Tun Mahathir Janji Letak Jawatan Sebelum PRU-15 Pulak?


Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pada 27 Sept 2019 beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Saya berjanji bahawa saya akan meletak jawatan sebelum pilihan raya akan datang dan memberi laluan kepada calon lain. Jadi, saya mungkin ada masa paling lama pun tiga tahun,” katanya dalam satu dialog yang diadakan di Majlis Hubungan Luar Negeri di New York.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Tun mengenai isu PM8 yang terbaru itu, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali berkata langkah untuk melantik presiden PKR itu sebagai perdana menteri menjelang PRU15 hanya akan 'membunuh' Pakatan Harapan (PH).

“Kalau PRU15 baru nak serah (jawatan PM pada Anwar) itu nak membunuh parti, nak membunuh PH.

"Tak ada masa untuk Anwar berkempen, dia mesti bersedia sekurangnya dua tahun untuk mengatur pelbagai rancangan dan kempen,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Memperingati 50 tahun Dr Burhanuddin Al-Helmy di Auditorium Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Syed Husin yang merupakan bekas timbalan presiden PKR berkata beliau secara peribadi tidak percaya dengan kata-kata perdana menteri ketujuh itu.

“Saya memang tak boleh pegang cakap dia (Mahathir).

“Mahathir ini kadang-kadang dia buat keputusan bersama dengan pimpinan tapi nanti dia akan buat benda lain. Kemudian dia akan kata 'saya lupa'. Bukan Melayu sahaja lupa, Mahathir pun selalu lupa,” katanya.

Kenyataan Syed Husin itu dibidas oleh Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan, Sazmi Miah.

Sazmi berkata, pemimpin PKR yang mahu Anwar menjadi perdana menteri sepatutnya menunggu sehingga dua tahun, bukannya melabelkan Mahathir sebagai individu tidak boleh dipercayai.

“Mereka agak gelisah, sememangnya menunjukkan mereka kurang sabar dan seperti takut kepada bayang-bayang sendiri, belum pun tiba tarikh sebenar yang mereka war-warkan kononnya dua tahun (untuk serah jawatan) tapi sekarang sudah beria menuntut janji.

“Jadi, untuk melabel (Mahathir tidak boleh dipercayai) itu kenalah sampai masa baru boleh cakap.”

Sazmi juga bimbang sikap “celupar” sesetengah pemimpin PKR mendesak Mahathir menyerahkan jawatan kuasa kepada presiden PKR itu akan menimbulkan ketegangan dalam Pakatan Harapan.

“Dengan melabelkan perdana menteri tidak boleh dipercayai dan tidak boleh pegang janji, ia satu tuduhan yang serius, tidak sepatutnya dikeluarkan seorang pemimpin parti, apatah lagi seseorang yang berkaliber seperti Syed Husin.

“Sudah tentu ia akan mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati rakan-rakan dalam PPBM, ianya umpama kita beri pandangan Anwar tidak layak dilantik perdana menteri kerana beliau adalah bekas banduan, tetapi kita tidaklah sampai tahap nak kata begitu.”

“Dengan perpecahan dalaman yang ketara dalam PKR sekarang, memang tidak wajar jawatan perdana menteri diberikan kepada Anwar, ini diketahui umum, bukan sekadar khabar angin,” kata Sazmi.

“Sebagai pemimpin dan negarawan ulung, semestinya Mahathir mengambil kira pelbagai aspek dan situasi semasa, ini bukan calang-calang jawatan, bukan nak melantik penghulu atau penggawa kampung, ianya perlu dibuat dengan penuh kebijaksanaan.”

Hmmmm....

laporan sepenuhnya silalah baca di SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

8 comments

comments
Anonymous
September 30, 2019 at 1:18 PM delete

Apa yang saya faham 3 tahun mulai tarikh dilantik hingga ketahun 2021 itu telah dikira paling lama.

Reply
avatar
I
September 30, 2019 at 1:41 PM delete

Kalau tak takut PH berkecai dan jadi pembangkang semula...tunggulah pru 15 nanti... pembangkang sedang kumpul kekuatan. Mp2 dari ph kena bersatu dan kukuhkan PH. Ada beberapa mp dari ph mungkin sudah ada konsensus secara diam dengan pembangkang diam2 dengan jaminan kerusi empuk mereka selamat dan menyeberang bila sampai masanya.... dalam politik semua boleh jadi. Anak2 pm7 tak akan bebas dari dendam kesumat BN jika mereka berkuasa semula. Sedarlah dari sekarang bahawa kuasa ..umur...kesihatan tu semuanya tak kekal.... bertanggungjawablah untuk generasi PH yang akan datang supaya tak ditipu dan ditindas lagi...

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2019 at 3:39 PM delete

Jangan guna kan alasan kekecuhan dalam PKR dalam hal ini.

Kekecuhan itu akan selesai apabila Anwar pulak jadi PM.
Apa.. Ingat BERSATU tak akan bertelagah? Masa Mahathir ni nampak lah elok tapi tunggu lah apabila Mahathir bersara.

Reply
avatar
September 30, 2019 at 4:01 PM delete

Sy harap Tun trus memimpin hingga habis pengal...sy selesa dgn pimpinan Tun... Sy doa agar Allah kurniakan kesihatan yg sempurna kpd Tun sekeluarga...

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2019 at 4:31 PM delete

Jika Mahathir tidak mahu di anggap sebagai Penipu, Mahathir kena lebih berani.

Jangan sekejap cakap 2 tahun .. Sekejap 3 tahun.. Sekejap sebelum PRU 15 .. Terus cakap sampai habis penggal. Dan bagi sebab yang dia sorang yang layak jadi PM. Kalau dia mati, masa depan negara tak jamin sebaik macam ini.

Kalau sebelum ini telah di persetujui yang bukan Anwar adalah penganti tetapi orang lain .. Adakah keadaan tegang seperti sekarang?

Tak kira siapa.. Tetapi apabila telah bersetuju PM akan di ganti dalam masa 2 tahun kena lah ganti.

Kita akui susah cari penganti.. Sepatutnya kerja Mahathir yang paling utama ialah jadi pengasuh supaya orang lain jadi penganti. Susah ke nak asuh Anwar yang banyak pengalaman jadi PM.

Kalau nak sampai habis penggal .. Cakap je yang Anwar tak layak sebab itu sebab ini.

Nak selamat kan PH ia lah Anwar jadi PM pada Mei 2020.

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2019 at 4:33 PM delete

Anwar belum menyerang. Tunggu Mei 2020.

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2019 at 5:11 PM delete

Keciwa dengan pandangan MAZA di mana kenyataan nya mendedahkan bukan seperti nama yang di war-warkan (Anwar) yang di sebut oleh Mahathir sebagai penganti.

Dalam mengetahui perkara itu di tuduh nya Anwar sebagai rakus dan gelojoh...

Sudah tentu Anwar pun dapat hidu perkara tersebut. Malahan tindakan Mahathir berdolak-dalih pun dah jelas.

Sebab itu tak salah bila Anwar bersuara bersungguh-sungguh dan berkali-kali. Anwar memang bercita-cita mahu jadi PM, salah ke?

Kalau MAZA tak ada jawatan Mufti pun.. Tak berapa popular lah macam sekarang..

Reply
avatar
Anonymous
September 30, 2019 at 6:54 PM delete

Tak heran lah Mahathir pernah ckp yg dia ni Pekak.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive