Nasharudin Mat Isa Berdepan 30 Tuduhan Pecah Amanah RM3.7 Juta


Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 berjumlah RM4 juta.

Nasharudin berdepan 3 pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLATFPUAA antara November 2018 hingga Disember 2018 bernilai RM302,069.60.

Jika disabitkan kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda lima kali ganda jumlah atau nilai suapan daripada aktiviti haram, atau denda RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.

Manakala 30 pertuduhan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan antara 2015 hingga 2018 berjumlah RM3,721,683,80.

Bagi pertuduhan itu, hukuman maksimum 20 tahun, sebatan dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Mengikut 27 pertuduhan dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, tertuduh yang juga pengerusi Yayasan Nassar didakwa dengan curang melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta syarikat itu dengan membuat pembayaran kepada beberapa entiti dan individu pada 8 Januari hingga 9 september 2015 berjumlah RM1.12 juta.

Tiga lagi pertuduhan di bawah akta yang sama, Nashrudin yang juga pegawai eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) didakwa melakukan pecah amanah jenayah secara curang memberi kepada syarikat Wasatiyah Centre For Peace Geran Penyelidikan berjumlah RM2.6 juta.

Semua pertuduhan di baca di hadapan hakim, Norzilah Salleh di Mahkamah Seksyen Shah Alam.

Norzilah membenarkan jaminan sebanyak RM330,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Beliau juga menetapkan 28 November ini untuk serahan dokumen.

Semalam, SPRM menahan Nasharudin di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir dan kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Nasharudin, 57, disiasat SPRM berhubung dakwaan penerimaan dana daripada Umno.

Ia susulan beberapa dakwaan yang mengatakan pemimpin PAS menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Umno sebagai balasan untuk memberi sokongan kepada parti komponen BN itu dalam pilihan raya umum ke-14.

Selain bekas timbalan presiden PAS, SPRM turut memanggil beberapa individu untuk memberi keterangan berhubung siasatan, termasuklah Ahli Parlimen Bachok Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan Naib Presiden Amanah, Husam Musa.

Nasharudin menjadi timbalan presiden PAS dari 2005 hingga 2011. Sebelum itu beliau merupakan setiausaha agung parti itu lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
October 22, 2019 at 2:29 PM delete

KAH KAH PAS JUGAK DI BELASAH
UMNO DI KOMPAUN TAPI TAK BAYAR
BUKTI TAK ADO GEMPAK AJE LAH YER.!
MAKLUM LA KJAAN PH DAH BERGEGAR
KENA ALIH ISU BIAR MACAI TERKINJA2



KIKIKIKIKI..


#formulaturunhargabarangBMFokey..!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive