DAP Beri Kewarganegaraan?.. Hentilah Perbodohkan Rakyat..


Laskar (tentera upahan) siber pembangkang disaran berhenti menimbulkan ketegangan kaum lewat fitnah kononnya pemimpin DAP memberi kewarganegaraan kepada rakyat China melalui pendaftaran beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Terbaharu, JPN terpaksa membuat penafian atas dakwaan kononnya DAP Kepong merancang untuk mendaftarkan MyKad bagi pendatang haram China.

Dalam kenyataannya, JPN berkata satu video yang tular di media sosial baru-baru ini sebenarnya merupakan video lama pada 2018.

Ia kejadian di mana pemegang kad pengenalan sementara dan pemegang kad pengenalan Permastautinan Tetap berpusu-pusu hadir di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar status kewarganegaraan mereka kerana berlaku salah tafsir atas mesej yang sebelumnya disampaikan.

“Program pada penghujung 2018 tersebut hanya melibatkan sesi penerangan dan taklimat berhubung tatacara permohonan kewarganegaraan dan kad pengenalan oleh JPN.

“Tiada urusan permohonan dilaksanakan pada hari tersebut dan pihak JPN telah menasihatkan mereka yang hadir untuk pergi ke Pejabat JPN berhampiran bagi urusan permohonan kewarganegaraan dan kad pengenalan,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, JPN mengarahan orang ramai yang berkongsi atau menyebarkan video tersebut di media sosial milik mereka tidak lagi menimbulkan kekeliruan yang dibimbangi akan menyebabkan ketenteraman awam tergugat.

JPN berkata, pihak mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi penyebaran maklumat yang tidak benar oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sementara itu Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu reaksi balas mempersendakan laskar siber pembangkang yang tidak cerdik dalam ‘kelentong’ mereka sehingga membodohkan orang Melayu yang kononnya mereka bela dan pertahankan.

Tegasnya, video menghasut rakyat itu benar-benar tidak masuk akal kerana kelulusan untuk permohonan kerakyatan mesti melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya pejabat mana-mana Ahli Parlimen DAP sebagaimana yang terkandung dalam video fitnah.

“Ia merupakan taktik kotor dalam usaha pihak tertentu mahu mengambil alih kepimpinan negara daripada kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Kalau mereka ini hendak menipu pun, carilah kaedah penipuan yang bijak sikit,” sinisnya. – RF8 Media

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
Anonymous
September 4, 2019 at 5:49 PM delete

Yang datang tu confirm belum ada IC..

So baguslah malaysia ada banyak cina.. hongkong ramai2 1 bilion boleh datang sini..china tak ada freedom..

Reply
avatar
Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive