Kehadiran Kurang Kerana Ahli Parlimen Kerajaan Letih???


LETIH?.. Amboi.. dulu masa sebelum jadi Ahli Parlimen semasa sibuk berkempen dalam masa dua minggu tak dengar pula ada calon Ahli Parlimen merungut pasal letih ni..

Saintis Beri Amaran Kesan Buruk Projek Tambakan Laut Di Selatan Pulau Pinang


KUALA LUMPUR - Beberapa saintis memberi amaran projek mega tambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR) akan menjejaskan habitat ikan pesisir pantai kerana kekeruhan air laut akan menyebabkan haiwan sumber protein itu mencari habitat baharu untuk membiak dan mencari makanan.

Projek Tani RM1.4 Bilion Tak Sepatutnya Ada Tender, Kata Anwar


KUALA LUMPUR: Projek pembekalan input pertanian sektor padi bernilai RM1.4 bilion yang mengundang kontroversi baru-baru ini tidak sepatutnya ada tender, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengulas surat menteri menyokong tender diberi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Anwar Jumpa Tun M, Bincang Isu Peralihan Kuasa


PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad senada dan sependapat bahawa isu peralihan kuasa antara mereka berdua seperti yang rancak didebatkan perlu dilakukan secara aman dan teratur.

Gagal Tunai Janji Punca PH Dilabel ‘Kaki Kencing’


Wakil rakyat pembangkang memuji Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng atas keberaniannya menegur kerajaan Pakatan Harapan gagal menunaikan janji sebagai punca gabungan parti pemerintah itu digelar penipu dan kalah dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.

Mustahil Undi Tidak Percaya Terhadap Tun M


Cadangan untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah mustahil.

>!--more-->Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, proses berkenaan bukan mudah kerana ia memberi kesan kepada politik negara.

“Proses undi tidak percaya tidak semudah itu dan saya percaya Yang Dipertua Dewan Rakyat juga arif mengenai kesannya.

“Undi tidak percaya perlu dibawa seseorang namun dalam isu ini siapa yang mahu melakukannya? Jika dibawa sekalipun, ia tidak akan berlaku dengan mudah. Ada proses yang panjang dan perdebatan serta diakhiri dengan undian.

“Yang di-Pertuan Agong perlu memberi perkenan sekiranya ia berlaku dan beberapa langkah perlu diambil untuk memastikan ia berlaku secara tersusun, licin dan lancar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada pertemuan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrjaya malam kelmarin yang ada kaitan dengan usaha untuk melakukan undi tidak percaya kepada Dr Mahathir supaya peralihan kuasa Perdana Menteri diserahkan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Sivamurugan berkata, isu pertukaran pemimpin tidak semestinya melalui undi tidak percaya.

“Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) juga boleh membuat ketetapan atau satu tempoh masa transasi diberikan sebagaimana dari Tun Mahathir kepada Tun Abdullah Ahamd Badawi sebelum ini," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pula berpendapat tiada keperluan untuk melakukan undi tidak percaya atau pembubaran Parlimen seperti diminta pembangkang.

“Sekarang tidak timbul usaha undi tidak percaya atau bubarkan Parlimen sebab tiada keperluan yang khusus. Cara terbaik ialah melalui peralihan kuasa secara terhormat dan mengikut pelan peralihan sedia ada.

“UMNO tidak perlu campur tangan dalam rumah tangga PH sebaliknya fokus kepada parti, bermuhasabah dan menggunakan peluang diberikan rakyat sebaik-baiknya,” katanya lapor Sinar

Anwar Di Dewan Rakyat, Bukan Istana Negara Laaa


Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan mesej tular mendakwa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berada di Istana Negara untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pagi tadi.

Bubar Parlimen? Anwar Jawab Gesaan Ismail Sabri..


"Penolakan rakyat terhadap PH di Tanjung Piai bukan lah yang pertama. Kerajaan telah ditolak berturut-turut sebanyak tiga kali sejak PRK Cameron Highlands, diikuti Semenyih dan Rantau. Majoriti kekalahan PH meningkat daripada 3,000 lebih di Cameron Highlands ke 4,000 lebih di Semenyih dan Rantau sehingga memuncak kepada 15,000 lebih di Tanjung Piai.

Tanjung Piai: Peringatan Terbuka Kepada Kepemimpinan PH


Tanjung Piai mencatat rekod sebagai prestasi terburuk dalam pilihan raya kecil (PRK) untuk mana-mana gabungan parti kerajaan di Malaysia.

Najib Diperintah Bela Diri Dalam Kes SRC


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diarah membela diri atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd (SRC).

#MansuhTouchNGo Mula Penuhi Laman Twitter


Dengan alasan membantu melancarkan perjalanan pelanggan serta mengurangkan kesesakan di plaza tol ketika keluar dari lebuh raya, Bermula 5 November 2019, PLUS Malaysia Berhad memutuskan untuk menutup perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go (TnG) di semua lorong keluar di plaza tol di lebuh raya seliaannya.

Bekas Hakim, Timbalan Pendakwa Raya Dan Peguam Dituduh Rasuah


BEKAS hakim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini atas tuduhan menerima suapan RM17,500 bagi menjatuhkan hukuman denda terhadap tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI), Julai lalu.

Dr Mahathir Ulang.. Penggantinya Adalah Anwar


TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pengganti yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri kelak adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bukannya Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Jho Low Dah Ubah Wajah Jadi Beruang??... Adoilaaaa...


NEGARA lokasi Low Taek Jho atau Jho Low, 38, dipercayai bersembunyi enggan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menangkap ahli perniagaan dalam buruan itu.

Nak Ke Mahkamah Sakit Mata.. Ke Tanjung Piai Boleh Pulak..


Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah mengingatkan yang beliau tidak akan toleransi dengan mana-mana pihak yang cuba untuk memperdayakan mahkamah.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive