Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng


Kementerian Kewangan menolak dakwaan sesetengah pemimpin pembangkang bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menjual tanah milik kerajaan kepada pihak tertentu. 

Menterinya, Lim Guan Eng sebaliknya berkata lebih RM4 bilion tanah kerajaan persekutuan dijual kerajaan Barisan Nasional antara 2010 hingga 2017.

“Kebanyakan penjualan tanah milik kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus, dan bukannya secara tender terbuka.

“Pemimpin pentadbiran lalu yang terus-menerus menuduh kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang turut melampirkan bukti penjualan tanah kerajaan persekutuan oleh kerajaan terdahulu berkata urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan-teras dan bukan-kritikal aset negara adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

Antara tanah kerajaan persekutuan yang dijual kerajaan BN ialah di Jalan Cochrane, Ampang, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Jalan Hang Tuah, Jalan Conlay dan beberapa kawasan lagi.




Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mempertimbangkan untuk melepaskan aset negara seperti tanah bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Mahathir juga berkata kerajaan PH tidak akan mengulangi langkah pimpinan terdahulu yang sanggup menjual tanah kerajaan kepada pihak asing.

Terdahulu, Khazanah Nasional Bhd menjual asetnya yang bernilai hampir RM50 bilion dalam tempoh kurang 10 tahun untuk membolehkan cabang dana pelaburan negara itu merealisasikan nilai pelaburannya serta membiayai operasi serta aktiviti pelaburannya.

Dari 2009 sehingga 2017, Khazanah melakukan 80 penjualan yang bernilai RM45.30 bilion dan hasil daripadanya biasanya digunakan bagi pelaburan baru dan mengurangkan hutang dan tidak disalurkan secara terus kepada kerajaan lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
Anonymous
October 9, 2019 at 4:12 PM delete

Jual jer dan dapatkanlah komisen juta2 tu utk anak..proksi dan kroni.
Cuma jangan jadi munafik.
Dah mampus nanti pandai2lah jawab.

Reply
avatar
Anonymous
October 9, 2019 at 4:13 PM delete

Video Baruah: Ini Semua Salah Si Kidin

SUA Anwar Berang Khairuddin Tuduh Anwar Sebut ‘Kongres Barua’ Depan Mahathir

Setiausaha Akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Nashrul Tunku Abaidah menggesa semua pihak agar tidak melaga-lagakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

MARUAH OR BARUAH BUKAN HAL KITEE
SALAHKAN SI KIDIN MACAI ATOK YER
YG PENTING HASUT, TU KAN RAPIJI KATEE
WHATS A HACK YG PENTING KASI TARUK SUMER..!!

KIKIKIKIKI..

Tunku Nashrul berkata. Anwar tidak menyebut perkataan ‘barua’ namun menjelaskan bosnya menyebut perkataan ‘maruah’ ketika menyebut mengenai Kongres Maruah Melayu yang diadakan Ahad lalu.

PERANG DINGIN DAH BERMOLA YAA
KEPALA PROMPAK VS KEPLA PENIPU
MACAI PROMPAK VS MACAI PENIPU JUA
HAAH..!! POPCORNTAMBAH TEPUK BIAR PADU

kikiki.. wayang semburit berdiri dsh mula..

kasi tepukkkkk kuat kuatt..!!

“Jangan jadi bodoh dan sila korek telinga. Sah-sah yang Datuk Seri Anwar sebut adalah maruah bukan barua.

Saya (Khairuddin Hassan) yakin perkataan ‘kongres barua’ yang dilontarkan oleh Brother Anwar Bin Ibrahim itu merujuk kepada kongres maruah melayu yang dianjurkan baru-baru ini!!

WALAWEY VIDEO BANG NON PERLI ATOK KAU LAH
SEMANGAT SUNGGUH DENGAN KONG LESS MARUAH
AL JUB KATE BUKAN MARUAH 'KONG LESS' BARUAH
MACAI BODO2 KO ORG TAK TERASA MCM HARAMJADAH..!?

KIKIKIKI..

“Henti buat fitnah murahan. Tolong henti melagakan semua orang,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat kenyataan mempersoalkan tindakan Anwar yang didakwanya menyebut ‘Kongres Barua’ yang merujuk kepada Kongres Maruah Melayu.

Khairuddin berkata, “Saya yakin perkataan ‘Kongres Barua’ yang dilontarkan oleh Anwar itu merujuk kepada Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan baru-baru ini.

#popcorntambahdantepukk..!!

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive