Zuraida Pula Bidas Syed Husin..


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin membidas kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang menganggap beberapa pemimpin politik senior dalam Kabinet sudah ‘dibonsaikan’ oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zuraida berpendapat, bonsai merupakan sesuatu tumbuhan yang menarik untuk dibela dan bukan seperti yang dianggap oleh Syed Husin.

“Pada pandangan saya, bonsai merupakan tumbuhan yang sangat mantap atau produktif dan stabil.

“Oleh itu, saya rasa bonsai merupakan analogi yang salah,” kata Zuraida pada sidang media selepas merasmikan Kertas Putih An Advanced Plastics Recycling Industry For Malaysia di Universiti Monash, Subang Jaya pada Selasa.

Turut hadir ialah Naib Presiden Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA), CC Cheah serta Timbalan Ketua (Kajian) Sekolah Perniagaan Universiti Monash Malaysia, Prof Pervaiz K Ahmed.

Syed Hussin, katanya mungkin tidak mengetahui apa yang berlaku dalam Kabinet sehingga boleh mengeluarkan pelbagai teori.

“Pada mesyuarat Kabinet, kami mengetengahkan dan menyampaikan pandangan kami. Oleh itu, semua keputusan yang dibuat secara konsensus dan bukannya dibuat oleh Perdana Menteri seorang diri sahaja.

“Syed Husin perlu tahu dan faham tentang hal tersebut,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, pengasas PKR tersebut mengecam pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan mendakwa mereka tidak mampu membantah Mahathir.

Memetik laporan Malaysiakini, Syed Husin juga berkata Majlis Presiden mempunyai kuasa tertinggi dalam parti gabungan tersebut dan boleh menentukan bila perdana menteri yang kelapan tersebut perlu serahkan jawatannya.

“Rakyat tertanya-tanya apakah Anwar Ibrahim, Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang sudah dibonsaikan oleh Mahathir?” katanya lapor Astro Awani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
October 1, 2019 at 6:40 PM delete

semalam Syed Saddiq panjang lebar membalas balik apa yang dikatakan oleh Syed Husin,

Khairuddin juga sedang memulakan serang balas yang keras sehingga mengugut pula mahu membuat kempen tolak Anwar secara berdepan sekiranya pihak yang berkaitan secara terbuka lagi mengkritik Mahathir.

Hari ini pula Ezam Mohd Nor secara terbuka membuka ruang perbalahan, menyokong apa yang diperkatakan oleh Syed Husin, memang Mahathir itu 'Reformis palsu'

Apa lagi PKR dan Bang Non jadi anak jantanlah, jadi pertahanan presidenmu. Ini dikalangan pemimpin pro Anwar kecut telur nak berbicara mengkritik cara Mahathir.

PADAN SSGT LAH TU SUMA SEPADAN
KEPALA PENIPU VS KEPALA PROMPAK
AKU SAJA JER NAK MEMBATU APIKAN
DOLU MATO LOBAM ESOK MUNGKIN GIGI RONGAK

KIKIKIKIKI..

Cuma nak bagitahu, pada Bang Non yakin ke boleh lawan kem Mahathir ni?

kikikikikiki..

#buymuslimproduct

Reply
avatar
Anonymous
October 1, 2019 at 6:52 PM delete

Ciss simpan kata mu dlm baju mu pada pru14 yg lepas di atas batas kesepakatan anda telah menjual nama anuar ibrahim sebagai Perdana menteri menanti dan tun mahadhir muhammad harapan dlm sebuah kesepakatan konsensus dan pengundi seruan dgn harga yg mahal maknanya rakyat peduli kerajaan baru ini menjadi duli dan bukanya vote sebuah kerajaan baru yg huru hara mengejar nama kedudukan pangkat pengundi mahu dahaga istilah ini quality pemimpin yg qualified berdaya saing bertolak ansur peduli akan hal hal insani dan berkebajikan..

Mutakhir ini juga dilihat pergeseran acap kian berlaku hal hal dalaman gagal di selesai dgn tuntas Wal hal perkara itu teramat amat remeh dan perlu peduli dirunding dibawah Pepohon di bawah pepohon diatas meja bulat ditepinya mengalir air sungai damai damai bukan?damai tidak?janganlah termakan buah itu buah hasutan kelak sendiri rugi

Haaies jangan igois ego bererti fana..

Victimsofoflav
Detik petang.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive