Tun Mahathir Kata Sukar Tentukan Tarikh Peralihan Kuasa Pulak....


Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa akan berundur selepas dua tahun memegang jawatan Perdana Menteri.

Kemudiannya.. Ketika sesi dialog anjuran Majlis Hubungan Luar di New York, minggu lalu, Dr Mahathir menegaskan beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Hari ini.. Tun kata.. sukar untuk menetapkan tarikh tetap bagi menentukan peralihan kuasa Perdana Menteri pulak... Hmmmm

Harian Metro melaporkan..

TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan sukar untuk menetapkan tarikh tetap bagi menentukan peralihan kuasa Perdana Menteri. 
Katanya, ia susah sekiranya tugas dan tanggungjawab dilaksanakan tidak sepenuhnya selesai. 
“Kita harus mengkaji situasi, jika tugas tidak dilaksanakan sepenuhnya atau tidak selesai, susahlah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di Putrajaya, hari ini. 
Sabtu lalu, bekas Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, mendesak peralihan kuasa pentadbiran negara dilakukan segera. 
Syed Husin mendakwa hasrat Dr Mahathir untuk berundur daripada jawatan Perdana Menteri sekurang-kurangnya tiga tahun lagi akan membunuh PH kerana Anwar tidak mempunyai masa mencukupi untuk berkempen dan mengatur sebarang rancangan. 
Ditanya mengenai desakan Syed Husin, Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Sementara itu Free Malaysia Today pula melaporkan Dr M ulangi tiada perbincangan peralihan kuasa kepada Anwar..

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mengulang tiada perbincangan dibuat mengenai tempoh peralihan kuasa perdana menteri kepada Anwar Ibrahim. 
“Kami tidak bincang apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas hadir melancarkan Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (DKKA) di Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini. 
Mahathir berkata, tempoh peralihan kuasa diteliti berdasarkan situasi semasa sebelum diserahkan kepada mana-mana calon yang layak. 
“Tarikh yang muktamad bila kerja-kerja sudah selesai atau tidak, agak susah,” ujarnya.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Tak pernah berubah Tun Mahathir ni sebenarnya...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Anonymous
October 3, 2019 at 2:03 PM delete

Kenkawan suma Padan sangat kann..!!

Penipu kawan perompak...!!

Alangkah malangnya, spt api dalam sekam musuh azali PKR Aljub terlalu percaya dengan insan bernama Tun M(Mangkok).. Kesian ko Aljub..!!

DOLU ATOK KATA 3 TAUN AJER
SKANG SUSAH PULAK NAK KATE
BANG NON TAK LANGGAR KERR..??
LIDAH BERCABANG TU KO NAK CAYE..?
PUII..! JUMPA ULAR JUMPA PARIA
AGAK KAU MANA NAK DIKATOK YER..!?

kikikikiki...!!

Sudahlah wujudnya nama PKR itu adalah untuk melawan kezaliman Tun M (Mangkok) ketika Anwar dipenjarakan dan dianiaya seluruh keluarganya oleh insan berkuasa ketika itu.

Tetapi melayu memang mudah lupa, Anwar mudah sangat lupa kikiki..!!, dia lupa sampai lebam biji mata dia masa dalam penjara, takkan dia sudah jadi hilang ingatan.

Masa dia dipenjarakan kerana isu liwat, ketika gerakan ingin mendesak Najib turun pada tahun 2015 berkumandang, Tun M(Mangkok) menyusun perjalanan untuk menjatuhkan Najib, wujudkan PPBM, menjadi rakan parti lain, DAP, PAN, PKR, menjadi kawan dengan jenama Pakatan Harapan.

Ikutkan kemenangan PH semasa PRU lepas adalah kerana Mahathir, tiada siapa dapat menyangkal hal ini, Anwar sedar atau tidak, mengapa Mahathir beriya inginkan Putrajaya kembali, selain berdendam dengan Najib, strategi panjang Mahathir ini adalah untuk menengelamkan terus jenama PKR dan presidennya.

Sekarang nampak bukan PKR dalam kerajaan PH ibarat langau yang tiada apa-apa?

Isu pecah dua antara kem Azmin dan Anwar sendiri lebih nampak akan keretakan maksimum parti PKR sebenarnya.

Buat Anwar, anda sudah nampak permainan Si Lidah Bercabang untuk mengenakan anda buat kali keberapa pun tidak tahu, masih tidak sedar-sedar?

Baik jadi kayu jelah kalau tidak melawan.. kikikikikiki..!!

Bila kepala penipu berkawan kepala perompak... lu fikir sindri ..!!

Padan muko kau...!!


#bmf

Reply
avatar
Anonymous
October 3, 2019 at 3:38 PM delete

memang agak susah nak tentukan peralihan kuasa bila dah enak mengemudi negara . si anwar ibrahim pun tak sabar-sabar , kita tengok lah apa akan jadi . apa pun kalau nak tau kisah Jho Low 2.0 kita boleh lawat di blog ni dan boleh war war kan pada kawan-kawan di facebook , twitter dan instagram

https://achmadhani.tumblr.com/

Reply
avatar
Anonymous
October 3, 2019 at 4:25 PM delete

kikikii. tumblr to product banyak porno dan pornhub

kikikikiki...

Reply
avatar
Anonymous
October 4, 2019 at 11:18 AM delete

Anonymous October 3, 2019 at 2:03PM - seem to me that you want to lawn mowers especially those two trees so call mangkuk and aljub. What are you planning if those two out from the land surface. Do you want to recall previous PM sit back and ruled Putra Jaya. Just asking.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive