Econsave Jadi Mangsa Fitnah..


Pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) semalam membuat laporan polis terhadap beberapa akaun Facebook yang dipercayai menyebarkan fitnah mendakwa pasar raya itu tidak menjual produk-produk Muslim dan Bumiputera.

Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam, yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada 1.15 tengah hari semalam, berkata pihaknya mengambil serius tuduhan fitnah terhadap Econsave di Facebook dua pihak berkenaan.

“Econsave merupakan salah satu pasar raya yang banyak menjual produk-produk Bumiputera dan Muslim seperti kicap Tamin, kicap Adabi, kicap Kipas Udang, produk Faiza, kicap Enaq, Minyak Saji dan banyak lagi produk-produk lain.

“Selain itu, pihak Econsave juga menyertai program sesi padanan perniagaan anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang memberi platform kepada usahawan-usahawan bertemu dengan pasar raya-pasar raya besar dan peruncitan untuk memasarkan produk mereka,” kata beliau ketika dihubungi, di sini hari ini.

Selain itu, pihaknya turut memberi tempoh 48 jam kepada kedua-dua akaun Facebook itu untuk menarik balik dakwaan itu serta memohon maaf atas maklumat palsu yang ditularkan di media sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan laporan polis telah dibuat.

“Ada terima satu laporan dan ia dirujuk ke pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” kata beliau lapor Malaysiakini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
Anonymous
September 3, 2019 at 4:33 PM delete

(SENARAI PRODUK KELUARAN BUMIPUTERA ISLAM)

1. Roti – Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Minyak Masak -Tiara (FGV-FELDA)
– SAJI (FGV-FELDA)
– ALIF (Sime Darby)
– ADELA (FGV-FELDA)
3. Susu Pekat Manis – SAJI (FGV-FELDA)
– ALIF (Sime Darby)
4. Susu Cair – Saji (FGV-FELDA)
5. Mee Segera – SajiMee Saji (FGV-FELDA)
– ADABI
6. Beras – FAEZA
– Langsat Biru (JUARA SELERA –SG ACEH)
– Langsat Hijau (JUARA SELERA)
– Juara Selera
7. Garam – HALAGEL (garam bukit)
8. Kicap Masin/Manis – Kipas Udang
– Tamin
– ALIF (Sime Darby)
– Rohaya
– JALEN (Johor)
9. Sos Cili/Tomato/Tiram – ZUZA (Kedah)
– Rohaya
– ADABI
– Pelangi (FELDA)
10. Cuka Buatan – Mudim
– Rohaya
11. Tepung Gandum – FAEZA
12. Tepung Perasa/ Goreng – ADABI (tepun ayam)
– ADABI (tepung Cucur Ikan Bilis, jagung, udang)
13. Rempah Masak – ADABI, Brahim’s, FAEZA, AGROMAS, Imans
14. Kunyit – AGROMAS
15. Jagung Tin manis – ADABI
16. Pasta spaghetti – ADABI
17. Santan Paket – ALIF (Sime darby)
18. Taucu – JALEN, Tamin
19. Jus Pekat Buah2an – Tamin
20. Perasa Ros Sirap – Rohaya, Tamin
21. Mayonis -Mayo Saji (FELDA)
22. Marjerin – Pelangi Delima Oil(FELDA)
23. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
24. Jem – Peanut SunBear (FELDA)
– Jem Strwaberry – AGROMAS
25. Kopi 3-in-1 – ADABI-Tongkat Ali Cordyceps (5-in-1)
i. -Kopi HANG TUAH (2-in1, 2-in-1)
26. Biskut Coklat – GOODKISS (Noraini’s Cookies)
27. Frozen Daging Burger/ Nugget – RAMLY, NAFAS, AYAMAS
28. Sardin Agromas
29. Sardin Pertima
30. Bihun Sufi
31. Mi Kuning Sufi
32. Kuey Teow Sufi
33. Garam Sufi
34. Sos Lada Hitam Sufi
35. Sos Cili/Tomato Sufi
36. Kicap Masin/Manis Sufi
37. Tepung Goreng Sufi
38. Minyak Masak Sufi
39. Telur Cap Sufi
40. Ubat gigi Najwa
41. Ubat gigi Halagel
42. Tepung gandum Cap Bidara
43. Jus minuman Safina
44. Syampoo D’herbs
45. Bihun Kampung
46. Rempah- Imans
47. Rempah-Brahim’s
48. Bihun- FAEZA
49. Jeruk Buah2an- jenama PAK ALI
50. Kedai Kasut Sukan – ALIKHSAN
51. Kuah Rojak/Garam Belacan – ZUZA, PAK ALI, FAMA
52.Alatulis jenama k’didi

Reply
avatar
Anonymous
September 3, 2019 at 6:49 PM delete

Produk ni dah lama dlm pasaran bukan baru malah dah jd pilihan pengguna pun... Patut syukur Kerana ada pasaraya sudi jualkan ....Melayu mmg boleh buat produk tapi lemah dlm marketing ...so jgn boikot sebarangan...

Reply
avatar
Anonymous
September 4, 2019 at 6:09 AM delete

so whats the problems... dah tau marketing lemah kuat kan lah

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive