Jual MyKad : Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa


Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan seorang lelaki bergelar Datuk antara enam lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown di sini semalam atas 32 pertuduhan melibatkan sindiket penjualan dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran kepada warga asing palsu dan diubah suai.

Mohd Faizul Arifin, 34, yang juga Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang menghadapi dua pertuduhan utama iaitu di bawah Seksyen 26 E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Tertuduh didakwa membuat penipuan satu dokumen pengenalan diri iaitu sijil kelahiran Malaysia dan kad pengenalan Malaysia atas nama Ewe Chor Beng bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran.

Mohd Faizul didakwa melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat JPN Pulau Pinang, Bangunan Persekutuan Jalan Anson di sini antara Januari dan Februari lalu.

Selain itu, Mohd Faizul yang menghadapi 11 pertuduhan turut berdepan lima pertuduhan mengikut Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana mengeluarkan lima kad pengenalan atas nama disyaki warga China.

Tertuduh juga menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen daftar beranak iaitu sijil kelahiran Malaysia.

Sementara itu, turut didakwa membabitkan kes sama, ahli perniagaan, Datuk Lai Chin Wah, 56; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36; Yap Cheng Wah, 44 dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 66.

Kelima-lima mereka didakwa atas 11 pertuduhan di bawah Seksyen 26 E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan 10 pertuduhan membabitkan Seksyen 466 Kanun Keseksaan.

Kesemua mereka didakwa menjual satu dokumen pengenalan diri palsu dan diubah suai iaitu sijil kelahiran Malaysia dan kad pengenalan Malaysia dan kad pengenalan Malaysia atas nama individu disyaki warga China bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran.

Kesemua tertuduh dibawa ke Mahkamah Sesyen Georgetown pada jam 9 pagi tadi.

Kesemua kes dibacakan di dua mahkamah sesyen berasingan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah dan Mazdi Abdul Hamid.

Kedua-dua hakim tidak menawarkan sebarang jaminan kepada semua tertuduh dan kes disebut semula pada 18 September ini.

Pasukan pendakwaan dikendalikan Yusaini Amer Abdul Karim, Amril Johari, Noor Azura Zulkiflee, Farah Aimy Zainul Anwar, Yazid Mustaqim Roslan dan Shafiq Sazali.

Kesemua tertuduh diwakili peguam iaitu Sukhindarpal Singh, Dr N Ahilan, Lee Kean Wooi dan Datuk Ranjit Sigh Dillion.

Kelmarin, polis mendedahkan berjaya membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China di negeri ini yang didalangi pegawai JPN negeri.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah, namun dia didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dalam kejadian dipercayai berlaku pada Mei lalu.

Laporan sepenuhnya sila baca di SINI 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

7 comments

comments
Anonymous
September 12, 2019 at 6:39 PM delete

Orang Melayu yang jual tanah kepada orang asing sama seperti jual negeri. Orang Melayu yang jual MyKad kepada warga asing sama seperti menggadai negara.
Orang Melayu Pulau Pinang mesti sedar akibat menjual dan menggadai.

Reply
avatar
Anonymous
September 12, 2019 at 8:17 PM delete

Lucutkan kenegaraan yang tidak sah..

kenapa China mahu jadi rakyar Malaysia dng wang 300K?

Faktor berikut mungkin
- Negara China tak bagus untuk hidup terkongkong
- Penjenayah yg mahu mengubah identiti
- Usaha menghalau Melayu dari tanah air

Besok satu datang- lepas dua tahun 3 lagi datang-
bawa kawan, atuk nenek dsb..

Lama2 jadi 1 bilion - bodoh betul..dudukla negara China tu Jatuhkan Kerajaan komunis mcm penduduk hong kong..Bodoh punya orang

Reply
avatar
Anonymous
September 12, 2019 at 11:17 PM delete

orang utara ni terkenal dengan mengadai suma yang depa ada... esp pemimpin dari utara... semua haprakkkkk...nak bukti dan fakta....!!!

Reply
avatar
Anonymous
September 13, 2019 at 12:14 AM delete

jln jem di semua lebuhraya di seluruh lebuhraya menuju ke KL dan PWTC..


update teekini.... alhamdilullah

Reply
avatar
September 14, 2019 at 6:13 PM delete

Tepat kata2 anda. Cina ni banyak muslihatnya. Hati2 dgn pergerakan cina ni tak kira cina dari mana2....negara lain mmg tahu siapa cina ini sbb tu mereka tak bagi muka pada golongan ini....

Reply
avatar
September 14, 2019 at 6:16 PM delete

Pulau pinang seolah2 mcm hong kong@china.kalu boleh mereka ini cuba nak halau melayu dgn mcm2 cara... China tetap china, ingat tu

Reply
avatar
September 17, 2019 at 4:20 PM delete

Selamat datang Di Agen Slot Deposit Pulsa Masterbet188
Situs Masterbet188 berbeda dengan situs situs slot lainnya.
Dengan memberikan fasilitas berupa Deposit via Pulsa
yang didukung oleh 3 Jaringan Lokal Simpati,Xl,Axis
Dengan Minimal Deposit Pulsa Hanya 10.000
- Rate Simpati 83%
- Rate Axis & XL 90%
Mainkan Seluruh Permainan Yang Menarik
Hanya Di Situs Agen Slot Deposit Pulsa Masterbet188
Link Official:
https://masterslot888.com
https://masterslot888.site
https://masterslot888.life

Contact US :
Livechat : Masterbet188
Whats App : 081397628286

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive