Biar Dr M Jadi PM Hingga Penggal PH Tamat, Kata Azmin?


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengulangi gesaan untuk Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sehingga mandat lima tahun Pakatan Harapan berakhir.

Menteri hal ehwal ekonomi itu turut menolak dakwaan beliau menemui bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein secara rahsia untuk menghalang Anwar Ibrahim menggantikan Mahathir seperti dalam persetujuan antara pemimpin PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

“Kalau ada pihak yang hendak meroboh pentadbiran dan kerajaan lebih awal daripada itu, dua tahun atau satu tahun, itulah sebenarnya kerajaan pintu belakang.

“Sepatutnya biarlah Mahathir kekal sebagai perdana menteri hingga selesai tempoh penggal ini kerana itu mandat diberikan rakyat,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Azmin bagaimanapun tidak menyebut sebarang nama ketika ditanya dakwaan komplot pembentukan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah yang turut mengaitkan Hishammuddin.

Beliau berkata, isu peralihan kuasa perlu dihentikan kerana ekonomi negara sepatutnya menjadi keutamaan.

“Terlalu banyak ketidaktentuan berlaku di luar sana, pelabur asing, pelabur domestik terlalu bimbang sekiranya keadaan ini berterusan. Saya harap kita hentikan perbincangan tentang peralihan kuasa.

“Tumpu sepenuhnya masa untuk bangunkan ekonomi dan membantu rakyat. Beri sokongan padu kepada Mahathir untuk terus memimpin kerana ini dapat beri jaminan kepada pelabur bahawa politik Malaysia stabil.” lapor FMT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

5 comments

comments
Anonymous
October 22, 2019 at 10:16 PM delete

KIKI LAEN MACAM WAK JEMIN KALI NI
BANG NON DISAKAT SAMBIL GELI GELI
SAJA NAK BAGI BANG NON PANAS HATI
MAKLUM LAH SI JEMIN KESAYANGAN KUTY


KIKIKIKIKI...!!

WAK JEMIN JANGAN NAK BERANGAN
BANG NON BOLE KO GELI GELIKAN
ATOK KO TU LAGI KUAT MENCIPAN
SKLI KETIS BOBOI YANG KE DEPAN


KIKIKIKI..


WOOII BOBOI MANA KO NAK HUMBAN
HAAH GADOH JANGAN TAK GADOH SAKAN
POP CORN TAMBAH JANGAN DILUPAKAN
TEPUK PADU KASI BUNYI KUAT MENCIPAN


KIKIKIKIKI..


#formulaturunhargaBMFokey..!!

Reply
avatar
Anonymous
October 23, 2019 at 5:34 AM delete

LEPAS TG PIAI MUNGKIN KE NIBONG TEBAL PULA
SINGAH DI SANGLANG KEMUNGKINAN PUN ADA
NAMPAK DARI SELATAN PRK MCM MENUJU KE UTARA
JANGAN LUPA LANGKAWI PUN TUNGGU MASA AJER


KIKIKIKIKI....!!!

#formulaturunhargaBMFokey..!!

Reply
avatar
Anonymous
October 23, 2019 at 10:19 AM delete

PH dan PKR patut singkirkan aszmin krn langgar kesepakatan. Biar dia join bersatu atau pas

Reply
avatar
Anonymous
October 23, 2019 at 10:21 AM delete

BMF ok tapi lebai pilih beli kek secret recipe. Tak selera dgn kek muslim. Aduhai

Reply
avatar
Anonymous
October 23, 2019 at 11:37 AM delete

BMF okey ajetanpa campurtangan orang politik... ini gelombang rakyat muslim.. nk jugak rasa makanan halal...

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive