Lebih 1,000 Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mejar Zahir


5 Sept ― Suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, apabila jenazah Allahyarham Mej Mohd Zahir Armaya, tiba di masjid itu untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.

Lebih 1,000 hadirin termasuk anggota keluarga, kenalan rapat dan petugas media menunggu ketibaan jenazah pada 1.48 pagi itu untuk memberi penghormatan terakhir dan menyempurnakan solat jenazah Allahyarham Mohd Zahir.

Antara orang kenamaan yang hadir Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Ahmad Nawawi dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Kol (B) Nazim Mohd Alim dan ayah Allahyarham, A R Badul serta anggota keluarga yang lain.

Jenazah Allahyarham Mohd Zahir yang selesai disolatkan pada 2.43 pagi itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh untuk dikebumikan selepas solat subuh.

Mohd Zahir, 36, merupakan pegawai komando daripada Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi semalam di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu selepas dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Allahyarham Mohd Zahir bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang bapa kepada lima anak berusia antara lima bulan hingga sembilan tahun.

Sementara itu, Nazim berkata beliau mewakili Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk menyampaikan ucapan takziah Seri Paduka berdua kepada anggota keluarga Allahyarham Mohd Zahir.

“Saya juga menyampaikan sumbangan bagi pihak Seri Paduka Baginda berdua buat isteri Allahyarham, Nourshafinar Harun,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini.

Sementara itu, Nourshafinar berkata: “Saya rasa bertuah sangat hidup dengan dia (Mej Mohd Zahir Armaya) walaupun Allah pinjamkan dia sekejap sahaja”.

Ditemui pemberita di Masjid Kem Wardieburn di sini malam ini, Nourshafinar, 31, berkata beliau mengetahui suaminya meninggal dunia selepas menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai tentera dari Sabah.

“Cuma berita itu sahaja saya terima dan tidak tengok lagi apa-apa video mengenai kejadian itu.

“Kali terakhir saya jumpa Allahyarham ialah pada 26 Ogos lepas sebelum dia ke Sabah,” katanya yang kelihatan amat sedih lapor MMO

Sementara itu MyMetro melaporkan..

PENGEBUMIAN Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Tambun di Ipoh, hari ini.

Hujan yang turun sejurus selepas ketibaan jenazah di kediaman ibu mentuanya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta, pada 5.45 pagi tadi tidak mengganggu kelancaran istiadat pengebumian.

Turut hadir menyambut ketibaan jenazah adalah Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Malek Razak Sulaiman dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Solat jenazah dilaksanakan sekali lagi di rumah keluarga isteri arwah selepas solat subuh sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Terdahulu, jenazah Mejar Mohd Zahir dibawa dari Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur, 2.23 pagi selepas selesai solat jenazah di Masjid Al Fatih diimamkan Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan (TKPP) Brigadier Jeneral Datuk Mustafa Abdul Manap.

Jenazah tiba di tanah perkuburan ketika hujan sudah berhenti pada 7.45 pagi dan sebagai penghormatan terakhir Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan istiadat mengiring dan mengusung jenazah oleh pegawai dan anggotanya.

Allahyarham Mohd Zahir turut diberikan tabik hormat oleh pegawai dan anggota ATM yang hadir sebelum jenazahnya diturunkan ke dalam liang lahad.

Bacaan talkin disempurnakan Pegawai Agama Markas 2 Briged, Leftenan Kolonel Titan Abdul Wahab.

Istiadat pengebumian yang berlangsung dalam suasana hiba itu dihadiri lebih 2,000 orang termasuk ahli keluarga, warga ATM dan penduduk setempat.

Selesai bacaan talkin bapa arwah yang juga pelakon AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie dan isteri arwah, Nour Shafinar Harun serta anak-anak menyiram air dan menabur bunga di pusara Allahyarham.

Nour Shafinar kemudian turut menerima Jalur Gemilang yang disampaikan Pegawai Memerintah Rejimen 11 Gerak Khas, Kolonel Zulkinine Mohd Yunus

Istiadat pengebumian selesai sepenuhnya pada 8.45 pagi.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, pegawai komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK) yang maut terkena tembakan ketika demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah.

Mejar Mohd Zahir Armaya terkena tembakan jarak dekat ketika melakukan aksi demonstrasi sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pada 8.40 pagi, semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi ketika rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
December 25, 2019 at 7:35 AM delete

Nama: __ Hendi Zikri Didi
Kota: _______________ Malacca
pekerjaan: _ Pemilik bisnis
Setiap pemberitahuan: ____ hendidi01@gmail.com

Halo semua, harap berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu banyak pemberi pinjaman palsu di internet, saya tipuan saya hampir menyerah, sampai saya bertemu seorang teman yang baru saja mengajukan pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa stres, jadi dia memperkenalkan saya pada PERUSAHAAN PINJAMAN AASIMAHA ADILA AASIMAHA ADILA yang sah, saya mengajukan permohonan untuk Rm1, 3 juta. Saya memiliki pinjaman dalam waktu kurang dari 2 jam hanya dalam 1% tanpa jaminan. Saya sangat senang karena saya diselamatkan dari menjadi miskin dengan hutang. jadi saya menyarankan semua orang di sini membutuhkan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan pinjaman Anda.

Aplikasi / Pusat Kontak
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516

Reply
avatar
February 14, 2020 at 4:32 AM delete

e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp Number::::::::::[+60]1123759663
Telephone..Number:[+60]1123759663
email:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia

Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"

Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive