Peralihan Kuasa PM Telah Dimeterai , Dedah Anwar


Peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terkandung dalam perjanjian dimeterai pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada 7 Januari 2018.

Perkara itu didedahkan Anwar sendiri ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, perjanjian itu menetapkan Dr Mahathir dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri apabila tiba masa kelak.

"Soal transisi saya sudah ulang. Pertama, bukan terletak kepada Port Dickson (Anwar) dan Langkawi (Dr Mahathir). Ini soal perjanjian yang telah ditermeterai pada 7 Januari 2018, ditandatangan oleh semua pimpinan (PH) tapi tidak ditandatangani Presiden UMNO.

"Perjanjian bahawa andai PH menang, maka Dr Mahathir akan diangkat sebagai Perdana Menteri dan (Dr) Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, Anwar sementara itu meringkuk dalam penjara setelah dibebaskan dan layak bertanding. Peralihan kuasa akan berlaku itu jelas," katanya.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian ketika ditanya Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) bila isu peralihan kuasa Perdana Menteri antara beliau dan Dr Mahathir akan selesai.

Dalam sesi sama, Anwar turut menafikan bahawa Dr Wan Azizah akan kekal di kerusi Timbalan Perdana sekiranya peralihan antara beliau dan Dr Mahathir berlaku sebagaimana didakwa, sebaliknya Dr Wan Azizah akan turut berundur daripada jawatan tersebut.

“Jangan bimbang, soalnya sekarang tanya berapa lama (peralihan kuasa berlaku), perjanjian tidak menetapkan secara khusus tarikh cuma maksud itu disegerakan (peralihan kuasa). Ada yang bincang berlaku dalam satu tahun dan ada bincang berlaku selama dua tahun,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar menjelaskan, beliau menyerahkan perkara itu kepada pimpinan PH untuk membuat keputusan.

"Mereka (pimpinan PH) putuskan, bukan keputusan saya seorang atau Langkawi (Dr Mahathir) seorang. Jadi, persepsi ini kawan-kawan tolong, bagi saya sudah selesai,” katanya lapor Sinar

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
Anonymous
October 16, 2019 at 8:40 PM delete

KIKI ADOOII BERBELIT LIDAH NAK SEDAP KAN ATI
BAKAL PM KE 8 BAKAL KECUNDANG LAH LAGI
DIPATUK ULAR LIDI RENTA SEBANYAK DUA KALI
DISAMBAR KILAT JATUH LAM LOBANG YANG SAMA KINI

KIKIKIKK..

KESIAN SUNGGUH MR AL JUBURI PM KE LAPAN NI
DILUAH MATI ANAK DITELAN PLAK MATI BERDIRI
DIPATUK DISAMBAR KILAT TEMPAT SAMA DUA KALI
BAHANA SI PENIPU KARMA DAN BADI MENDAPAT LAGI


KIKIKIKIKI... HAAHHHH POP COTN TAMBAH DAN TEPUKKKK..!!


#BMF

Reply
avatar
October 16, 2019 at 11:09 PM delete

Salam. Mohon pautkan blog saya. Saya tekah pautkan blog tuan. Tq
https://pariajalanan.blogspot.com/?m=1

Reply
avatar
October 16, 2019 at 11:14 PM delete

Jawapan sy mudah...
Tun hasmah dah ada kanser...
Tun M tak nak lama2 jd PM...
Mei 2020 masa peralihan PM
Anwar tetap PM ke 8

Reply
avatar
Anonymous
October 17, 2019 at 7:28 AM delete

kikiki fakta anwar tetap bakal pm


kikikiki.. mimpi la koo

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive