Peralihan Kuasa PM Telah Dimeterai , Dedah Anwar


Peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terkandung dalam perjanjian dimeterai pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada 7 Januari 2018.

LTTE: Polis Perluas Siasatan Ke Atas Ramasamy


Polis akan melaksanakan siasatan lebih luas terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Tak Perlu Pujuk.. Itu Tanggungjawab Saya - Azmin


Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata Anwar Ibrahim tidak perlu memujuk ke mesyuarat majlis pimpinan pusat dan biro politik parti, mengatakan beliau pasti akan bersama apabila tiada urusan kerajaan.

LTTE: Beri Ruang Kepada Polis, Kata Anwar


“Pendapat peribadi saya tidak perlu begitu, kita harus beri ruang kepada polis. Polis tidak harus rasa tertekan dengan terlalu banyak gangguan sebab itu saya dalam kes penahanan ini, serah kepada budi bicara polis, dan tentunya KDN untuk menanganinya,”

7 Termasuk 2 ADUN DAP Ditahan Di Bawah SOSMA


Polis hari ini berkata tujuh individu termasuk dua Adun DAP ditahan hari ini kerana ada pihak dari luar cuba mengaktifkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Malaysia, selepas kumpulan pengganas itu terkubur susulan kematian pengasasnya dalam operasi ketenteraan kerajaan Sri Lanka 10 tahun lalu.

Saya Tak Sebut ‘Barua’, Kata Anwar


Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memfitnahnya kerana beliau tidak menyebut perkataan “barua” yang merujuk Kongres Maruah Melayu dalam satu klip video tersebar sejak semalam.

Bukan PH Tapi BN Yang Jual Tanah Kerajaan, Kata Guan Eng


Kementerian Kewangan menolak dakwaan sesetengah pemimpin pembangkang bahawa kerajaan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) menjual tanah milik kerajaan kepada pihak tertentu. 

Pak Lah, Najib Punca Kegagalan Wawasan 2020?


Pelaksanaan dasar-dasar yang tidak sesuai dengan matlamat asal Wawasan 2020 oleh kerajaan dipimpin Perdana Menteri kelima dan keenam dianggap sebagai punca mengapa wawasan itu tidak mencapai matlamat yang diharapkan.

Menteri Kewangan Tidak Semesti Melayu Kata Anwar


Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak melihat jawatan menteri kewangan perlu dipegang oleh orang Melayu, sebaliknya individu yang memegang jawatan itu perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan orang Melayu dan seluruh rakyat.

Bekas CEO SSM Dan Anak Didakwa Lagi...


BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini, atas dua pertuduhan bersubahat dengan anak lelakinya untuk menerima rasuah berjumlah RM250,000.

GST: Laporan Media Tak Tepat Kata Tun M


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kerajaan bersedia menambah baik Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) bukan bermakna akan mengembalikan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah Imigresen Dedahkan Kenapa Warga Asing Boleh Berniaga di Malaysia?..


Perkara ini didedahkan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Musa Sulaiman, kepada Berita Harian.

<--more-->“Bayangkan, lelakinya berumur 20-an atau 30-an, tetapi wanita tempatan yang dikahwini ada yang berumur 50 tahun hingga 60 tahun. Pada mulanya kita syak ada yang tidak kena dengan permohonan itu, tetapi apabila disemak dokumen semua lengkap, ada rekod jabatan agama,” katanya.

Musa berkata, ada juga pasangan lelaki Pakistan dan wanita warga tempatan berasal dari Sabah berkahwin di Semenanjung sebelum memohon pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara di negeri ini.

Katanya, tindakan lelaki warga Pakistan yang merantau ke negara lain dan berkahwin dengan wanita tempatan untuk membolehkan mereka tinggal lama dan berniaga di sesuatu tempat, berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Musa berkata, perkahwinan dengan wanita tempatan membolehkan lelaki asing menggunakan nama isteri untuk memohon lesen berniaga bagi memenuhi tujuan sebenar mereka datang ke Sabah iaitu menjalankan perniagaan, khususnya kedai runcit.

“Warga Pakistan yang datang ke Sabah tidak ramai berbanding warga Filipina dan Indonesia tetapi mereka adalah antara warga asing yang dikesan paling ramai berkahwin dengan wanita tempatan.

“Selepas berkahwin, mereka boleh memohon pas lawatan sosial suami warga asing dan kebenaran bekerja. Jabatan Imigresen akan merujuk permohonan itu kepada Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan biasanya memang diterima.

“Nama isteri pula boleh digunakan memohon lesen berniaga tetapi yang menjalankan perniagaan ialah warga Pakistan terbabit. Kebanyakannya beginilah kes yang membabitkan warga Pakistan di Sabah,” katanya.

Musa berkata, berdasarkan perangkaan Jabatan Imigresen Sabah, sebanyak 299 pas lawatan sosial suami asing warga Pakistan kepada warga negara dikeluarkan antara Januari hingga Julai tahun ini, manakala enam kebenaran bekerja dikeluarkan.

Beliau berkata, tahun lalu 736 pas lawatan sosial suami asing warga Pakistan dikeluarkan dengan 28 kebenaran bekerja, manakala masing-masing 925 pas lawatan sosial suami asing warga Pakistan dan 36 kebenaran bekerja dikeluarkan pada 2017.

“Jabatan Imigresen turut mengeluarkan pas pegawai dagang atau ekspatriat kepada warga Pakistan yang menjalankan aktiviti perdagangan di Sabah iaitu masing-masing 86 setakat Julai tahun ini, 134 pada tahun lalu dan 144 pada 2017,” katanya.

Musa berkata, pihaknya sedar banyak rungutan disuarakan penduduk tempatan berkaitan warga Pakistan yang semakin ramai menjalankan perniagaan sehingga ke kampung dan kawasan terpencil di negeri ini.

“Rungutan itu memang benar tetapi warga Pakistan terbabit memiliki pas kerana berkahwin dengan wanita tempatan. Kita tidak menafikan ada juga yang tiada pas atau pas tamat tempoh berdasarkan tangkapan pernah dibuat sebelum ini tetapi majoritinya ada pas.

“Puncanya ialah penduduk tempatan sendiri, kita tidak tahu apa kelebihan lelaki Pakistan yang menyebabkan wanita tempatan tertarik dengan mereka. Kemungkinan atas faktor itu juga, semakin ramai lelaki Pakistan datang ke Sabah kerana mudah untuk berkahwin di sini,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan segelintir warga Pakistan masuk ke Sabah melalui Menumbok dari Wilayah Persekutuan Labuan untuk mengelak pemeriksaan imigresen, Musa mengakui pernah menemui kes seumpama itu.

Katanya, kebanyakan warga Pakistan yang menggunakan laluan itu untuk masuk ke Sabah menyasarkan lokasi terpencil dan jauh dari ibu negeri untuk bekerja sebagai peniaga kedai runcit atau membantu perniagaan rakan.

Sementara itu, seorang lelaki warga Pakistan yang mengusahakan kedai runcit di Inanam, dekat sini, berkata dia baru setahun menetap di Sabah.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, 20, berkata dia membuat keputusan untuk mengahwini gadis tempatan selepas kira-kira dua bulan berada di sini bagi membantu rakannya berniaga kedai runcit.

Selepas berkahwin, dia dan pasangannya berusia 19 tahun yang berasal dari Kota Belud, mengambil alih perniagaan kedai runcit itu hingga ke hari ini.

“Kalau tidak kahwin orang sini, saya tidak boleh tinggal lama. Saya suka tinggal sini dan berniaga. Memang orang Pakistan kalau pergi ke negara lain, mereka mesti berniaga,” katanya.

Laporan penuh sila baca di SINI

LTAT: Najib Dan Hishamuddin Meludah Ke Langit Ke?


"Najib dan Hishamuddin mengkritik kerajaan untuk prestasi buruk LTAT ketika ini sedangkan sebenarnya masalah itu berpunca daripada mereka," kata Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) dalam satu kenyataan.

Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah RM2.6 Bilion


Kenyataan dibuat bagi menjawab laporan sebuah portal, kononnya TH melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion sejak tiga bulan lalu..

Bekas Setiausaha Pejabat TKSU Kementerian Kewangan Dituduh Rasuah


Seorang bekas setiausaha pejabat kepada Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) di Kementerian Kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pagi tadi atas tiga pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan pilihan menipu berhubung tender penjualan hartanah di Hong Kong tahun lalu. 

Ini Jawapan Kenapa SPR Pilih 16 Nov Sebagai Tarikh PRK Tg Piai..


SPR pagi tadi mengumumkan tarikh penamaan calon bagi parlimen itu pada 2 November manakala hari mengundi pula pada 16 November ini menyebabkan UMNO dan MCA tak puas hati.. 

Zuraida Pula Bidas Syed Husin..


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin membidas kenyataan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali yang menganggap beberapa pemimpin politik senior dalam Kabinet sudah ‘dibonsaikan’ oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Lantik Anwar Menteri Kanan Dahulu...


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinilai layak untuk menjawat jawatan sebagai menteri kanan pada ketika ini berbanding melantik beliau sebagai Perdana Menteri serta-merta.

Bila Ringgit Akan Naik, Bukannya Bila Anwar Akan Naik....


Sama ada Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri ataupun tidak, ia adalah persoalan yang tidak penting bagi rakyat Malaysia hari ini.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive