6,000 Doktor Dihasilkan Setiap Tahun.. Tapi Tiada Peluang Pekerjaan?


Sebuah organisasi perubatan tidak berasaskan keuntungan menggesa kajian semula sistem kontrak untuk doktor di hospital awam dan kekurangan peluang untuk menjadi pakar.

Malaysian Medics International (MMI) menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah doktor setiap tahun dan kekurangan penempatan yang menyebabkan sebahagian pegawai perubatan ditawarkan jawatan kontrak yang mematahkan harapan mereka menjadi doktor pakar.

Dr Vikkineshwaran Siva Subramaniam, pengerusi lembaga amanah antarabangsa MMI, berkata Kementerian Pendidikan membenarkan institusi perubatan tumbuh seperti cendawan.

“Terdapat 33 institusi perubatan yang menghasilkan 3,000 doktor setiap tahun. Kita mempunyai 3,000 lagi doktor yang kembali ke tanah air setiap tahun dari luar negara selepas menamatkan pengajian mereka.

“Tetapi tidak banyak pekerjaan untuk menampung semua mereka setiap tahun,” katanya.

Pada masa ini, katanya, kira-kira 9,000 doktor kontrak sedang menjalani latihan di mana 4,000 kini diberi jawatan doktor perubatan kontrak.

“Mereka di bawah kontrak, walaupun mereka melakukan tugasan sama dengan doktor tetap atau pegawai perubatan, gaji mereka kurang dan tidak berpeluang menjadi pakar,” katanya.

Jawatan kontrak pertama kali diperkenalkan pada 2016.

Vikkineshwaran berkata tidak ada panduan yang jelas mengenai siapa yang diambil secara kontrak dan yang dilantik sebagai kakitangan tetap.

“Sama ada kerajaan harus menjadikan semua pegawai perubatan kontrak atau kakitangan tetap. Pegawai perubatan melakukan tugas yang sama, tetapi mereka di bawah kontrak mendapat gaji yang kurang dan tidak berpeluang menjadi doktor pakar,” katanya.

Beliau berkata pegawai perubatan kontrak diletakkan di bawah gred gaji UD41 dan memperoleh RM3,100 sementara doktor yang diserap sebagai kakitangan tetap memperoleh RM3,700 sebulan di bawah gred UD44. Elaun juga lebih tinggi untuk kakitangan tetap.

Semasa latihan, mereka memperoleh RM2,900 sebulan dengan elaun sebanyak RM600 untuk tugasan “on-call” dan RM500 bagi mereka yang ditempatkan di Sabah dan Sarawak.

“Selepas latihan, mereka ditempatkan di gred UD44 tetapi mereka yang di bawah kontrak kekal di UD41,” katanya. Beliau mempersoalkan mengapa doktor ditempatkan dalam dua gred dan tidak dibayar gaji yang sama.

Beliau berkata pegawai perubatan kontrak tidak berpeluang menjadi pakar kerana mereka perlu memegang jawatan pegawai perubatan tetap selama tiga tahun.

Dengan tiada pekerjaan baru diwujudkan, jawatan itu hanya terbuka apabila ia dikosongkan oleh kakitangan bersara.

“Oleh itu, kerajaan mencipta kakitangan kontrak kerana tidak ada tawaran baru.

“Tetapi kita tidak tahu kriteria mengapa sesetengahnya diberi jawatan kontrak sementara yang lain bekerja secara tetap,” katanya.

Beliau juga menggesa kerajaan mengkaji isu ini kerana terdapat terlalu banyak institusi perubatan dan adalah penting untuk mengkaji kualiti graduan yang lulus peperiksaan. Ini termasuk, mereka yang menamatkan pengajian di luar negara.

“Mereka mungkin belajar ke institusi perubatan yang tidak bermutu seperti di Rusia di mana bahasanya berbeza.”

Beliau berkata peperiksaan saringan perlu diadakan sebelum graduan ditawarkan latihan untuk mengukur siapa yang patut diambil bekerja di hospital kerajaan untuk memastikan kualiti mereka.

Beliau juga menggesa Putrajaya membenarkan doktor kontrak melakukan pengkhususan mereka selepas 3 tahun kerana negara itu amat memerlukan pakar.

“Bayangkan di Hospital Kuala Lumpur hanya terdapat 10 pakar bedah vaskular dan 10 pakar hati dan pakar pundi hempedu di Hospital Selayang,” katanya sambil memetik contoh.

Beliau berkata kebanyakan pakar berpindah ke hospital swasta untuk gaji yang lebih tinggi dan keseimbangan kerja yang lebih baik lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

17 comments

comments
November 13, 2019 at 6:04 PM delete

Sejak 2016 lagi sebenarnya keperluan Dr perubatan dah penuh...dan tiada lagi jaminan perkerjaan secara automatik bagi graduan perubatan..mcm graduan graduan lain ....so sape yg amik kursus dah tahu pun risiko peluang pekerjaan...melainkan cari negara luar utk jadi Dr...atau tukar kerjaya lain..

Reply
avatar
Anonymous
November 13, 2019 at 6:15 PM delete

KeRAjaan sibok jual harta dan kencing kepala raykat...mana dia tahu hal sedemikian.
Kata doktor melambak belum dpt keja tapi janji jam menunggu untuk rawatan dan jumpa doktor tak pernah berubah pon.

Klu ada doktor pakar yg mampu mengubat puak kaki kencing merata2 nie patut diluluskan segera oleh parlimen. Biar setiap parlimen dan dun ada seorg pakar menghapus kaki kencing kepala raykat nie.

Reply
avatar
Anonymous
November 13, 2019 at 6:36 PM delete

“Mereka mungkin belajar ke institusi perubatan yang tidak bermutu seperti di Rusia di mana bahasanya berbeza.” Modal belajar berpuluh ribu tapi bila balik hanya kerja kampong. Ini bukan cerita donging, kesian mak bapak, terutama yang sampai tergadai tanah. Masalahnya penduduk kampong jadi serba salah nak panggil doktor atau nama sahaja.

Reply
avatar
Anonymous
November 13, 2019 at 9:03 PM delete

Pergi lah kat mana2 hospital atau pusat kesihatan kerajaan, berlambak pesakit menunggu giliran untuk jumpa doktor. Permintaan sentiasa bertambah tp pengeluaran tidak dapat menampung permintaan. Dikebanyakan klinik atau hospital kerajaan anda akan dapati 2 orang doktor dlm 1 bilik memberi khidmat perubatan kpd 2 pesakit sekali gus krn ruang bilik doktor sangat terhad bg menampung pesakit yg ramai. Pelik kan? Pesakit ramai tp doktor kurang tp 6000 doktor berada dipasarkan setiap tahun takde kerja. Adakah kerajaan tidak berupaya membayar gaji mrk sekalipun permintaan khidmat doktor bertambah. Atau ramai yg sebenarnya tidak layak atau tidak memenuhi kelayakan minima untuk jd doktor bertauliah? Adakah sekarang nie "now everybody can be a doctor" macam "now everybody can fly"?

Reply
avatar
Anonymous
November 14, 2019 at 1:18 AM delete

Fakta yg ini betul. Perkara dah bertahun2 masalah doktor x cikup, tp menteri kata doktor dah terlebih. Kepala bapak ko la

Reply
avatar
doktor "kencing"
November 14, 2019 at 8:13 AM delete

Klinik madey kn ada

Apply sana

Reply
avatar
Anonymous
November 14, 2019 at 8:55 AM delete

Kerja je kat luar negara, mungkin rezeki anda diluar sana, hospital swasta pun ok, payment pun lagi tinggi.

Reply
avatar
Anonymous
November 14, 2019 at 3:08 PM delete

Dh jadi doktor sibuk masuk politik. Rakyat tagih janji diperlekeh dan dikencingnya rakyat.
Bila ada masalah asyik salahkan org lain. Kata banyak hutang tapi dia buat tambah hutang.
Nasib ko jadi doktor politik, kalau tak ramai pesakit ko salah bagi ubat.

Ingin rasanya dia buat kenyataan kerosakan selama ini bermula dpd doktor politik ke4. Gagal ekonomi dan gagal menjaga mulut dengan pelabur2 luar. Yang sengsara rakyat miskin yang bergantung dgn jualan komoditi asas.
Dia tak rasa kerana dia dan anak2nya kaya raya. 7 keturunan pon tak mungkin miskin.
Agar doktor politik pencen awal.Rakyat dah muak dengan penipuan. Makin banyak menipu makin banyak dicuri.
Siakap senohong gelama ikan duri..
Bercakap bohong lama2 dah tak kesah mencuri...

Tak heran mrk kaya raya

Reply
avatar
Anonymous
November 15, 2019 at 6:14 PM delete

Mmg le kena jual, nak cover yg puak kau rompak.

Reply
avatar
Anonymous
November 15, 2019 at 6:17 PM delete

Yg patut pencen awal, pencuri, bukannya doktor politik.

Reply
avatar
Anonymous
November 15, 2019 at 6:18 PM delete

Susah2 sgt jadi je macai macam sesetengah yg bersidai kat blog ni.

Reply
avatar
Anonymous
November 16, 2019 at 12:40 PM delete

Dulu doktor politik pernah dituduh penyamun..perompak..perasuah..pencuri sehingga kaya raya dia..anak..proksi dan kroninya.
Tapi sayang semua yg pernah menuduhnya dah arwah/mendiang.

Dgn kematian arwah/mendiang maka diangkat semula doktor politik sebagai ketua mrk dan dijilat2 taik dan kencingnya oleh penyembah2 barunya.

Bijaknya doktor politik maka gembiralah juga anak..proksi dan kroninya mentertawa penyembah2 dan arwah/mendiang yg pernah menentangnya.
Semoga doktor politik diumur panjangkan dan jadi ketua dgn menolak bekas musuhnya mengganti tempatnya.
Hebat tak doktor politik mencatur dan menumpaskan kawan dan lawan demi anak..proksi dan kroninya. Yg bangang akan terus dibangangkan....hihihi

Reply
avatar
Anonymous
November 16, 2019 at 12:42 PM delete

Yg untungnya pembeli yg membeli tanpa dibida.
Dulu tongong tu kata kerajaan lalu jual negara kpd china tapi skrg mrk sama2 jilat kencing mrk balik...hmmm

Reply
avatar
Anonymous
November 17, 2019 at 9:48 AM delete

Puak aktivis otai pgayR dah tegak berdiri agar tun mangkuk segera melepaskan jwtn demi menyelamatkan pakatan semburit setelah kekalahan besar parti bunga taik ayam di tanjung piai. Mrk menyatakan itu adalah isyarat jelas buat tun mangkuk yg perlu 100% bertanggungjwb atas kekalahan tersebut.

Adakah hati kering tun mangkuk tunduk dgn gesaan tersebut??!
Klu sblm ini gesaan ronnie liu dapigs hanya dijwb dgn senyuman sinis puak tun mangkuk...bgmanakah pula isyarat jelas kekalahan besar dan memalukan di tanjung piai???

Tun Mangkuk...turun jer lah
Habis madu sepah dibuang...adat org kita. Tak perlu malu menerima hakikat raykat tak hingin. Era ISA dah berlalu utk menakutkan raykat.
Turun lah dari kerusi tu...
Bagi jer peluang dgn bekas musuh mu menunjukkan skil peribadinya pula....
Hmmmmmm......

Reply
avatar
Anonymous
November 17, 2019 at 10:05 AM delete

Sebelum pru14 dapigs hanya gunakan mahdey untuk menangkan ph. Mahdey pula gunakan ph untuk berkuasa demi proksi dan kroninya.
Dapigs tidak ikhlas menerima mahdey yang pernah menjadi musuh no.1 mrk sejak dahulu lagi.
Dalam ph hanya dikuda dan diperkudakan dan misi untuk membantu rakyat hanya retorik.
Sekarang terpulang kepada rakyat melihat permainan asli yang dimainkan oleh dapigs mencatur politik negara yang mereka idam-idamkan sejak merdeka lagi.
Anwar yang pasti akan jadi boneka dapigs kerana tidak akan ada rasa hormat dapigs kepada orang bukan juak mereka.

Reply
avatar
Anonymous
November 17, 2019 at 11:03 AM delete

Maaf cakap, mahadir tidak akan menyalahkan dirinya. Dia akan menyalahkan org lain untuk menunjukkan dirinya cekap dan relevan.

Reply
avatar
Anonymous
November 17, 2019 at 11:05 AM delete

Terdengar dah ppbm menyalahkan pkr dan dap selepas kekalahan di tanjung piai?

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive