Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar


Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak melihat jawatan menteri kewangan perlu dipegang oleh orang Melayu, sebaliknya individu yang memegang jawatan itu perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan orang Melayu dan seluruh rakyat.

“Menteri Kewangan mestilah individu yang berkelayakan, berdaya saing dan menjaga kebajikan orang Melayu, Bumiputera serta seluruh rakyat Malaysia,” katanya sewaktu ditemui di Parlimen, hari ini.

Anwar mengulas gesaan ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadli Shaari sewaktu berucap pada Kongres Maruah Melayu di Shah Alam semalam bahawa Putrajaya perlu melantik orang Melayu dan beragama Islam untuk jawatan utama di peringkat negeri dan negara.

Ahmad berkata, jawatan yang harus dipegang orang Melayu adalah perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri kewangan, menteri pertahanan, menteri pendidikan, menteri dalam negeri dan pihak berkuasa negeri.

Pada masa sama, Anwar berkata beliau tidak dapat menghadiri Kongres Maruah Melayu semalam kerana lambat mendapat jemputan daripada pihak penganjur.

“Saya dapat jemputan lambat sangat. Petang itu saya ada di Negeri Sembilan, memang tidak dijemput. Akhirnya jemput juga, jemput petang. Wan Azizah (Wan Ismail) telefon ada wakil kongres minta saya hadir

“Tetapi saya ada program, paling penting bagi saya masalah pengurusan urus tadbir, rasuah, rompakan harta rakyat ini yang perlu diperbetulkan. Maruah tercemar kerana salah urus, penyelewengan dan rasuah,” katanya.

Kongres Maruah Melayu yang berlangsung semalam dianjurkan bersama oleh beberapa universiti awam tempatan.

Kongres yang menyaksikan ucaptama daripada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad turut dihadiri pemimpin Melayu dari Umno, PAS, parti komponen Pakatan Harapan (PH) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
2+2=6 (2 lagi kire dlm HATI) betoi ke?
October 7, 2019 at 8:46 PM delete

Xkiralah mlayu ke,cina ke,india ke,Omputeh ke,kalu BODOH mlantun2 nk buat apa?

pinjam bon,jual aset,rembat dividen rakyat tu je kejaan ny..

cerita RUGI memanjang, UNTUNG smpan bawah karpet.

kalu gni carany, sape2 bole jd mnteri KEWANGAN..

ada keje kosong ke utk MNTRI KWANGAN?

SPM bole ke??

Reply
avatar
Anonymous
October 7, 2019 at 9:40 PM delete

Bakal PM ke 8 genral degree klas 3 - Najib Tun Razak...

jurusan apa yer..!??

Reply
avatar
anonymous
October 7, 2019 at 11:04 PM delete

PM ke 8 ni hanya PM "tepi".
(rezab player) boot n jersi ada lgi HARGA kdai.x cabut lgi.

kihkihkih

Reply
avatar
Unknown
October 8, 2019 at 2:47 PM delete

PM tepi ke-8 pun lulusan malay studies je pun. Sama mcm PM ke-5. Lingkup juge le nanti.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive