LTTE: Beri Ruang Kepada Polis, Kata Anwar


“Pendapat peribadi saya tidak perlu begitu, kita harus beri ruang kepada polis. Polis tidak harus rasa tertekan dengan terlalu banyak gangguan sebab itu saya dalam kes penahanan ini, serah kepada budi bicara polis, dan tentunya KDN untuk menanganinya,”

Itu kata  Presiden PKR, Anwar Ibrahim tentang cadangan seorang penyokong kerajaan bahawa Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri (PSC) menyiasat penahanan tujuh individu yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Parlimen hari ini..

FMT melaporkan..Polis sah wujud transaksi kewangan besar aktifkan LTTE di Malaysia

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mendedahkan wujud transaksi kewangan dalam jumlah yang besar dipercayai untuk mengaktifkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, transaksi kewangan itu dikesan dalam akaun individu yang ditahan dalam operasi pada Khamis dan Sabtu (10 dan 12 Okt) kerana disyaki terbabit LTTE.

“Hasil penggeledahan terhadap premis serta telefon bimbit suspek, polis merampas bendera, poster, gambar pemimpin LTTE serta mengesan transaksi kewangan dalam jumlah yang besar.

“Transaksi kewangan ini dipercayai untuk membiayai aktiviti mempromosi, merekrut serta menggerakkan program LTTE di negara ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau yang enggan menjelaskan jumlah nilai transaksi kewangan yang dikenal pasti berkata, polis mendapati kumpulan LTTE itu mempunyai cawangan di setiap negeri.

“Ada pergerakan untuk cuba aktifkan LTTE dan sebab itu polis tangkap untuk tidak benarkan aktiviti kumpulan ini berkembang.

“Ada dua yang ditahan dan merancang melakukan serangan secara ‘Lone Wolf’ di negara ini. Contohnya mereka pernah mencederakan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia Ibrahim Ansar pada 2016,” katanya.

Sementara itu, Ayob Khan menegaskan tangkapan LTTE tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan politik sebaliknya ia isu keganasan.

“Tangkapan dibuat kerana sokong keganasan dan polis tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa sahaja tidak kira dari parti mana.

“Polis akan terus jalankan siasatan dan jika ada asas serta bukti kukuh, tangkapan susulan akan dilakukan,” katanya.

Beliau turut memberi amaran sesiapa yang terlibat membiayai dan menyokong LTTE kini berada dalam “radar” Counter Terrorism Cawangan Khas.

Ditanya mengapa dua Adun yang ditahan tidak diambil keterangan terlebih dahulu, Ayob Khan berkata: “Ini kesalahan keselamatan dan jika hanya ambil keterangan, mereka akan bagi ‘statement on surface’, selain polis tiada hak untuk geledah”.

Mengulas penularan gambar pemimpin dengan individu dikaitkan LTTE, beliau berkata, polis tidak sewenang-wenangnya menahan mana-mana individu.

Beliau turut menjelaskan tidak menjadi kesalahan untuk bersimpati dengan nasib etnik Tamil di Sri Lanka, tetapi tindakan menyokong LTTE adalah salah.

“LTTE diisytihar satu kumpulan keganasan… kenapa perlu sokong lagi kumpulan ini?,” katanya.

Seramai 12 individu termasuk dua Adun ditahan pada Khamis dan Sabtu (10 dan 12 Okt) kerana disyaki terbabit menyokong dan menyalurkan dana untuk LTTE.

Kumpulan LTTE disenarai sebagai kumpulan pengganas di Malaysia sejak 2014.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
October 14, 2019 at 7:49 PM delete

Assalamu'alaikum, saya berminat ingin pasang iklan di blog Anak Sungai Derhaka, adakah anda bersedia?

Contact: erapedia28@gmail.com

Reply
avatar
Anonymous
October 14, 2019 at 9:45 PM delete

Hari yang memalukan sebagai sesorang alumni Universiti Malaya. Mazlee nak cakap apa sekarang..bila Vice Chanslor UM dicerca akibat Kongress Maruah Melayu. Zaman dulu pun kami menentang TNC dan pentadbiran UM. Mengadakan demontrasi, surat terbuka, mengangkat sepanduk adalah perkara biasa.. bang non nak cakap apa pulak kali ini...!?

Reply
avatar
Anonymous
October 15, 2019 at 11:36 AM delete

HOMOSEKSUAL BUKAN SATU DOSA DLM ISLAM.

Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Piala Tun Razak Kali Ke-8 di Seremban, pada 11-13 Oktober 2019 spt mahu memaksa para pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia, tajuk debat homoseksual bukanlah satu dosa dalam Islam?

Makin hilang akal sejak Pakatan Harapan memerintah.

Oleh Kamarul Yusoff

AGENDA SUPER LIBERAL MALAYSIA BARU?

senyap jadi setan bisu atau...!?

Apa ulasan Mazlee..!?

Apa kata Tun M..!?

Apa komen dan jawapan bakal PM ke 8 Malaysia..!?

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive