Tak Jadi Masaalah Azmin Hadir Acara PPBM, Kata Anwar


Kehadiran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada program anjuran PPBM baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti namun ia bukan satu isu bagi presidennya, Anwar Ibrahim.

Anwar berkata selain Azmin, ramai lagi pemimpin parti itu yang turut hadir pada sambutan ulang tahun ke-3 PPBM di Shah Alam, Selangor, Khamis lalu.

“Tidak ada masalah, dia hadir bila dijemput. Jadi saya ingat tak berbangkit masalah ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak, di sini, hari ini.

Kehadiran Azmin ke majlis parti komponen Pakatasn Harapan (PH) itu antara lain menimbulkan spekulasi beliau akan menyertai PPBM dengan pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, kehadiran pemimpin parti dalam PH, termasuk Azmin bukan petanda mereka akan menyertai PPBM.

Mengenai mesyuarat berkenaan, Anwar berkata ia memberi fokus kepada persediaan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada 2021.

“Saya tekankan beberapa perkara, termasuk kukuhkan jentera dan parti harus bergerak sebagai satu pasukan yang kukuh, saya puas hati kerana nampak ada fokus dalam pemerkasaan jentera parti.

“PRN kita tak tahu bila akan diadakan. Kita minta mereka persiapkan jentera dan tumpu kerja. Sekarang ini rakyat harapkan parti dan wakil rakyat dan jentera kerajaan menjaga kepentingan mereka,” katanya lapor FMT

Sementara itu Sinar pula melaporkan.. Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti yang diasaskan beliau itu terbuka kepada semua individu tanpa mengira latar belakang.

"Kalau ada permohonan (daripada Mohamed Azmin), kita timbanglah (masuk Bersatu)," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program The Putrajaya Boat Race 2019 di Kelab Tasik Putrajaya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kemungkinan Mohamed Azmin akan menyertai Bersatu susulan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu dilihat turut menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ketiga Bersatu di Shah Alam baru-baru ini.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, kehadiran Mohamed Azmin tidak sewajarnya dipertikai kerana pemimpin lain turut dijemput menghadiri majlis itu.

"Kami jemput pemimpin-pemimpin (parti lain). Ramai yang datang," katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive