Puak-puak Bangang Dalam PKR Jangan Keterlaluan! - Khairuddin Kata?


Saya rasa syed husin ali sedang hadapi masalah ingatan dan minda beliau semakin lemah!! Beliau lupa anwar ibrahim terajui parti pembangkang dari tahun 1999 sehingga 2013 telah gagal untuk menjatuhkan umno serta BN!!

Syed Saddiq Menjawab Syed Husin Mengenai Tun Mahathir


Tulisan saya ini adalah reaksi setelah saya membaca rencana tulisan Dr Syed Husin Ali yang melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir Janji Letak Jawatan Sebelum PRU-15 Pulak?


Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata pada 27 Sept 2019 beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum akan datang.

Kes Adib: 'Terbukti saya tak reka cerita'


“PAHIT rasanya apabila saya dipulaukan oleh rakan-rakan sendiri serta menerima pelbagai tohmahan sejak memberikan keterangan berhubung apa yang menimpa Muhammad Adib dalam insiden rusuhan itu.

"Tapi pada hari ini, semuanya bertukar menjadi manis kerana akhirnya terbukti saya tidak mereka cerita mengenai kejadian itu," kata saksi inkues kesembilan, R Narresh, 30.

Narrresh berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Koroner hari ini, yang memutuskan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib akibat impak perbuatan jenayah disebabkan dua atau lebih lelaki yang tidak dikenali.

Menurut Narresh, bukan dia sahaja dikecam, malah keluarganya turut menerima nasib yang sama selepas dia menjadi saksi dan memberikan keterangan di Mahkamah Koroner pada 18 Februari lalu.

“Saya memberitahu perkara yang saya lihat dan membantu Muhammad Adib kerana tiada siapa mahu berbuat demikian pada malam kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun, Narresh menjelaskan dia tidak pernah menuduh bangsa yang bertindak memukul Muhammad Adib dan memberikan keterangan berdasarkan apa yang dilihat pada malam itu.

Narresh berkata, sejak memberikan keterangan di mahkamah, dia menerima banyak panggilan dari nombor tidak dikenali yang mengecam keterangannya itu.

"Mereka tidak berpuas hati dengan keterangan saya sedangkan apa yang saya lakukan kepada Muhammad Adib adalah satu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

"Sebagai sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), saya mahu buktikan bahawa tindakan saya membantu mangsa menunjukkan rakyat negara ini tidak bersifat perkauman dan wajib membantu insan yang dalam kesusahan,” katanya.

Berdasarkan keterangan di Mahkamah Koroner, Narresh adalah individu yang membantu Muhammad Adib pada malam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, tahun lalu.

Narresh yang melihat Muhammad Adib mengalami kecederaan ketika itu membawa anggota bomba itu ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) untuk rawatan lanjut.

Selain itu, Narresh juga bertindak menghubungi rakan sekerja Muhammad Adib bagi memaklumkan kejadian yang berlaku.

Koroner Rofiah Mohamad pada pagi ini membacakan keputusan inkues kematian Muhmaad Adib disebabkan perbuatan jenayah dua atau lebih orang tidak dikenali.

Prosiding inkues yang dikendalikan Pengendali Faten Hadni Khairuddin itu bermula pada 11 Februari lalu dengan seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dipanggil memberi keterangan selain 137 eksibit dikemukakan.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember tahun lalu di Institut Jantung Negara (IJN).

Lagi berita berkaitan Inkues Adib

Anwar Sedih Teringat Kenangan Bersama Yazit


Pemergian bekas pemain dram kumpulan Search Yazit Ahmad hari ini bukan saja mengundang kesedihan anggota keluarga, sahabat handai dan peminat muzik tanah air, tapi juga dikongsi Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Jho Low Dilindungi Pihak Tertentu - KPN


Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi bayangan bahawa ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dijangka dibawa pulang hujung tahun ini. 

Salah Apa Persoal Yahudi? - Tun M


Dituduh seorang yang anti-Semitik, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau hanya menggunakan hak kebebasan bersuara apabila memberi komen mengenai kaum Yahudi. 

1MDB: Najib Langgar Titah Agong?


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu menitahkan pinjaman IMTN digantung dan ditangguhkan dahulu.

Tanjung Piai : Mampukah PH Kekalkan Penguasaan?


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Md Farid Md Rafik pertama kali ditemui penulis setahun lalu. Ketika itu beliau hadir di Institut Integriti Malaysia untuk merasmikan persidangan berkaitan integriti dan perpaduan. Pertemuan pertama memperlihatkan beliau seorang rendah diri dan mesra.

Peluang Anwar Jadi PM Cerah


Masa depan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia cerah kerana sudah ada persetujuan majlis Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Anwar Sedang Bersiap Untuk Rebut Jawatan PM?


Seorang penganalisis politik menyuarakan keyakinan bahawa Presiden PKR Anwar Ibrahim sedang mempersiapkan diri untuk merebut jawatan perdana menteri, bukannya menunggu Dr Mahathir Mohamad menyerahkannya kepada beliau.

PKR Jangan Jadi UMNO - Anwar


Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parti itu supaya tidak mengkhianati semangat perjuangan reformasi selain terus komited merealisasikan janji untuk membawa budaya politik baharu iaitu matlamat tidak menghalalkan cara dan kaedah yang salah.

Anwar Ramal Dirinya Jadi PM Ke-8 Tahun Depan


Anwar Ibrahim menjangkakan beliau akan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad tahun depan.

Tak Jadi Masaalah Azmin Hadir Acara PPBM, Kata Anwar


Kehadiran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pada program anjuran PPBM baru-baru ini menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kesetiaannya terhadap parti namun ia bukan satu isu bagi presidennya, Anwar Ibrahim.

Jual MyKad : Penolong Pengarah JPN Antara Enam Didakwa


Seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan seorang lelaki bergelar Datuk antara enam lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown di sini semalam atas 32 pertuduhan melibatkan sindiket penjualan dokumen pengenalan diri dan sijil kelahiran kepada warga asing palsu dan diubah suai.

Jual MyKad : Kerana Senyum Segalanya Kantoi...


MELANTIK ejen dan mengenakan bayaran RM50,000 hingga RM100,000 kepada mana-mana warga asing mendapatkan MyKad dan menjadikan mereka warganegara Malaysia.

Jho Low Antara Pencatur Politik Najib?


Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah antara pencatur politik Najib dan penglibatannya tidak terbatas kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anwar Nasihat Farhash Supaya Jumpa Polis


Presiden PKR, Anwar Ibrahim menasihatkan setiausaha politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak supaya berjumpa dengan polis berhubung dakwaan dia terlibat dalam kes rusuhan bersenjata di Kompleks Sukan Arena All Stars di Ampang, Kuala Lumpur malam 31 Ogos lalu.

Lebih 1,000 Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mejar Zahir


5 Sept ― Suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, apabila jenazah Allahyarham Mej Mohd Zahir Armaya, tiba di masjid itu untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.

'Duit 1MDB Lah Bro....'


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan merujuk kepada duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DAP Beri Kewarganegaraan?.. Hentilah Perbodohkan Rakyat..


Laskar (tentera upahan) siber pembangkang disaran berhenti menimbulkan ketegangan kaum lewat fitnah kononnya pemimpin DAP memberi kewarganegaraan kepada rakyat China melalui pendaftaran beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rusuhan Bersenjata: Ini Jawapan SetPol Anwar


Sebelum ini BERNAMA melaporkan Polis meminta Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak tampil membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan yang berlaku dekat sebuah kompleks sukan di Ampang, Sabtu lalu.

Econsave Jadi Mangsa Fitnah..


Pasar raya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) semalam membuat laporan polis terhadap beberapa akaun Facebook yang dipercayai menyebarkan fitnah mendakwa pasar raya itu tidak menjual produk-produk Muslim dan Bumiputera.

Related Posts with Thumbnails

Followers

Archive