Saya Tak Sebut ‘Barua’, Kata Anwar


Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memfitnahnya kerana beliau tidak menyebut perkataan “barua” yang merujuk Kongres Maruah Melayu dalam satu klip video tersebar sejak semalam.

“Itu semua politik bangang,” katanya di lobi Parlimen hari ini ketika ditanya wartawan sama ada beliau menyebut “barua” atau “maruah” dalam video viral itu.

“Jangan fitnah, jelas ini gurauan saya dengan perdana menteri dan Mat Sabu (Mohamad Sabu).”

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, apa yang disebutnya ialah “ini semua semangat maruah lepas Kongres Maruah (Melayu)”.

Satu klip video yang tersebar di media sosial menunjukkan Anwar bergurau kepada Mat Sabu dengan berkata, Dr Mahathir Mohamad lebih bersemangat selepas menghadiri Kongres Maruah Melayu pada Ahad lalu.

Ia kemudiannya menimbulkan persoalan jika Anwar sengaja mempersendakan kongres itu yang dihadiri Mahathir dan pemimpin Umno, PAS serta Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Ada pihak menggesa Mahathir supaya tidak menghadiri kongres itu, tetapi perdana menteri dilaporkan berkata, sebagai orang Melayu, beliau berhak menghadirinya.

Anwar kemudiannya berkata, beliau tidak menghadiri kongres itu kerana lewat terima jemputan.

Hari ini, setiausaha politik kepada perdana menteri, Mohd Zahid Md Arip mengingatkan semua pemimpin supaya bercakap dengan jelas bagi mengelakkan timbul salah faham.

Zahid dilaporkan berkata, beliau bersangka baik dan menganggap Anwar menyebut “barua” tanpa sengaja.

“Dia bila salah satu huruf ini dia boleh menimbulkan masalah di lain hari.

“Jadi saya fikir ini gurauan dan walaupun gurau, saya ambil kesempatan ini untuk nasihatkan Anwar dan siapa-siapa sahaja supaya lain kali biar jelas sebutan itu supaya kita tak berperang,” kata Zahid.

Sementara itu, Mat Sabu yang merupakan presiden Amanah berkata, beliau tidak pasti apa yang disebut Anwar kerana ia tidak jelas dalam video viral itu.

“Saya tak dengar apa. Tengok video pun saya tak dengar apa-apa,” katanya di lobi Parlimen hari ini lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
October 9, 2019 at 9:47 PM delete

RAMPASAN KUASA ATAU PILIHANRAYA NEGERI PERAK BUBAR..!?

..tinggalkan dolu barua barua tu..!!

Adun D4P istihar bebas di Perak?

Pergolakkan antara parti, malah di dalam parti PH juga berganyang sakan. Paling ketara dalam kepimpinan DAP Perak, apabila ADUN Malim Nawar dan ADUN Pokok Assam melepaskan jawatan di dalam parti itu kerana tidak puas hati terhadap Pengerusi DAP Negeri, Nga Kor Ming. Kepimpinan Parti Amanah Nasional (PAN) Perak pula ibarat api di dalam sekam yang hanya menunggu masa merebak.

KIKI DOLU LAGI AKU DAH JANGKA
INGAT TAUN DEPAN RUPA NEXT MONTH
KERAJAAN CAMPORAN UMNOPAS KITEE..!
BYE BYA ATOK DAN CUCU KESAYANGAN

Ada ura-ura beberapa ADUN pihak kerajaan mahu meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri selaku ADUN bebas. Dikhabarkan jumlahnya lapan orang, tetapi paling mendesak empat. Jika dua sahaja ADUN meninggalkan pihak kerajaan, ada dua kemungkinan akan berlaku iaitu samada Kerajaan Negeri Perak bertukar tangan seperti berlaku pada 2009, atau Pilihanraya Negeri (PRN) perlu diadakan.


LEPAS PERAK KITA KE KEDAH PULA
MB KEDAH KITA JADIKAN MANGSA YERR
TANGKAP ANAKCUCU ATOK BARU KO RASA
TANJUNG PIAI MAJORITY 10K JANGAN DILUPA

Atas kemungkinan inilah maka SPR sudah mula menggerakkan jenteranya bagi meninjau pusat-pusat pembuangan undi di seluruh Negeri Perak, yang kebanyakannya di sekolah-sekolah.

KIKIKIKIKI... KALI KITA KASI MAMPOS SI LIDAH BERCABANG DAN ALJUB BERMAKNA KASI HANCUR COMANGO PLURALISMA MURTAD

Kisah surat SPR itu, rupa-rupanya ada cerita kurang enak berlaku terhadap komponen Pakatan Harapan, D4P sedang bercakaran sama sendiri, maka MB Perak pula pening kepala.

LEPAS TG PIAI KITA KE PERAK MUNGKIN KE KEDAH
WAYANG SEMBURIT ATOK TUNGGU MASA LETOP2 YEAH..!!
APA LAGI PANJI KUNYIT HAWAW MERECIK MELIMPAH
TEPUK KASI PADU BEB, POP CORN KASI TAMBAH

haahhh pop corn tambah dan tepukkk..!!

#BMF

Reply
avatar
Anonymous
October 9, 2019 at 9:56 PM delete

Video asal yalah dari Pak Din barua Najib yg memang cari peluang nak cucuk jarum.

Semua org tengok video jelas konteks Anwar berjenaka dgn Mat Sabu dan PM seolah Tun bersemangat selepas Kongress Maruah bila bersemangat sekali dalam PC termasuk berjenaka nak fist fight dgn Anwar. Jelas Anwar sebut maruah loghat utara pekat bunyi baruah. Tapi Tun dan Mat Sabu yg rapat sekali tersenyum dan tersengeh dgn gurauan Anwar.

Jenaka maruah bunyi baruah dalam loghat utara Anwar bukan isu. Isu yalah geng2 antiAnwar, termasuk PAS/UMNO, macai Khairuddin Abu Hasan dan Zahid Mat Arip tak puss hati Tun reject outright niat tersirat yang diumpan oleh UMNO agar susulan dari gabongan VIP2 antiAnwar di pentas utama Kongress termasuk Azmin, Tok Mopti Wahabbi agar Tun dan Bersatu pullout dari PH dan bergabung dgn Umno, PAS, GPS, Azmin jadi Pakatan Baru ganti Pakatan Harapan.

Terbatal konsensus PH, Anwar terkedu dari jawatan PM dan PH terburai yalah idaman geng2 ini dan misi utama tersirat Kongress.

Zahid Mat Arip, bekas Mursyidul Am TIBAI bawah rejim Najib Klepto sekarang berjawatan SetPol Tun made mgkin lupa dia terpaksa pegang bendera dan logo Anwar aka musuh No. 1 TIBAI bila bertanding dan kalah sbg calon Bersatu diPRU14.

DiMahkamah kes rasuah Isa Samad Felda, pendakwa menyebut duit rasuah RM9juta dibayar melalui Pegawai Khas Isa masa itu, Zahid Mat Arip. Sebiji mcm Rizal Mansor, Pegawai Khas Rosmah yang jadi tukang sedut Rosmah.

Itu dalam bahasa dan loghat apa pun memang aksi barua menyedut atas kepentingan Melayu.

Reply
avatar
Anonymous
October 9, 2019 at 10:19 PM delete

Jika Anwar benar-benar tidak sebut baruah... maka tanpa di sedari mereka sendiri yang membaruahkan kongres yang mereka ada kan.

Reply
avatar
TUN perak
October 10, 2019 at 7:04 PM delete

pusing ler selagi bole pusing...salahkan LOGHAT plk daaaaa..

ptut le tun nk "fist fight" nuar..rpeny kne ?arua dek nuar.

hikhikhik

Reply
avatar
Anonymous
October 11, 2019 at 2:57 AM delete

Alhamdulilahiladzi hadana lihadza wama kunna linahtadiyalaula an hadanalloh..
Asyhaduan la illah ha illahloh....wahdahu la syariklah..wa'asyhaduan na muhammadan abduhu warosuluh..alladxi nabiya ba'da..
Islam itu anugerah agenda dan cara hidup..
Islamkah kita?Islamkah kamu?Islamkah anda?
Hakikat kehidupan kita hari ini bagaimana?
Return to basics tujuan manusia itu diciptakan?
Dr Yusuf al qaradhawi juga berpesan untuk kebaikan agar tidak menempa kebuntuan..dari mana kamu anda dia dan insan itu datang?untuk apa kehidupan ini?kemana pergi ini?
Hidup ini penuh agenda tujuan dan perlaksanaan kata kata bukan perlaksana tetapi sikap dan kelakuan itu adalah pelaksana kata aklaq akhlak di antara pendiri tiang agama..
Hayatilah Islam dgn sebanarnya dan utamakan keutamaannya Islam itu juga damai menciri mendiri pada hal hal damai..

Perkara paling utama paling wahid fitnah seumpamanya membunuh raga kesal naluri menjadi keceea duka lara ini bahaya fitnah..lidah ini kalAnya jahat hati hitam salah lentik jiwa jiwa kusam gara lidah menghukum ada yg terhukum jika dlm politics ianya harus itu munafik..

Politics itu bagaimana?
Kelmarin mengkafir kini saling bermusafir
Dulunya ucap barua kini saling bersua..
Mamali tidak harum kini tangan ini lebih harum...
Harusnya bahaimana!
Harusnya ikut yg mana?

Perumpamaan daging bagaimana?
Yang melontar kata itu dimana?

Politics ini membawa ku kemana?

Reply
avatar
October 11, 2019 at 7:56 PM delete

Anwar sebut maruah,cuba dengar betul2

Reply
avatar
Anonymous
October 12, 2019 at 10:28 PM delete

شَرُّ ٱلۡبَرِيَّةِ - sejahat-jahat makhluk.
خَيۡرُ ٱلۡبَرِيَّةِ - sebaik-baik makhluk.
Surah Al-Bayyina

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive