Dr Mahathir Ulang.. Penggantinya Adalah Anwar


TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pengganti yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri kelak adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bukannya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sungguhpun ada permintaan daripada pihak tertentu yang meminta beliau bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir berkata beliau komited untuk berundur sebelum tempoh tersebut.

Dalam temu bual bersama Sydney Morning Herald di Bangkok, Dr Mahathir yang ditanya sama ada beliau pasti akan melepaskan 'baton' kepada Anwar berbanding Azmin, beliau menjawab, “Ya, saya akan (serah kepada Anwar)”

“Walaupun terdapat banyak pihak yang telah meminta saya untuk meneruskan sehingga pilihan raya akan datang - tetapi itu pandangan mereka.

“Komitmen saya adalah untuk meletak jawatan sebelum pilihan raya akan datang, sudah tentu,” katanya.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir enggan mendedahkan tempoh masa tertentu untuk peralihan kuasa yang dipersetujui tersebut, yang mana ia menjadi perbalahan segelintir pihak.

“Saya tidak boleh mengatakan sama ada dua tahun atau tiga tahun, tetapi saya pasti akan berundur seperti yang dijanjikan,” kata Dr Mahathir, yang berada di Bangkok untuk Sidang Kemuncak Asean ke-35.

Terdapat permintaan dalam kalangan Pakatan Harapan dan juga pembangkang untuk Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga berakhirnya mandat kerajaan.

Walau bagaimanapun, ia adalah rancangan penggantian yang sudah dipersetujui di mana Dr Mahathir sepatutnya menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar, malah ada yang mengatakan bahawa terdapat perjanjian bertulis mengenai peralihan kuasa tersebut - The Star

Ni sebahagian dari laporan yang disiarkan oleh The Sydney Morning Herald..

On the question that dominates politics in Malaysia - when will he step down and hand over to Anwar - he is cagey about naming a date, though after APEC is held in Malaysia next year is the hot tip. 
"I cannot say whether it is two years or three years, but I will certainly step down as I promised." 
Asked if he would definitely hand over power to Anwar and not another candidate, such as Economic Affairs Minister Azmin Ali, Mahathir said: "Yes I will.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

6 comments

comments
anonymous
November 4, 2019 at 8:12 PM delete

mulut kata lain,
hati kata lain,
otak pkir lain.

gafar baba,musa hitam,ku li,nuar smue kne kencing..

pak lah dgn njib brnasib baik tpi last2 kene "pancung" gk.

Reply
avatar
Anonymous
November 4, 2019 at 8:38 PM delete

Rafizi dah pesan mamak ni lidah bercabang...!!!


kikikiki...


lantok kau la labuuuu albur*t...!!

Reply
avatar
I
November 4, 2019 at 8:41 PM delete

Bisikan setan pendedak tegar sampai dilu dari yang lain2.... hihihi kerjanya menghadap komputer 48 jam kot....

Reply
avatar
Anonymous
November 5, 2019 at 11:10 PM delete

LOW CLASS PUNYA ISSUE PH BAWA DI TG PIAI
ALJUB LAWAN NGOK NGEK WAK JEMIN DAH KENA TAJI
HAAH SEDIAKAN POP CORN TAMBAH TEPUK SMPI LUNYAI
LAGI CEPAT LA MAMPOS SI FITNAH MAMAK KUTTY..


#POPCORNTAMBAHDANTEPUK@BMF

Reply
avatar
Anonymous
November 10, 2019 at 8:45 PM delete

Yes I will, but did l say when? For the uninitiated, the man is not lying.

Reply
avatar
November 23, 2019 at 10:29 AM delete

Fitnah, dengki, dendam dan membenci adalah 4 perkara yang merosakkan jemaah Melayu muslim hingga sanggup memilih Cina MCA agama buddha jadi MP di Tanjung Piai Johor... dgn mejoriti muslim...
Takutlah soalaan Allah di neraka nanti.
.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive