Bekas Setiausaha Pejabat TKSU Kementerian Kewangan Dituduh Rasuah


Seorang bekas setiausaha pejabat kepada Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) di Kementerian Kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi atas tiga pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan pilihan menipu berhubung tender penjualan hartanah di Hong Kong tahun lalu. 

Tertuduh Rohaya Sabot, 39, membuat pengakuan itu selepas kelima-kelima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh sebagai setiausaha pejabat yang bertugas di pejabat Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan Malaysia didakwa telah meminta suapan berjumlah RM3 juta daripada Wan Mohamad Wan Yusuf.

Wang itu adalah sebagai dorongan iaitu membantu Wan Mohamad selaku wakil bagi syarikat Allied Vantage International Group Limited (AVL) dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset kerajaan iaitu bangunan Malaysia yang beralamat di 47-50, Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Papparich Ayer@8 lot B2-G-2 Ayer 8, Presint 8, Putrajaya pada 25 November 2018.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut seksyen 16(a)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga , tertuduh didakwa sebagai jawatan sama, masing-masing menerima RM50,000 daripada individu sama melalui akaun CIMB Bank dan RM3,000 melalui deposit tunai ke Maybank Islamic Berhad miliknya sebagai dorongan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad Al-Idrus cawangan Kuching, di Wisma Satok, Tingkat 1, Wisma Satok, Jalan Satok, Kuching, Sarawak masing-masing pada 14 Disember dan 26 Disember 2018 yang didakwa mengikut dan hukuman yang sama.

Sementara itu Rohaya juga turut mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pilihan iaitu menipu individu sama dengan memperdaya mangsa mempercayai bahawa tertuduh boleh membantu syarikat sama dapat dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset yang sama.

Perbuatan itu telah mendorong mangsa memasukkan RM53,000 yang dilakukan pada tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Zander Lim Wai Keong memohon jaminan sebanyak RM0,000 bagi kesemua pertuduhan kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius.

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Ravin Jay memohon mahkamah memberikan jaminan yang rendah iaitu sebanyak RM10,000 dengan alasan tertuduh mempunyai gaji hanya RM5,500 selain menanggung bapa yang uzur dan mempunyai komitmen pinjaman.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua permohonan kedua-dua belah pihak Azman kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 bagi kesemua pertuduhan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan perlu melaporkan di pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada Februari lalu, tertuduh direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes meminta dan menerima rasuah tender penjualan hartanah milik kerajaan di Hong Kong.

Tertuduh juga telah menerima sebahagian wang terbabit daripada wakil syarikat untuk meminta persetujuan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan sebagai dorongan untuk meluluskan tender penjualan hartanah terbabit lapor Astro Awani

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

4 comments

comments
Anonymous
October 2, 2019 at 2:06 AM delete

RAKYAT TAK CAYE LAGI OTAI REFORMASI
HEBAT SESANGAT KE SI KEPALA JUBO NI
JIJAH TPM NAK CAMPAKKAN KEMANA KINI
PLURALIS MURTAD YG OTAI JULANG NIH.!


BILA CAKAP PASAL PLURALISMA MURTAD SUMA MCM DIAM...

#KIMAKSUNGGUHPUIIII

Reply
avatar
I
October 2, 2019 at 8:14 AM delete

Cakap2 ko menunjukkan ko seorang macai. Kenapa susah sangat nk guna bahasa yang baik dan betul. Pemilihan kata2 ko menunjukan tak ada budi bahasa. Bahasa menunjukkan bangsa. Belum tentu dituduh tu bersalah.

Reply
avatar
Anonymous
October 2, 2019 at 8:39 AM delete

apa yg brlum tentu di tuduh bersalah.. kan mahkamah dah jatuh hukup siap mintak pengampunan kat agong... klu x salah buat apa.mintak pengampunan...

sohaiii..

Reply
avatar
December 25, 2019 at 7:24 AM delete

Nama: __ Hendi Zikri Didi
Kota: _______________ Malacca
pekerjaan: _ Pemilik bisnis
Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

Aplikasi / Pusat Kontak
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive