes2 korupsi terbongkar dan terpaksa hari2 naik turun mahkamah mcm sepupu sekorupsi bossku ha ha ha. Begitulah jg yg lain2 dlm kumpulan korup ini termasuk semburit, hamzah zain dll

Reply
avatar
November 19, 2019 at 2:47 PM delete

Sebelum ini pemimpin melayu menyeru orang melayu bersatu.

Dan apabila orang melayu bersatu dengan benar-benar bebas mengundi wakil pemimpin tanpa terpengaruh dengan kempen dan sogokkan Tiba-tiba mereka membuat kerja sulit untuk memperlekehkan kejayaan orang melayu yang telah berubah.

Pemimpin Melayu lah yang berpecah belah dan hanya memikirkan keuntungan untuk mereka dan keluarga mereka.

Reply
avatar
Anonymous
November 19, 2019 at 6:06 PM delete

Bro.. soal kianat, sailang, tidak amanah pada janji, talam dua muka, berpaling tadah bukan menjadi asas dalam berpolitik. Asas pertama selamat kan diri sendiri, kedua what benefit do I get out of this, ketiga, what are the inherent risks if I do not support this team, keempat between the two teams what if the one I support loses, which team between the two lessen the risks of me going to jail, kelima.......
keenam dan seterusnya. Oh ya, last sekali (hampir lupa pulak) what's in it for the rakyat. There you have it Politics 101.

Reply
avatar
Anonymous
November 19, 2019 at 6:47 PM delete

Yang bekerja untuk rakyat ialah parti. Matlamat penubuhan parti ialah memelihara.. memperjuang.. mempertahan... bila.. bla.. bla.. Ini bermakna mereka yang terlibat dalam perjumpaan tersebut ada lah atas sebab peribadi.

Ramai yang tidak bersetuju dengan perjumpaan tersebut. Bagus nya pemimpin UMNO ada yang bersuara. Pemimpin dalam PKR, bacul dan paria.

Kesemua mereka tidak sepatutnya di pilih dalam PRU nanti.

Setelah berjaya menolak pemimpin yang rasuah, rakyat perlu menolak pemimpin yang khianat pada parti dan rakyat.

Reply
avatar
Anonymous
November 19, 2019 at 7:05 PM delete

Peduli apa dgn mrk yg nak selamatkan tengkuk...kote atau saja demi politik.
Anwar pon selamat dpd penjara panjang hasil politik kotor.
Dpd korang susah payah pikir hal politik mrk cuba pikir bgmana nak selamatkan saham kfc dan pizza hut yg bakal dilelong ntah kpd proksi/kroni siapa. Ia milik jcorp milik kerajaan johor dan siapa yg bergantung di bwhnya.
Selama ini tak pernah lagi dengar mana2 restoran kfc bangkrap tapi kenapa puak tamak yg ingin mengambil kesempatan atas kuasa yg diberikan oleh rakyat ingin melelongkannya. Klu saham pizza hut mungkin boleh dipercayai.
Tolonglah...cukup2lah alasan mangkuk dan bangang korang utk dijadikan alasan menjual saham ekonomi org2 kita nie.
Sumpah berdarah hidung dan telinga mangkuk yg tamak jika benar perkiraan mahu menjual saham kfc milik besar org melayu bumiputera nie.

Reply
avatar
Anonymous
November 19, 2019 at 7:48 PM delete

Selamatkan saham KFC dan pizza hut? Nape pulak rakyat biasa perlu fikirkan permasaalahan syarikat korporat ni? Nak beli ikan 3 ekor pun dah RM18. Harga ikan sadin 1 tin pun dah hampir RM10. Minyak peratus naik harga lebih dari peratus turun harga. Nak gi kerja tambang MRT terlalu mahal. Jadah apa nak pikir pasal KFC dan pizza hut.

Reply
avatar
Anonymous
November 19, 2019 at 7:51 PM delete

Ada sesiapa ke yang paksa atau beri tekanan suruh jual saham tu?

KFC tu bukan calang pemilik nya..

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2019 at 4:46 AM delete

Mahdey dan lim gone eng tu kaki rasuah.
Kenapa tak tolak?

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2019 at 4:51 AM delete

Jangan lupa...mahdey dan lim gone eng pon kaki rasuah. Cuma mrk tak naik turun mahkamah. Sistem tabir mrk kebal?!
Mungkin juga yg menuduh mrk nie semuanya dah arwah...

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2019 at 4:53 AM delete

Skrg raykat tak buta...
Tanjung piai jadi bukti...

Ko kencing kepala raykat...ko kena balik.
Pru15...juak2 ini akan kenalah!

Reply
avatar
November 20, 2019 at 8:10 AM delete

Ala. Org umno pas xnampak ke apa sumbangan tun kpd mereka. Ke masih buta. Meh aku bg tau. Tindakan tun ada hikmahnya. Lihat saja skrng ni bangsa melayu dh bersatu. Jadi apa masalhnya lg? Adapun sblm ini umno tumbang sb org x suka dgn isteri pemimpin nom 1 yg hidup bermewah2. Lihat sj skrng ni sejak 1st lady x ikut berkempen. Umno menang saja....

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2019 at 10:16 AM delete

Betul tu, asal sidebab tu xnmpak pn dh syukur. Rakyat meluat tgok dia je pn. Tgok skrg, wlpun DSN pi Hypermarket, ramai yg spport dia. Klu si debab tu ada, alamat kne baling biskut oreo lh jwbnya. Pertemuan trsebut hnyalah nk swing dn spin mood pH kalah bru2 ni. Xdalah rakyat fokus sgt kelemahan PH...x gitu?

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2019 at 12:04 PM delete

Kata Tun Mahathir, beliau tidak pasti sama ada negara benar-benar sudah sedia dengan peralihan kuasa itu.

“Kita belum tahu lagi keadaan negara sekarang ini, sama ada bersedia untuk beralih pentadbiran ataupun tidak.

Ada sesuatu yg besar akan berlaku tak lama lagi adakah "Negara benar sudah bersedia"..!???

Reply
avatar
Anonymous
November 20, 2019 at 6:03 PM delete

And the worms ate into his brains.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive