PKR Jangan Jadi UMNO - Anwar


Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti itu supaya tidak mengkhianati semangat perjuangan reformasi selain terus komited merealisasikan janji untuk membawa budaya politik baharu iaitu matlamat tidak menghalalkan cara dan kaedah yang salah.

Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Serentak Keadilan Sabah, Anwar berkata, setiap ahli PKR boleh berbeza pendapat, dan dalam masa sama, memberi pandangan kepada pemimpin, namun, ahli parti tidak boleh sama sekali mengkhianati semangat perjuangan menuntut reformasi yang sememangnya sudah menjadi landasan dan tunggak parti itu sejak awal penubuhannya.

Anwar juga mahu ahli PKR sentiasa bermuhasabah dan mengintropeksi diri bagi memastikan bibit-bibit yang ada dalam budaya politik Umno dan Barisan Nasional (BN) seperti salah guna kuasa, rasuah, gila kuasa dan memperkayakan diri tidak wujud dalam kalangan ahli parti itu.

“Dulu jangan lupa, kita serang Umno dan BN habis-habisan. Sebab apa? sebab gila kuasa, gondol kekayaan, memperkayakan diri dan memiskinkan rakyat. Sekarang, orang akan tanya apakah bibit-bibit yang ada dalam budaya Umno itu juga terhimpit dan tersangkut dalam kalangan kita. Kalau ada, kita harus bertindak dan nyahkan daripada pengaruh ini.

“Ini dikatakan intropeksi, muhasabah, kritik diri kita sendiri. Jangan sibuk serang orang sahaja kerana kita sekarang ada kuasa. Atas sebab itu, kita harus buat penilaian tentang dasar kita. Kita lihat umpamanya, pengumuman usaha-usaha dilakukan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri (Sabah), kita harus akui menyokong langkah-langkah baik yang dilakukan.

“Ada orang kata tiada perubahan sama sekali, saya tidak setuju, perjalanan Parlimen berubah, badan Kehakiman berubah, media berubah. Ada perubahan. Tetapi kita juga tidak sabar, kita tidak mahu tunggu 50 tahun lagi berubah, maka sebab itu, tuntutan, gesaan, asakan itu kian kuat meminta perubahan itu dengan kadar yang lebih pantas dan cepat,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar juga mahu, pemimpin dan ahli PKR termasuk daripada parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mudah melenting apabila dikritik mahupun ditegur oleh pihak lain atau media sebaliknya perlu lebih rasional dengan menilai serta menjawab perkara dibangkitkan secara sopan.

“Kita kena ingat suasana berubah. Sejak PH memerintah, antara langkah awal diambil oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah membebaskan media. Bila media bebas, yang kena serang itu kita. Tetapi, itu yang kita janji. Apa yang kamu minta itu yang kamu dapat. Kita minta media harus bebas.

“Sekali dah bebas, kritik kita tak boleh. Jika (menteri) faham reformasi, dia akan dengar, nilai, dan jawab dengan baik dan sopan. Itu budaya politik baharu yang kita bicarakan,” katanya.

Anwar turut menasihatkan pemimpin dan ahli PKR untuk sentiasa mengingati naratif baharu parti iaitu menjadi wakil kepada kepentingan majoriti rakyat pelbagai kaum yang memerlukan pembelaan selain memastikan pembangunan yang dibawa seiring dengan penerapan nilai-nilai pembangunan insan.

PKR mahu melahirkan pemimpin yang menjadi juara, pejuang dan pembela nasib rakyat di peringkat akar umbi dan bukannya mempertahankan golongan korporat atau ahli perniagaan kerana PKR ditubuhkan oleh rakyat bawahan di jalanan yang menuntut perubahan, katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew ketika berucap berkata PKR negeri itu mahu semua ahli memainkan peranan masing-masing di pelbagai peringkat untuk membantu kerajaan negeri merealisasikan perubahan yang diperjuangkan parti selama 20 tahun di Sabah.

Pada majlis itu, Anwar diiringi Liew menerima sebanyak 11,362 borang keahlian baharu PKR Sabah yang didaftarkan secara dalam talian lapor MMO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
bile NUAR jdi PM ni??berjggut tunggu
September 18, 2019 at 7:56 PM delete

Sape nk SOKONG nuar??

Zmin SEMBUR ke?

Reply
avatar
Anonymous
September 18, 2019 at 8:59 PM delete

Ramai orang suda gila la...kata sammy vellu..
Gila seks

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2019 at 8:11 AM delete

Bakal PM ke 8 Aljub pooojaan hati KD Jon Doe Pomen Bawah Tanah Kriss Berayon Budak Suman

Dolu

Hari ini ke Putar Jaya esok minyak turun...!!

Dolu-dolu

Beri saya masa 2 minggu..!! 2 Minggu masalah Kg Buah Pala selesai... kikiki .. yer mme selesai segala buah pala pun x nnpk lagi.. kikikiki..!!

Sekarang...!!

MA63: Anwar Saya jamin masalah akan selesai bila jadi PM... lu fikir la sindri...!!!


#buymuslimfirst

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2019 at 9:08 AM delete

Tak pe.... minyak tak turun. Ada kah kerana masalah kampung Buah Pala tak selesai maka Anwar terus kena berdiam diri.

Allah Maha Berkuasa dan mengatasi segala-gala nya... Sesiapa pun jadi PM dan bakal jadi PM termasuk lah Hadi akan menumpukan rancangan untuk turun harga minyak.

Tanya lah soalan 'Boleh tak harga minyak di turun kan?' kepada semua bakal PM... Berani Hadi jawab Tak Boleh. Harga minyak kena di naik kan... '

Yang kita nak Harga Minyak berpatutan dan mengikut harga pasaran dunia.. Setakat ini pattern atau corak kenaikan harga minyak munasabah.

Jika ikut kiraan masa BN pasti rakyat tak boleh terima..

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2019 at 9:11 AM delete

Biar lah jadi macam UMNO dari jadi macam PAS.

Reply
avatar
Anonymous
September 19, 2019 at 9:20 AM delete

Anwar ke sana.
Hadi pun ke sana.

Anwar... menerima sebanyak 11,362 borang keahlian baharu PKR Sabah yang didaftarkan secara dalam talian lapor MMO....

Hadi.... ?? Menghasut. Nak melayu berkuasa guna lah pendekatan yang bijak dan ajak orang melayu kerja keras...

Reply
avatar
September 19, 2019 at 1:50 PM delete

Aku tetap sokong pakatan. Lantak lah umno nk begabung dgn pas. Pru akn dtg aku tetap pangkah pkr.

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive